Saturday, December 4, 2010

Gelagat 4 Bersepupu

Bersama rakan sekelas..

Senyum paksa.. di kelas..

Menghafaz di rumah..


Bertitik tolak daripada idea tidak mahu budak-budak tu melepak di depan komputer bermain game dan fb, maka saya pun mengusul kepada kakak dan adik-adik saya supaya menghantar anak lelaki mereka ke kelas tahfiz, bersama Kamil, anak bungsu saya tu. Kelasnya dekat je ngan rumah saya di Gombak ni.

Kebetulan mereka bersetuju, anak-anak mereka pula termasuklah Kamil dengan berat hati menyertainya. Yuran RM450 seorang untuk 20 hari, tetapi tolak sabtu ahad tinggal 16 hari je kut... Tak kiralah asal mereka tidak merayap ke tempat lain. Ikram anak Mok Teh tu kalau duduk di rumah di Bandar Jengka harus tak nampak batang hidung pergi bermain di rumah kawan pada masa cuti.

Abang De anak Mak Ngah tentunya melangok depan komputer, begitu juga Kamil dan Sedan. Tension betul mereka, masa cuti pun kena masuk kelas setiap hari. Suami saya berseloroh yang saya adalah penganjur, dan dia meletakkan tanggung jawab kepada saya kalau apa-apa hal berlaku. Tak apalah saya terima cabaran itu, terutama yang paling mendebarkan saya ialah bab nak menyediakan makanan pagi dan malam. Maklumlah saya ni, bab makan untuk sekeluarga suka beli je.

Dipendekkan cerita, maka saya pun dengan penuh sabar menjalankan tanggung jawab walau pun letih dan kadang-kadang balik lambat dpd tempat kerja, kenalah masak. Kalau dah lewat sangat balik, beli juga.. dan pada hari Jumaat hari itu saya bawa mereka ke pasar malam, beli ajelah apa saja yang mereka nak makan.

Apabila budak-budak tu mengadu dipaksa, saya rasa tertekan... pada hari ketiga mereka bersatu hati untuk tidak mahu pergi. Cemas juga.. Abang De yang patutnya jadi ketua nak berhenti, yang lain-lain pun mesti nak ikut sama. Tarik tangan seorang-seorang semua tak nak bergerak, sedang kelas dah nak bermula, dah hampir jam 9.00 pagi. Saya pujuk Abang de yang paling tua, mujurlah dia bangun. Kemudian semua pun ikut bangun. Dan mereka pun melangkah pergi, legalah hati saya untuk ke pejabat hari tu.

Hari keempat, saya terburu-buru ke pejabat... kejutkan mereka dpd tidur. Pesan supaya makan dan pergi sebelum jam 9 pagi. Saya sampai pejabat awal, hampir jam 9 saya telefon..mereka kata tak nak pergi sebab baru bangun dan dah terlewat. Puas pujuk suruh pergi tetapi mereka dan capai kata sepakat tak nak pergi hari itu. Ambil kesempatanlah sebab saya dah tak ada di rumah.. haru.. Dengan alasan nak menghafaz kat rumah, kata Kamil.

Risau jugalah, mereka nak makan apa tengah hari itu.. kalau di kelas tahfiz mereka disediakan makanan tengah hari. Menjelang tengah hari saya jenguk fb, nampaklah kegiatan Kamil dengan gamenya dan Ikram dengan komen2nya. Kemudian nampak pula kegiatan Abang De yang tua sekali tu, sedang masak. Siap tulis dengan ramuan-ramuannya sekali. Merdeka main game...

Mama jangan risau, Abang De Pandai masak... kataKamil sebelum itu apabila saya tanya nak makan apa tengah hari itu sebab saya kat pejabat. Berjayalah Abang De masak, sampai habis mereka makan tinggal pinggan kosong je atas meja bila saya balik.

Nasib baik hari kelima tu mereka pergi seperti biasa dan hari keenam dan ketujuh (hujung minggu) bukan main seronok bila mak-mak mereka datang ke KL dari kampung untuk membawa mereka jalan. Sedan ikut mak dan kakak2nya ke Desa Water Park, Ikram dan Abang De ikut mak mereka ke Carefour, Kamil ikut mencelah. Tinggallah saya kat rumah, membasuh pakaian mereka ... jadi cam amah pulah he he...

Sekian adanya buat masa ini...

2 comments: