Tuesday, May 4, 2010

kenangan bersama Kiran di pesta buku 2007

Terjumpa gambar lama - Kenangan bersama deejay radio Kiran, sewaktu Pesta Buku Kebangsaan 2007 di PWTC. Rasa macam baru saja, tetapi dah beberapa tahun berlalu. Ingat lagi pada masa itu saya berpeluang membuat satu demonstrasi di gerai majalah kami.

Seronok melihat gelagat pengunjung yang tercengang melihat bagaimana saya menukar sekeping kain menjadi bunga roset untuk hiasan pengikat langsir dan beg bimbit, dengan hanya menjahit tangan.

Pada tahun itu, jenuh meronda dari satu booth ke satu booth membelek dan membeli buku-buku. Semasa itu gila beli novel, sampai berlambak novel di rumah - konon nak belajar tulis... bila dah tulis baru tahu betapa susahnya nak berkhayal menulis cerita, lantas menyedari diri ini tidak cukup kreatif untuk itu.

2 comments:

  1. Uiks.. camno buat bunga tuh? Pro menjahit la katakan ye?

    ReplyDelete
  2. senang je jahitnya Aida, nak kena cari balik mana letak gambar-gambar semasa demonstrasi tu..

    ReplyDelete