Monday, April 5, 2010

Menambahkan Kenalan Blog

Sementara internet tengah okey ambil peluang memasukkan lebih sikit entri. Nak berkongsi keseronokan, kalau dulu blog saya hanya link dengan blog kawan yang dikenali, tetapi sekarang dah ada link dengan beberapa rakan blog yang hanya dikenali menerusi maya.

Mula-mula saya sapa Aida pemilik blog Patin Pasta yang berada jauh di seberang laut. Diperkenalkan oleh Zurin, saya terpikat pada nama blog Aida, Patin Pasta ... nampak saje nama Patin, terus kecur liur teringat ikan patin masak tempoyak... makanan kegemaran orang Pahang. Kebetulan kami sama-sama satu negeri. Entri Aida dalam bahasa Pahang, faham benar oleh saya, jadilah seronoklah membacanya.

Baru-baru ni, menerusi blog Aida saya dapat tahu mengenai blog Ben Ashaari... amboi pemuda seorang ni memang gila berblog... dia sendiri mengaku... Tengok jejak pelawat dia, tak terkata... ramainya peminat. Saat ini jejak pelawat dia berjumlah 95,906! Hairannya, rajin sungguh dia mengupdate entrinya, mengulas dan memperkenalkan blog orang lain. Tengoklah entri fasal pameran kasut di PWTC baru-baru ni, panjang berjela. Walaupun dia berkali-kali mengingatkan fasal pameran itu, tetapi bila tiba harinya saya tak sempat nak pergi menjenguk ke pameran itu.

Hujung minggu itu saya sibuk menyiapkan satu projek bersama seorang kawan. Mujur dapat tengok gambar di blog Ben. Boleh bayangkan kemeriahannya. Kepada Ben Ashaari, akak ucapkan terima kasih kerana tambahkan senarai link dengan blog akak.

5 comments:

  1. Salam Kak Rashidah,

    Alahai.. akak dok sebut2 Tempoyak Patin, buat saya terliur jek tau! Hehe..

    Si Ben memang tersangat la aktif berblog kan? Rupa macam ala2 ganas tapi bila baca penulisan dia.. pandir rupanya. Hehe!

    Moh terjah blog dia pulak!

    * TQ to Zurin yang kenalkan blog saya kat akak ye :)

    ReplyDelete
  2. Pandir.. pandir pun Aida... ramai gak yang melawat... dah 100,000 dah... zaman bilalah kaunter pelawat kita nak cecah angka tu!

    ReplyDelete
  3. Hehe.. tuh la, kita suka baca kepandiran dia sebab lawak.

    Kalo combine kaunter kita berdua untuk setahun dua pon, saya rasa tak dapat nak cecah angka tuh. Wawawa!

    ReplyDelete
  4. kak shidah,

    saya ni mmg suka baca blog tp maleh nak tulis blog :O.

    Aida,

    sama2.. mmg sonok baca blog ni mcm baca suratkhabar lah plak wakakaka

    ReplyDelete
  5. Aida... Ha, tu dia Zurin, dengan nama purplepink .... so sweet the name... memang, dia ni pagi-pagi sebelum mula kerja, mengadap blog orang dulu.... ada yang menarik, dia cepat-cepat bagi tau akak.... tapi dia sendiri x tulis blog.

    ReplyDelete