Tuesday, March 30, 2010

Kembara Hias Bersama Eric

Salam untuk kawan blogger sekalian, kali ini nak mengimbau kenangan sewaktu mengikuti rombongan Kembara Hias Anjung Seri (AS) Bersama selebriti, Eric Leong. Rasa baru saja berlangsung tetapi pejam celik - pejam celik dah pun dua tahun berlalu. Berlangsung pada 2008, program Kembara Hias diadakan sempena menyambut ulang tahun ke - 15 majalah AS.


1. Bergambar kenangan bersama peserta di dewan hotel.


2. Mula-mula sampai, merayap bersama Eric di Waterfront... sempatlah bergambar di tepi sungai Sarawak bersama team promotion.


3. Feri menghubungkan penduduk di seberang Sungai Sarawak dengan bandar Kuching. Seronok juga kalau dapat naik feri ni...


4. Panorama syahdu di tepian Sungai Sarawak. Suasananya hening dan tenang.


5. Sebelum senja, balik ke hotel menjalankan tugas mengisi barangan sponsor ke dalam beg door gift untuk peserta.


6. Belajar melipat napkin.


5. Peserta memperagakan hasil kreativiti dalam acara pertandingan membuat pakaian daripada kertas surat khabar.



Geram tengok gift coklat, Shiela sempat bergambar... nak curi idea cara bungkuslah tu!



7. Sebelah malam.... teruja, dapat naik sampan untuk ke gerai makan di seberang sungai.




8. Hari terakhir, sebelum berlepas pulang... bergambar gila-gila bersama Eric di lapangan terbang.

3 comments:

  1. Seronok tengok telatah Eric, cakap bahasa melayu fasih dan laju, sambil buat lawak. :D

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  3. yelah Aida, kalau dia berceramah sentiasa buat lawak, dan kita pun akan tersengeh memanjang.

    ReplyDelete