Friday, February 19, 2010

Leka melayari blog orang

Hmmm dalam tak ada semangat nak update blog, tiba-tiba semangat berkobar-kobar nak kembali bercerita. Ini gara-gara selepas banyak membaca blog orang lain yang tidak dikenali. Sejak diperkenalkan oleh kawan baik, Zurin mengenai blog Salam Dua Benua Blog milik rakyat Malaysia yang tinggal di Perth Australia, saya kini sudah pandai berlayar jauh ke seberang laut. Zurin juga memperkenalkan saya kepada blog `patinpasta' milik anak pahang yang kini berada di Spain.

Ralit membuang masa membaca kisah hidup mereka, dalam hati berkata-kata mereka ini banyak sungguh masa untuk mengupdate blog. Lemongrass pemilik blog Salam Dua Benua yang berasal dari Ijok, adalah antara yang aktif, setiap hari melaporkan kisah santai dalam keluarganya di Perth. Paling saya suka tengok gambar makanan Barat yang disediakan untuk keluarganya setiap hari. Nampak macam susah untuk disediakan tetapi mungkin senang sangat bagi dia yang sudah biasa dengan masakan Barat.

Kalau kawan-kawan buka blog Salam 2 Benua berderet senarai nama blog kawan-kawannya di seluruh dunia. Agak saya, mereka ini mungkin tidak bekerja makanya boleh mengupdate blog setiap hari. Gaya penceritaan dalam bahasa Inggeris bercampur b Melayu dengan ejaan sesuka hati, membuat kita berasa santai dan tidak jemu membacanya.

Okeylah, sekarang saya nak update kisah saya pula.... nak cerita apa ya? Tengoklah enteri di atas...

6 comments:

  1. Salam,

    TQ sudi singgah di blog saya. Salam kenal dari orang Pahang nih yer. :)

    *Tak de menarik apa pon yang dituliskan di blog saya.. just membebel sorang2 jek. :)

    ReplyDelete
  2. Seronok je membacanya... sebab keh pun orang Pahang, lahir di Jerantut, keluarga duduk di Bandar Jengka tetapi keh 25 tahun kerja di KL...(kalau orang mentakab membahasakan diri koi, orang jerantut pula, keh).

    ReplyDelete
  3. Oooo. Kira dah lama bebenor la dok and keje di KL yer. Saya dekat 10 tahun jek keje kat KL.

    Walopon sama Pahang tapi ada lainnye jugak kat bahasa yer? :)

    *Saya suka membelek majalah Anjung Seri sebab suka berangan tengok :D

    ReplyDelete
  4. Yalah Aida, lama sampai doh naik rimas ngan kesesakan... tetapi wat cam mana nak cari rezeki.

    Pahang ni kan luas, lain tempat lain loghatnya...contohnya Kuala Lipis tempat Siti Nurhaliza tu pun loghat lain, Pekan loghat lain sikit-skit... gitulah.

    Koi lagilah berangannya, keluar masuk rumah oghang lawo-lawo... lepas tu confuse tak tau nak pilih tema apa, tengok rumah gaya tradisional,suka tradisional, tengok rumah moden, suka pula gaya moden, sekejap suka Inggeris, last-last.. tak pilih mane.. rumah tak berubah, macam tu jugalah..

    ReplyDelete
  5. Sesak memang sesak kan? Keknye betul.. kita carik rezeki. :)

    Saya dok ingatkan sama jek suma loghat kita orang Pahang nih.. rupanye idak yer. Huhu!

    Best yek.. keluar masuk rumah lawo2 nih. Tambah2 lak bila pandai nyesuaikan itu ini dalam rumah. Kalo tak buleh decide tema for the whole house.. maybe buleh buat different tema for each room kot. (cewah.. memandai jek, huru hara rumah akak kang! :D)

    ReplyDelete
  6. Memang gitulah...

    fasal loghat, memang le x sama, kalau orang temerloh mentakab kata koi untuk saya, jerantut keh orang raub atau dong pula kata koh.. awok pula orang jerantut sebut pendek je ok (bukan sebut okey). Contohnya, "Ok nak gi mane? Jawab: "Keh nak gi Jerantek."

    Boleh je nak wat tema lain untuk ikut...masalahnya bilalah ada masa tu...

    ReplyDelete