Sunday, June 21, 2009

Belajar Rahsia Tulis Novel Dalam Masa 2 Minggu.

Hari ini terpanggil untuk menyertai kursus penulisan novel, kelolaan penulis novel prolifik, Kusyi Hirdan. Beliau yang juga bekas rakan sepejabat saya dengan humblenya mendedahkan teknik penulisan novel cara Kusyi Hirdan. Kursus sehari itu disertai lima orang, termasuk dua editor perolehan dari syarikat penerbitan terkemuka, PTS.
"Saya tak tahu cara orang lain, tetapi yang akan saya terangkan ini adalah cara saya. Lain orang, lain caranya... saya kalau tulis novel, mesti ikut jadual," katanya yang begitu mementingkan disiplin dalam menjalankan tugasnya sebagai seorang penulis.
"Kalau kita nak jadi penulis novel, kita kenalah bermula dengan menulis. Kalau asyik sebut di mulut saja nak tulis novel tetapi tidak memulakannya, sampai bila-bila pun novel yang kita angan-angankan tu tak akan menjadi." Begitulah lebih kurang kata-kata Kusyi sewaktu memulakan kuliahnya. Kusyi mengakui di peringkat awal dulu, beliau mengikuti banyak kursus penulisan novel.
"Kalau kita belum menulis novel dan tidak tahu bagaimana caranya, kenalah belajar... ikutilah seberapa banyak kursus, lebih banyak lebih baik," katanya sambil memberitahu beliau pernah mengikut kursus yang dihadiri oleh penulis yang hebat-hebat.
"Mereka yang hebat itu pun masih lagi menyertai kursus, apatah lagi kita yang baru nak belajar," katanya. Banyak tips yang diberi, paling menarik tips untuk menyelesaikan penulisan novel dalam masa hanya dua minggu!
Walaupun Kusyi jauh lebih muda, tetapi saya tidak pula berasa janggal untuk menimba ilmu daripadanya, apatah lagi sudah banyak judul bukunya diterima dan dibeli oleh Perpustakaan Negara Malaysia (PNM).

6 comments:

  1. sepatutnya saya pun nak join gak kusus ni ttp hasben ajak lik kg pula. ehhmm melepaslah..ingt nak join gak bila2 free jeles aaarrr akak pegi.

    ReplyDelete
  2. Rynas. Tulah.. tak nak lepaskan peluang, sanggup pergi naik teksi seorang diri ke Desa Pandan. Harapkan anak, tak tahu jalan...suami pun balik kampung.

    ReplyDelete
  3. Kak Shidah, kalau ada kursus macam ni bagai tau saya ye..minat juga nak dengar... dan jadi penulis pulak

    ReplyDelete
  4. Hasri, hari itu ada 2 kursus - clash. satu percuma (anjuran PTS) satu berbayar (anjuran kusyi - dia pun salah seorang penulis novel PTS). Saya pilih kursus kusyi (RM120 dari jam 9.45 am - 4 pm) sebab ingin tahu rahsia tulis novel dalam masa 2 minggu. Layari jendela.com untuk melihat iklan aktivitinya dan layari universititips.com untuk kegiatan\kursus2 PTS.

    ReplyDelete
  5. Kak Shidah, buku saya pun ada banyak di library sampai ke Brunei dan Singapura. Tapi... erm... habuk pun tiada. Maklumlah, dulu masih muda, ilmu tak banyak. Sia-sia je kena tipu dengan penerbit. Nasib baik menteri Rais Yatim dulu buat peraturan baru iaitu penerbit kena dapatkan tandatangan penulis dahulu sebelum boleh jual buku kepada library. Merasalah juga duit royalti tu sampai boleh beli rumah.

    ReplyDelete
  6. Mariam. Tulah orang kata kalau dah rezeki tak ke mana. Kalau kena tipu dengan satu pihak, datang pula rezeki daripada pihak yang lain. Cuma kadang-kadang kita ni tak sabar... dan cepat kecewa serta berputus asa. Mariam tulislah semula, kita sama-sama berusaha. Kalau akak dah tahu selok belok dan dapat peluang, memang akan tolong sesama kita. Teruskan usaha. Akak pun tengah suspen ni

    ReplyDelete