Friday, May 15, 2009

Ke mana hilangnya seri...

15 Mei 2009


Kini saya tak lagi sesibuk dahulu. Tiga empat bulan sebelumnya, tunggang langgang bekerja dengan staff tiga orang cari bahan dan mengurus pagination. Februari sibuk gila, kena monitor penerbitan majalah bulanan dan tahunan yang datelinenya serentak. Dalam kelam kabut berjaya juga siapkan biarpun dateline kedua-duanya tersasar sikit. Tapi okeylah tu. dua magazine satu bulan kan...

Mac lega sikit. Berjaya siap sebelum dateline! April.. Pun okey. Cover puas hati. Dapat pujian Pengarang pula tu. Tapi Mei, cover kureng. Pengarang suka, Ketua Pengarang tak. Nak buat cam na. Saya turut terkilan. Menjelang yang seorang tu masuk balik kerja, bukan sahaja manusia berasa tak seronok, malah majalah yang tak berhati tu pun macam ada perasaan. Terpancarlah pada covernya (mei) - tak berapa nak cun. Lebih menyedihkan, semasa meeting semua kena leter panjang. Sebab hantar story lambat. Tapi sebenarnya tak lambat pun. Date line 30 hb. Masa meeting baru 27 hb. Story dah ada yang masuk pun. Tunggulah 30, akan masuklah semuanya. Betul pun. Hantar-hantar, akhir story terlebih-lebih.

Saya terharu. Rakan-rakan sekerja berharap saya dapat teruskan jaga pengurusan pagination. Kata mereka sejak Januari, ada perubahan pada majalah. Kulit depan dan juga kandungan. Ye ke? Kata mereka padat dan cantik. Kalau ye, penghargaan harus ditujukan kepada mereka juga. jua. Mana tidaknya, sama-sama all out kerja.

Apa-apa pun, kita hanya melukut di tepi gantang. Saya suka dengan kata-kata junior yang seorang tu, `kita ni siapa, hanya senipis kulit bawang, sentuh sikit je dah terkoyak. Pandai berkias rupanya budak kecik tu. Baru dua tiga bulan kerja, dah merasai duri ranjaunya.

Kata budak kecik tu lagi, "Saya mana boleh lawan akak, yang dah kerja 15 tahun." Hasil perbualan dengan nya, dapatlah saya simpulkan tekanan terhadapnya datang dari tiga penjuru.

"Eleh, akak dulu dari segenap penjuru. Ada pun lagi kat sini, " jawab saya.
''Wah Huda kagum dengan akak. Macam mana akak boleh bertahan selama 15 tahun di AS?"
Saya senyum. Senyum makrifat!

No comments:

Post a Comment