Friday, April 3, 2009

KAUNSELING utk R, berjaya ke?

4 April 2009.

Semalam, menjelang 12 malam. Baru teringat nak telefon R. Mula hantar mesej, tak jawab. Lantas dail telefon. Tak jawab lagi. Biarlah. Sambung tengok tv. Teringat, bagi mesej yang dia mungkin balas.

Tekan mesej: "R ada job..."

Cuba telefon. Putus. Dia pula membalas panggilan. Wah ada peluang cakap.

"Haa..."

Kedengran suara R . Ha.... ada kredit tak??"

Dia ketawa.

"Nanti akak telefon balik," saya jawab.

"Okey," balasnya.

Saya letak telefon bimbit, beralih ke telefon rumah. "Hello... macam mana?"

"Saya sedang tulis surat.."

"Surat apa?"

"Akak fikir macam mana?"

"Yelah... R ni sebenarnya nak apa, memang nak berhenti ke nak kerja lagi?"

"Nak kerjalah. Dah tu kenapa buat hal... ada masalah kenalah bagi tahu."

"Masalah dah selesai dah." Dia jawab.

"Masalah apa?" Saya tanya.

Mati-mati R merahsiakannya.

"R kalau berhenti, nak makan apa. Nanti orang jahat ambil kesempatan, perangkap. Dan suruh buat kerja tak baik," saya cuba mengingatkan.

"Lebih, baiklah. gitu kan. Kerja elok pun tak senang-senang... orang tak hargai pun. Teringatlah juga nak buat gitu..." Ulas R.

"Ewah... ewah...(ada niat rupanya)... dah tak ada agama? orang lain tu tak usah kiralah, dia orang tak peduli agama.

"Yelah dah nak cepat kaya!" Sambutnya lagi.

"Dah terbabitlah tu?" Saya menyoal terjah.

"Tak adelah! Mana ada."

"R, kalau R dengar ceramah agama, orang kaya diuji dengan kekayaan, orang miskin diuji dengan kemiskinan. Jangan ingat orang kaya, Allah beri kekayaan kerana sayangkan dia. Sebenarnya Allah nak uji dia. Apa dia buat dengan kekayaan dia? Belanja untuk diri sendiri, tolong orang ke tak? Angkuh ke dia? Menganiaya pekerja atau ada beri kebajikan? Itu dia ujian untuk dia. Apa yang dia buat, Allah kira semua tu.

"Orang miskin pun gitu juga, mungkin disuruh kita mengingati dia berdoa untuk kesenangan.
Orang macam kita, tak miskin tak kaya. Mungkin Dia sayang pada kita, tak bagi kekayaan, supaya kita tak lupa pada dia, terus berusaha sambil berdoa kepadanya untuk beri kesenangan." Berkhutbah pula saya malam-malam buta tu kepada R. Sebenarnya saya mengulang kata-kata nasihat ibu. Tidak putus-putus dia mengingatkan anaknya ini. Takut bekerja, bekerja, bekerja sehingga lupa tanggungjawab kepada agama. Dalam pada kerap dinasihat begitu, ada juga alpa, sibuk bekerja, tak nak kalah dengan orang.

R diam, mendengar dan berfikir kut.

No comments:

Post a Comment