3 April 2009
Malam
Sewaktu duduk mengadap komputer teringat rakan sekerja, R yang macam biskut, `sekejap ada sekejap tak ada.' Missing in action dari tempat kerja. Ketika itu dua hari berturut-turut dia tak datang.
Siang tadi sewaktu sarapan bersama A, H dan I di gerai Din saya bertanya Ain: "Ada telefon R."
"Ada... entahlah macam mana kedudukan dia... malaslah masuk campur," kata Ain dalam nada bimbang. "Kak Shidah telefonlah dia."
"Teringat juga... tapi sibuk, mana nak fikirkan masalah sendiri. Masalah Kamil lagi," jawab saya sambil menunggu makanan sampai.
"Kenapa Kamil?" Soal A.
"Dia tu asyik beri tumpuan pada subjek sekolah agama. Sekolah kebangsaan terabai. Tahu dia jawab apa masa akak kata nak berhentikan dari sekolah agama? Dia kata, `akhirat pun nak juga! Baru darjah enam."
"La cikgu dia dah saiko kan dia?" Celah H.
"Tulah fasal."
Fasal R... "Akak telefon, pujuklah dia." Suruh A.
"Nantilah kalau senang." Saya jawab.
Teringat perbualan dengan Z dua hari sebelum tu masa di gerai Din juga. "Saya telefon R semalam, saya nasihat dia, marah dia... macam-macam dah saya kata, tak tahu dah nak buat macam mana. Z antara yang paling rapat dengan R. "Akak telefonlah nasihatkan dia pula." Itu bukan pertama kali kami berbincang fasal R.
Teringat pula M sewaktu kami duduk bekerja di depan komputer: "I bukan apa, sayang budak macam tu, berkelulusan, berkemahiran... kalau nak berhenti dah ada kerja menanti tak apa... kalau tak ada kerja, tak ada duit, mudah terpengaruh dengan benda-benda negatif."
Saya mengangguk setuju.
Akhir-akhir itu, apabila terserempak dengan R, dia asyik nak menghindarkan diri. Kawan-kawan lain pun perasan. Macam-macam telahan, bimbang, kasihan.
Suatu masa, sempat juga bertanya dia. "Macam mana R?"
"Macam mana apa... tunggulah dia orang kira cuti sayalah," jawab R yang sudah pun mengemukan surat berhenti.
"Lah, kan orang kata majikan beri peluang R fikir habis-habis sebelum ambil keputusan berhenti betul-betul.
"Itu dia orang bagi tahu pada wakil, dia orang tak bagi tahu saya apa-apa, tak panggil saya pun." Mungkin R sedang menunggu maklum balas majikan. Saya rasa dia ada masalah, perlukan kaunseling. Sebagai seorang yang sudah bertahun-tahun berkhidmat, majikan yang prihatin perlu ambil tahu dan membantu staf yang ada masalah. Bahkan R pernah memberi tahu ada masalah kewangan, sampai dia tidak dapat datang kerja. Ego seorang lelaki yang berjiwa kompleks, kalau ditegur dengan marah-marah, pasti akan memberontak. Dia perlukan kaunseling dan nasihat ikhlas.
Fasalah masalah kewangan, tidak semua mahu ambil peduli masalah orang lain. Masing-masing jaga perut sendiri. Tapi sebagai kawan, saya tak kisahlah membantu apa yang ada.
"Akak rasa, di bahagian dia tak ada siapa boleh lawan R. Bertahun-tahun dia boleh siapkan satu majalah seorang diri. Majalah lain dua, ada tiga orang. Dia kreatif pula tu," saya memberi pandangan sewaktu masih di gerai Din.
"Betul!" Jawab A sambil mengangguk.
"Akak telefonlah dia, sebelum dia hilang terus," cadang A lagi.
Masalahnya hari itu ada juga nasihat dia, dia janji nak datang kerja esoknya, tapi tak datang pun.
Satu ketika lain, selepas dinasihati, perangai dia jadi semakin kritikal, makin tak datang. Nak marah pada siapa? Saya cuba mengagak dia marah pada siapa dan tanya, tetapi dia cuma jawab; "Tak adalah." Tapi saya masih tak putus asa, walaupun bukan bos, bukan majikan, tetapi atas dasar kawan akan cuba menaliponnya untuk membantu menyelesaikan kekusutannya.
No comments:
Post a Comment