Thursday, September 22, 2016

Blog Yang Kian Dilupakan..Kenapa?

Sejak awal tahun, diam menyepi tiba-tiba terasa rindu untuk menjenguk blog yang sekian lama dilupakan ini.

 Maaflah, 
bukan sengaja hendak mengabaikannya, ini gara-gara sibuk dengan tugasan membangunkan online magazine or portal berinformasi, www.variaseri.com dan www.anjungdestinasi.com

Mengenai apa blog tu? Varia Seri, kononnya bertemakan kecantikan dan keindahan, dengan erti kata lain semua hal yang berkait cantik dan menarik. 





Pabila ditulis berkisar dua tema saling berkait itu, terasa pula ingin memasukkan topik-topik lain, misalnya kesihatan dan pedoman. Akhirnya sudah macam tema umum pula, tetapi biarlah, alang-alang nak berblog sangat, biarlah maklumatnya meluas mencakupi pelbagai bidang.

Sementara Anjung Destinasi mengkhusus kepada Percutian atau tempat-tempat menarik yang menjadi port pelancongan, diikuti dekor dan hiasan dalaman serta makan-makan. Bidang berkenaan juga saling berkait, dan dirasakan sesuai untuk diutarakan di bawah satu blog.



                                  Novel dalam Varia Seri


Walaupun sejak dulu terasa tiada siapa pun sudi untuk singgah di blog perbadi ini dan menganggap hanya untuk shok sendiri, tetapi termalu juga apabila terjumpa kawan-kawan, ada yang bertanyakan, kenapa tak update blog?

Teringat pesanan si anak sulung, katanya tidak bagus untuk mendedahkan kisah sehari-harian kepada umum, semacam sudah tidak ada rahsia lagi dalam kehidupan kita apabila semua benda diketahui oleh orang ramai.

Itu pendapatnya... saya boleh bersetuju dengan kata-katanya itu malangnya tidak dapat menahan diri daripada menulis, Bagaimanapun mengambil kira peringatannya, cuba juga berusaha dihadkan kepada yang mana patut saja. Tentunya anak saya itu tetap tidak berkenan. 


Ah, biarlah dengan pendapatnya. Sebagai penulis selama berpuluh tahun, pekerjaan menulis ini memang tidak dapat dipisahkan walaupun tidak mendatangkan apa-apa hasil, terus juga menulis.

Bak kata kawan sekerjaya, Kartini Mohd Noor, "menulis itu satu terapi bagi orang macam kita." Betullah tu.. walaupun diakui bukanlah mudah untuk menghasilkan satu penulisan, lebih-lebih lagi yang informatif seperti di dua blog yang disebutkan tadi. 

Sebaliknya, menulis kisah pengalaman sendiri adalah lebih mudah, orang kata `semacam makan kacang!'  Tapi sebenarnya tidaklah semudah itu. Melainkan kalau menulis tanpa mempedulikan struktur ayat, salah dan silap tatabahasa. Orang kata main boh je. Boleh gitu???

Jemputlah berkunjung ke

www.anjungdestinasi.com

www.variaseri.com





Wednesday, January 6, 2016

Hadiah dan Cenderahati: Rahsia Agar Penerima Hargai Pemberian.





4 Disember 2015
: Semua kita pernah menerima hadiah atau cenderahati namun ada kalanya pemberian itu tidak kita hargai kerana barang yang diterima tidak penting atau tidak kita sukai. Berlainan pula jika barang itu amat anda perlukan, tentunya ia disayangi, diguna, disimpan dan dijaga dengan baik.
Pemberian hadiah atau cenderamata pada dasarnya untuk membina ikatan sesama rakan sebaya, sahabat, pelanggan, ahli keluarga dan orang disayangi.
Hakikatnya, hadiah diberi untuk pelbagai acara sepanjang tahun, termasuklah sebagai cendera hati korporat, majlis perkahwinan, hari jadi, ulang tahun perkahwinan, graduasi, undangan makan malam, pesta keraian dan majlis menyambut kelahiran bayi.

Kesukaran memberi hadiah dan cenderahati menepati kehendak penerima diatasi oleh Qashgift yang menggabungkan konsep kefleksibilan tunai dan ketulusan niat memberi hadiah dengan cara memberi peluang kepada penerima memilih sendiri melalui beberapa klik mudah pada telefon bimbit atau komputer.
Dibawakan untuk anda oleh syarikat pereka dan pembangunan web berdaya maju, Kemuncak Jaya Teknologi, QashGift adalah penyelesaian digital yang mengubah pembelian hadiah menjadi suatu pengalaman yang indah untuk semua.
Dengan QashGift, kejadian tersilap beli boleh dielakkan kerana penerima berpeluang memilih hadiah yang mereka terima menggunakan Kod QR akaun QashGift!
Ideal untuk warga urban yang celik teknologi dengan gaya hidup serba pantas dan jadual harian yang sentiasa sibuk, QashGift memang sesuai dengan ciri-cirinya yang mudah digunakan, menjimatkan masa, dengan proses pemberian hadiah bijak dan selamat.
Proses QashGift bermula dengan
1.    Pembeli menghantar sesuatu hadiah kepada seseorang dengan menggunakan alamat emel dan nombor telefon bimbit. Hadiah itu akan terus dihantar ke akaun QashGift mereka. Jika mereka tidak mempunyai akaun QashGift, mereka boleh terus membuka akaun dengan percuma.
2.    Penerima hadiah boleh terus pergi ke kedai pedagang dan memberikan Kod QR QashGift itu.
3.     Kemudian, juruwang akan mengimbas Kod QR QashGift itu dan meminta penerima memasukkan nombor pin pengesahan 6 digit.
4.    Apabila mendapat kelulusan, mereka akan memasukkan jumlah wang yang ditebus dan mereka akan menerima resit digital yang mengesahkan penebusan mereka.

Pelaksanaan membabitkan kedai pedagang terkemuka seperti EHSAN Living Style, Gloria Jeans, Circle K, Airwheel Malaysia, Garden of Eden Organic Skincare, My Eye Optometry, Raqtive, Original Omin dan banyak lagi. Melalui kedai pedagang ini, kedua-dua pembeli dan penerima hadiah akan mempunyai banyak pilihan.

Dari harga serendah RM20, andai boleh membeli pelbagai hadiah daripada pedagang dengan mudah dan selesa daripada rumah masing-masing, disertai ucapan peribadi dalam bentuk suara dan video.
“Kedua-dua pembeli dan penerima lebih menggemari transaksi tunai kerana ianya tidak melecehkan. Dengan ini, semuanya berpuas hati!” kata Encik Samir Younes, Pengarah Pembangunan Perniagaan, Kemuncak Jaya Teknologi.
“QashGift mudah, menjimatkan masa dan suatu cara bijak untuk membeli hadiah untuk sebarang acara bila-bila masa! Dengan perayaan Krismas dan Tahun Baharu yang bakal menjelma, inilah masa yang terbaik untuk menyertai QashGift!”
Bukan pembeli hadiah dan penerima sahaja yang mendapat manfaat melalui konsep jualan QashGift ini, ia memberi peluang kepada pedagang untuk menjadi sebahagian daripada dunia digital berteknologi tinggi yang semakin berkembang pada kos minimum.

QashGift boleh didapati melalui versi komputer meja & mudah alih. Sementara itu, para pengguna Android dan iOS akan menikmati aplikasi QashGift ini bermula dari 15 Disember 2015.