Jumaat - 18 Sept: Hari ini, pagi-pagi lagi pergi ke
pejabat tempat mula bekerja di Balai Berita, tujuan untuk membuat tututan
(claim) atas hasil kerja penulisan sebagai stringer@staf bukan sepenuh masa di
Harian Metro (HM).
Pada mula meninggalkan pejabat
itu tidak pernah terduga bahawa saya akan sangat merinduinya. Yang tahu tika
itu hendak keluar mengikut majalah kesukaan, Anjung Seri (AS). Hakikatnya saya
lebih suka menjadi penulis rencana majalah, berbanding wartawan akhbar.
Daripada BH, dipindahkan ke
majalah berkenaan, mulai bertugas untuk keluaran kedua AS pada 1993. Mula
bekerja dengan Berita Harian pada 1985, bermakna berpindah ke Anjung Seri
selepas lapan tahun sebagai wartawan BH.
Sungguh pantas masa berlalu,
sedar tidak sedar 22 tahun bersama AS, rupa-rupanya usia majalah berkenaan hanya
setakat itu. Agak lama juga kan .
Namun selama tempoh itu, amat merindui tempat saya mula membina kerjaya. Bagaimanakah
cara untuk berpatah balik ... siapa yang hendak terima orang yang tidak lama
lagi akan `pencen`?
Namun tidak disangka, dapat juga
kembali apabila diterima oleh HM, biarpun sekadar sebagai stringer.
Pejabat sekarang, jauh berbeza dpd lebih 20 tahun lalu.
Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
ReplyDeleteJika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.
Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)