Jangan biarkan masalah terpendam, kelak meletus seperti gunung berapi...
Menurut pakar motivasi, sesuatu permasalahan yang timbul perlulah ditangani segera sebelum ia kusut. Ibarat rambut atau benang apabila tersimpul, tidak boleh ditarik dengan kuat, sebaliknya perlu dileraikan secara lembut dan berhati-hati. Jika ditarik dengan kasar, akan putuslah ia. Bermakna apabila berlaku sesuatu yang tidak dapat diselesaikan secara berseorangan, maka perlulah diadakan perbincangan antara mereka yang terbabit.
Di sini saya ingin mencoret satu kisah adik-beradik. Sebelum
itu, saya mengucapkan syabas kepada mereka kerana bersatu hati, sanggup bertemu
mengadakan mesyuarat untuk menyelesaikan beberapa permasalahan yang membabitkan
semua pihak. Pertemuan dirahsiakan daripada kedua-dua orang tua kerana salah
satu agenda adalah bertujuan untuk memberi kebahagian kepada mereka.
Selain itu adalah untuk berbincang ke arah usaha untuk membantu permasalahan sesama
sendiri.
Apabila perbincangan diadakan secara terbuka dan ikhlas, diharap
tali persaudaraan akan bertambah erat. Ibarat masuk ke mesyuarat persatuan, salah
seorang daripada mereka memegang pen untuk mencatatkan apa yang dibentangkan
dan apa yang dipersetuju bersama. Bab ini paling malas untuk dia lakukan, maklum
mesyuarat adik-beradik, ia sepatutnya tidak terlalu formal tetapi disebabkan
sudah terbiasa dengan kerjaya sebagai tukang catat, mahu juga mencatat. Namun
apabila sampai kepada giliran sendiri untuk bersuara, pen entah ke mana buku
pun entah ke mana. Dia bercakap dan bercakap mengikut apa yang telah disenarai untuk
diperkatakan. Lebih mudah begitu katanya, kerana tidak adalah yang terlupa
untuk disebut. Itu pun katanya, ada yang tertinggal sikit-sikit.
Mesyuarat bermula jam 9.30 pagi dan berakhir jam 12.00
tengah hari. Sedang asyik bercakap, datang seorang anak saudara yang ditugaskan
untuk `meng cover’ kegiatan mereka, dengan termengah-mengah, memberitahu Atuk
datang mencari.
“Puas dah saya menipu seperti di suruh,… cepatlah sikit… Atuk tanya, mana semua pergi, kenapa semua kereta ada di tempat parking tetapi seorang pun tak ada.” Semakin lama semakin gelisah kedua orang tua itu mencari, akhir seorang daripadanya segera turun, untuk mengajak ayah dan maknya pulang, sementara yang lain masih rancak ber meeting.”
“Puas dah saya menipu seperti di suruh,… cepatlah sikit… Atuk tanya, mana semua pergi, kenapa semua kereta ada di tempat parking tetapi seorang pun tak ada.” Semakin lama semakin gelisah kedua orang tua itu mencari, akhir seorang daripadanya segera turun, untuk mengajak ayah dan maknya pulang, sementara yang lain masih rancak ber meeting.”
Dipendekkan cerita, hasil daripada mesyurat itu, Alhamdulillah, banyaklah
yang positif daripada negatif apabila beberapa permasalahan dapat dihuraikan,
mana yang tidak selesai, ditangguhkan untuk dikemukakan dalam perbincangan pada
satu tarikh yang akan ditetapkan.
Natijahnya, meluahkan masalah bersama dalam satu
perbincangan itu lebih baik daripada dipendamkan seorang diri, kerana apa yang
dipendam itu akan memakan diri sendiri, kelak meletup seperti gunung berapi
yang memuntahkan lahar panas. Kesannya sangat buruk bukan sahaja pada diri
sendiri, bahkan semua yang terbabit, terkadang hanya disebabkan oleh punca
kecil, iaitu salah anggap! Jadi, buang yang keruh, ambillah yang jernih....
No comments:
Post a Comment