Bab 4
Hati yang rawan jangan dilayan, kalau dilayan merana badan…
“Cikgu, Cikgu, Alia Cikgu. Cepat Cikgu!”
“Kenapa dengan Alia? Hah Shila, Mawar, kenapa dengan Alia?”
“Dia buat… dia buat hal lagi cikgu!”
Cikgu Mariam baru sahaja hendak menonton TV rancangan kesukaannya, Al-Kulliyah. Tiba-tiba dikejutkan oleh ketukan pintu yang bertalu-talu. Begitulah nasib seorang warden di asrama. Tidak senang duduk. Ada sahaja masalah yang ditimbulkan oleh pelajar. Sambil mencapai serkup kepala dan menyarungkannya, Cikgu Mariam berkejar ke bilik studi mengikut Shila dan Mawar. Sebaik sampai, kelihatan beberapa murid sedang mengejutkan Alia yang sedang terbaring di sisi kerusi, tempat dia duduk mengulang kaji pelajaran.
“Macam mana boleh terjadi?” Cikgu Mariam menyoal.
“Tak tahulah cikgu. Tadi kami semua asyik studi, tiba-tiba saja dia jatuh terkulai daripada kerusinya. Dia pengsankah cikgu?” Shila bersuara.
“Pergi ambil air… ambil air cepat!,” Perintah Cigku Mariam.
Zura yang berdiri di tepi pintu pantas mencapai botol air mineralnya, lalu menghulurkan kepada Cikgu Mariam. Dia membaca doa, menghembuskan ke dalam air lalu merenjis ke muka Alia. Lama juga Cikgu Mariam di situ sebelum Alia sedar.
“Alhamdulillah…Alia, kenapa ni? Tegur Cikgu Mariam sebaik melihat mata Alia terbuka. Tak makan ke tadi? Baru sahaja Cikgu Alia bertanya, belum sempat berjawab, Alia pengsan lagi.
“Astaghfirullah….budak ini! Shila, Mawar, kenapa dengan Alia. Dia makan tak tadi?” Soal Cikgu Mariam. Sebagai warden, dia prihatin terhadap semua pelajar.
“Tadi saya nampak dia pergi ke dewan makan, tapi saya tak tahu dia makan atau tak,” jawab Mawar.
“Selepas solat Maghrib tadi, saya terdengar Alia macam bercakap dengan ibunya di telefon. Muka dia macam tension je. Macam ada masalah,” celah Shila pula.
“Dah cepat pergi panggil Ustaz Ali. Kita usung dia ke klinik.” Arah Cikgu Mariam. Begitulah rutin hidupnya, setiap kali ada pelajar asrama yang deman, sakit perut, sakit gigi atau tercedera akan segera dibawah ke klinik.
Sejak akhir-akhir ini Alia sering menimbulkan kekecohan di asrama sekolahnya. Masuk kali ini sudah tiga kali dia pengsan tiba-tiba.
Cikgu Mariam terpandang ke arah buku-buku di atas meja Alia. Apa yang dia tulis pada buku contengnya ni. Cikgu Mariam tidak sedap hati melihatnya. Goresan pen berserabut dengan kesan kertas terkoyak. Mula-mula kertas diconteng biasa, selepas itu ada kesan ditekan kuat sehingga terkoyak. Ini tanda luahan perasaan. Mesti ada yang tidak kena. Kalau tidak masakan mata pen digores kuat. Sayang, budak pandai jadi begini. Apa masalah dia agaknya?. Cikgu Mariam memikirkan puncanya. Dia terkilan dengan apa yang terjadi.
Sebaik Ustaz Ali sampai, mereka beramai-ramai mengusung Alia ke kereta dan membawanya ke klinik, Alia dirujuk ke hospital untuk mengesan penyakitnya. Setelah dua hari di hospital. Cikgu Mariam semakin bingung mendengarkan penjelasan doktor.
“Kami dah periksa, Alia tak ada apa-apa masalah penyakit. Semua okey. Doktor rasa dia bolehlah dibawa pulang sekarang,” kata Doktor Helmi.
Di dalam kereta, Alia monyok sahaja. Cikgu Mariam bertalu-talu menyoal.
“Kenapa Alia… sampai pengsan? Apa masalah Alia sebenarnya. Beritahu pada cikgu. Alia sakit apa? Tidak lama lagi nak exam. Kalau macam ni selalu, macam mana pelajaran Alia nanti.”
Alia diam sahaja. Sepatah pun tidak menjawab. Orang tak percaya aku sakit. Sukar untukku jelaskan apa sebenarnya berlaku. Alia berkata-kata di dalam hatinya.
Shila rakan baiknya yang duduk di sebelah pula berteka-teki di dalam hatinya, apakah Alia benar-benar sakit. Apa yang menyebabkan dia pengsan?
salam kak shidah
ReplyDeletetq 4 sharing cerpen pagi ni
Oh Alia. Ada yang tersuratdan tersirat apa yg berlaku pada dirinya.....kena menanti episod yg akan dtg ni.
** kAK SHIDAH apa khabar.
apa projek terbaru ni....
moga ceria selalu
lama tunggi k ieda sambung. ingatkan taknak sambung lagi. yeay ada sambungan! keep it going!
ReplyDeleteDila. Ini berdasarkan kisah benar...panjang ceritanya ...kalau nak tahu, teruskan membaca bab-bab seterusny...tak larat nak edit..sebenarnya...
ReplyDeletekak shidah baik saja.. ada beberapa projek menulis/buku... sebagai hobi..
Dieya:
ReplyDeleteSorry to keep you waiting... memang tak ada mood nak upload sambungan...rasa macam entah apa...sebenarnya dah 95 persen siap catatan kisah ni.. terlalu banyak spelling errors dan perkataan tercicir.. maklum, main taip saja apa yang ada di kepala.. Tapi ia kisah benar yang mungkin sukar untuk dipercayai...