Friday, August 27, 2010

Ziana Zain Duta Antabax


Lama dah saya pergi ke majlis pelancaran produk baru Antabax ni, baru berkesempatan upload gambar dan share cerita. Tak ada apa menarik nak diceritakan melainkan dapat menatap wajah artis ini bersama suaminya. Siapa dah namanya, ingat-ingat lupa pula... Armin kut. Kali pertama suami Ziana muncul di majlis sebegini, siap beri ciuman di atas pentas dan beri bunga lagi kepada isterinya.




Ini adalah antara produknya... yang bestnya kami diberi lima jenis produk yang dilancarkan pada hari itu. Biasalah setiap kali balik daripada produk launching, bawa pulang barang-barang terbabit. Itu kalau barang murah dalam belasan atau puluhan ringgit. Kalau mahal macam TV ke dapur ke yang beratus atau beribu ringgit, taklah pula semua orang dapat. Hanya yang bernasib baik dalam cabutan bertuah, mungkin dapat.

Berbalik kepada Ziana Zain, haa.. tengoklah gambar dia bersama ahli keluarga pada bunting iklan Antabax. Di kiri sekali ialah suami Ziana. Terkejut juga tengok kemunculan suami Ziana pada hari itu, sebab selama ini dia memang anti press - bukan anti macam mana, tak suka ditemu bual kerana segan dengan publisiti. Menurut Ziana, memang lama jugalah dia memujuk suaminya untuk turut dalam iklan itu, berbulan juga dia menunggu sebelum diberikan persetujuan. Pernah tak nampak iklan Antabax yang menunjukkan mereka sekeluarga bermain layang-layang di tepi pantai di TV?


Gambar suasana majlis... tak sempat pula nak ambil gambar sendiri.... ingatkan kamera tertinggal di rumah atau tak ada bateri, jadi saya taklah jenguk dalam beg. Bila majlis hampir selesai, baru terjumpa kamera... ada rupanya. Dapatlah juga snap beberapa gambar. Di bawah berita mengenai pelancaran itu.

Petaling Jaya, 2 OGOS 2010: Produk penjagaan diri Antabax baru saja melancarkan rangkaian baru yang membasmi 99.9% kuman untuk perlindungan sepanjang hari yang diperkaya dengan pelembap dan vitamin untuk kesihatan kulit.

Bukan hanya setakat melancarkan rangkaian produk tersebut dengan penampilan baru tetapi ia turut memperkenalkan sama duta produk, Ziana Zain iaitu penyanyi serta pelakon yang sudah memenangi berbagai anugerah.

Pemilihan Ziana Zain disifatkan bertepatan dengan kehendak Antabax yang sentiasa mementingkan kualiti serta kehendak pengguna. Begitu juga dengan Ziana yang sentiasa memberikan yang terbaik di dalam kehidupan keluarga serta kerjaya seninya.

Namun, ibu kepada 4 anak ini mengakui betapa dirinya begitu sukar untuk menyeimbangkan tuntutan keluarga dengan kerjaya terutama selepas anaknya sudah semakin besar dan mula berdikari ketika kariernya juga semakin memuncak.

"Sebaik saja anak saya yang sulung mencecah usia enam tahun, saya mencari produk penjagaan diri antibakteria yang lebih baik kerana dia begitu lasak, sentiasa bermain dengan macam-macam benda – pasir, lumpur, batu dan sebagainya – baik di dalam atau di luar rumah.

"Selain itu saya juga risau dia mendapat jangkitan daripada kanak-kanak lain sewaktu di tadika atau di rumah terutama disebabkan kanak-kanak suka berkongsi patung, mainan dan alat pembelajaran," jelasnya.

Menurut Ziana lagi, dia sudah mencuba beberapa jenama antibakteria terkemuka lain tetapi bau ubat yang kuat tidak digemari oleh anggota keluarganya sebelum akhirnya membeli jenama import tetapi ia agak mahal terutama apabila jumlah anggota keluarga semakin bertambah.

"Kira-kira dua tahun lalu, barulah saya mencuba produk Antabax di rumah salah seorang rakan baik saya dan berasa ia cukup bagus dan harum. Kawan saya beria-ia menyuruh saya mencuba Antabax.

"Jadi kami mencubanya di rumah dan sejak itu kami menggunakan lebih banyak produk Antabax kerana ia mempunyai perlindungan antibakteria serta memiliki ramuan penjagaan kulit yang berkesan bagi memastikan kami terus sihat dan bebas daripada kuman," katanya. dalam majlis eksklusif yang diadakan di Pusat Membeli-Belah 1 Utama baru-baru ini.

Kini, Ziana, suami serta keluarganya menggunakan rangkaian produk penjagaan diri antibakteria Antabax. Ternyata mereka amat berpuas hati dengan kualiti rangkaian produktersebut.

"Salah satu faktor utama saya memilih Antabax untuk keluarga saya kerana ia Halal – saya tidak pernah menemui mana-mana produk antibakteria lain yang mempunyai perakuan Halal seperti ini

"Sebagai seorang yang beragama Islam dan seorang pengguna yang prihatin, saya sentiasa mencari dan menggunakan produk halal kerana saya merasakan produk yang mempunyai perakuan halal, mempunyai standard yang lebih tinggi," kata ibu kepada Muhammad Aiman, 10 dan Muhammad Ammar Amin, 7 serta bayi kembar, Muhammad Arrel dan Siti Noor Kaseh.

Menurut Pengurus Pemasaran Lam Soon Edible Oils Sdn Bhd, Cik Carmen Foo, usaha penjenamaan semula dan rumusan formulasi yang dipertingkatkan bagi produk ini mengambil masa lebih dua tahun, bermula daripada lakaran awal sehingga ke proses makmal, rekabentuk, prototaip, kajian pasaran, pengeluaran dan akhirnya dijual di pasaran.

Sorilah, kurang ada masa nak tulis berita rasmi, petik daripada murai.com ajelah. Yg saya tulis keluar cenonet saja dlm majalah tu..



2 comments:

  1. Salam Kak Shidah,

    Raya nak dekat dah, bagaimana persiapan kak shidah sekeluarga,

    Sweetie tengok iklan tu, nampak Ziana Zain bertambah cerah kulitnya dan awet muda. Dia sebaya Sweetie, tapi nampak jauh mudanya dia cam 30an jer..Syok la tengok iklan tu menggambarkan keluarga bahagia dan sihat dengan perlindungan Antabax.

    ReplyDelete
  2. a'salam sweetie, selalunya raya sambut sederhana saja. paling-paling beli baju anak.. rumah tak buat persediaan apa pun sebab sambut di kampung.

    pasal ziana tu, bukan tak tahu golongan artis sanggup berbelanja sakan untuk penjagaan diri, sekarang kalu nak kulit cerah seluruh tubuh pun boleh, orang kata guna vitamin.. nak jaga bahagian muka saja pun boleh, maklumlah ini zaman sains dan teknologi, janji ada duit.

    bergantung kepada kemampuan dan keutamaan kita nak belanja ke mana.

    ReplyDelete