Saturday, August 14, 2010

Malam Gala Jelita


Jumaat dua minggu lepas, menyelitkan diri ke majlis Gala Penghias Gambar Kulit majalah Jelita.. khabarnya ada satu meja yang tidak terjual, maka staff dijemput untuk memeriahkan majlis itu. Tema pakaian pada malam itu ialah hitam, merah dan putih. Maka masing-masing pun melaramlah dengan pakaian mengikut tema. Saya tidak ada masalah untuk mendapat pakaian kerana ada beberapa baju warna hitam dan merah, apa lagi putih. Jadi taklah sampai pergi membeli baru sema-mata untuk menyertai majlis yang meriah itu. Apa tak meriahnya, maklumlah dihadiri oleh artis-artis penghias gambar kulit seperti Erra Fazira, Sarimah Ibrahim, Datin Paduka Ummie Aida, Datin Ziela Jalil dan beberapa lagi, mereka menggayakan pakaian rekaan pereka fesyen tempatan, yang cantik-cantik belaka. Deme kat atas, nak bergaya seperti artis jugaklah konon...


Bergaya lagi... terima kasih kepada Shila (dua dari kiri) kerana beri gambar ini... Kamera saya tak ada bateri pada malam itu, jadi tak dapat nak merakam gambar artis yang cun melecun. Nanti kalau dapat, dari kawan-kawan, saya postkan kan blog ini. Dema artis melaram dengan barangan kemas tajaan Raflessia tetapi kome pakai ajelah rantai apa-apa aje. Saya pakai tudung putih, baju hitam, seluar merah, nampak biasa-biasa saja kan?


Terselit di belakang sekali. Nasib baiklah tidak terlindung terus oleh Ira (depan sekali) dan Faridah (tengah). Hu hu...

10 comments:

  1. di tieah: Warnanya yang cantik hu hu, orangnya biasa macam tu jugalah...

    ReplyDelete
  2. hi kak..

    dulu sy rajin beli anjung seri...dan dulu sy ada join program eric di kuala terengganu...

    ReplyDelete
  3. aSha... ye ke? saya pun ada semasa di kuala terengganu...salam perkenalan dp akak.

    ReplyDelete
  4. Salam Kak Shidah,

    Kak Shidah, tentu seronokkan dapat melihat artis2 secara dekat dalam majlis yang besar camtu.Wah glamourlah akak,Baju akak pun lawa juga menepati konsep. cuma gambar agak jauh sedikit.

    ReplyDelete
  5. Sweetie - ada peluang, pergilah tengok sesekali. Lagi pun majlis dikendalikan oleh pejabat sendiri.. hmmm tak berapa nampak pula seluar merah yang akak pakai...sebab baju hitam labuh.

    ReplyDelete
  6. Kak shidah nampak lemah lembut aje.....

    ReplyDelete
  7. dah lama tak beli majalah Jelita ni....
    wah best kak shidah dapat gi malam GALA ni.
    POPULAR you...aww!

    ReplyDelete