Tuesday, August 31, 2010

Doaku di Bulan Ramadan ini...

Assalamualaikum kawan blogger semua,

1. Semalam balik kampung jumpa ayah dan mak. Dah nak penghujung puasa, baru dapat balik. Rasa bersalah sangat. Sampai-sampai dah lewat malam, tak sempat nak berbual dengan ayah. Esoknya, pagi-pagi lagi ayah terus tanya, "dah siap ke pelan rumah tu? Kalau dah siap jom pergi nak tunjuk pada tukang... biar dia anggar berapa kosnya..?"

2. Saya sedia maklum, ayah memang tak sabar tunggu projek pembinaan rumah tu.. adakah ini akan menjadi kenyataan? Nak kena cari duit cash, tak nak buat pinjaman lagi. cam na?

3. Tapi dah terlanjur sanggup.

4. Saya tahu ayah ada banyak duit, tetapi kata ayah, duit tu tak boleh diguna... teringat perbualan dengan ayah satu hari: "Duit ayah ada, tetapi nak stand-by untuk tutup overdraf."
"
5. Sekarang ????

6 comments:

  1. Salam Kak Shidah,

    Memang kadangkala hati mudah berkata2, rasa sedikit terpinggir dari kasih sayang ibubapa..entahlah.

    Moga doa kak Shidah itu dikabulkan dan Ayah mendapat semula geran2 tanah yng dipajakkan tu, mungkin ayah akan bersara dari perniagaan jika segala-galanya selesai dan segala hartanya dapat diwasiatkan pada anak2 tersayang sebelum dia memejam mata.

    ReplyDelete
  2. kak shidah melalui pengalaman saya, kalau tak buat wasiat ni susah jugak. walaupun saya sorang tetap ada yang nak merebut harta pusaka. selama ini orang yang kita harap tak berminat lagsung ngan segala macam rete benda, orang yang kita percayai akan menolong kita bila susah, rupa2nya orang tulah yang akan menuntut, walaupun haknya x banyak...tapi tetap usaha nak rebut semua. patutlah sebelum mak saya meninggal, dia ada pesan, kalau dia dan bapak saya dah x de, x de sapa akan tolong saya lagi. rupa2nya betul. nenek dan makcik yang selama ni saya ingat sebagai sedara terdekat yang akan membantu bila susah berusaha nak amik hak saya dan sampai sekarang mengungukit benda2 milik saya tapi atas nama arwah mak (contoh: kereta). untuk elak kejadian sama berulang, saya mintak bapak saya tukarkan nama hartanya yang sekangkang kera tu kepada nama saya utk elak gaduh2 sampai putus sedara.

    ReplyDelete
  3. swetie: di lubuk hati tetap sayang kepada ayah, apa lagi emak.. memang, semoga ayah dapat menjalani kehidupan di usia tua dengan jiwa tenang dan gembira.

    ReplyDelete
  4. Syaliza: harta boleh mengabui mata semua orang, pelik juga kalu orang boleh nak lebih daripada apa yang sepatutnya dia dapat... dengan itu, beringatlah daripada usia muda, kumpul harta sendiri dengan menggunakan apa yang ada sebagai modal... apa yang diperolehi dpd orang tua kita, kita anggap sebagai bonus. kalau orang tua faham, boleh tukar nama lebih awal kepada masing-masing yang berhak, alangkah bagusnya.

    ReplyDelete
  5. Syaliza: pembetulan - boleh mengabui mata sesetengah orang - bukan semua orang. Orang tua tukar nama harta kepada anak daripada awal, ada bagus dan ada tidaknya, kerana ada juga anak tend to lupa diri apabila dah dapat harta, kemudian usir atau tak pedulikan orang tua.. harap kita disimpangkan daripada sifat begitu.

    ReplyDelete
  6. salam kak shidah..
    mesti x sabar nak tengok tiang umah terpacak kan..
    Impian realiti sebagai seorang anak yang dikasihi
    dilla doakan moga segala impian kak shidah tercapai....amin

    ** bila nak mai bangi kak shidah:-)

    ReplyDelete