Friday, July 30, 2010

pelan pilihan


Nak bina rumah di kampung,
berangan-angan dengan reka bentuk Inggeris, kotej dan country seperti di bawah. Sesiapa yang sedang mencari idea reka bentuk rumah, bolehlah tiru mana yang berkenan di bawah ni....

Ceritanya, ayah sudah pun selesai membersihkan kawasan rumah di kampung, semua pokok yang ada di halaman sudah ditebang untuk memberi ruang bagi membina rumah baru.
Tak sabar dia nak tengok rumah baru tersergam di tanah miliknya di kampung. Saya pula diserahkan tanggungjawab untuk membinanya, dengan alasan "kalau ayah dah tak ada nanti, mu duduklah di rumah tu."

Hmm... siapa yang tak nak bina rumah besar dan cantik macam ni, siap dengan lanskap bagai, masalahnya `yang tu tu' .... kalau terlebih ada, apa gaya pun boleh dibina.



Yang ini, dua rumah serupa bentuk, bersambung oleh bumbung di tengah
Setakat sebiji mungkin boleh, dua biji tak tentu lagi.



Dikemasi batu bertekstur di bahagian depan.

Daripada kayu bercat hijau/

Juga daripada kayu, menampilkan kelainan menerusi bentuk patio berpagar di bahagian depan rumah.

Berdindingkan batu bata coklat, dan batu beragam warna. Seakan latarkan salji

Ini pula bertangga di bahagian hadapan. Cantik juga ek.

Yang ini juga bertangga di depan, dihiasi bumbung kecil bertingkap di bahagian depan bumbung utama . Sesuai gak dengan gaya desa. Berkenan yang mana?

8 comments:

  1. Salam kak shidah....eynda ada hantar email kat akak guna email address yg akak bagi tu...tapi return balik la...nanti akak bagi lagi sekali email add akak ye..thanks :-)

    ReplyDelete
  2. emel akak : rashida.ibrahims@gmail.com

    ReplyDelete
  3. Kak Rashidah,

    Amboi seronok ye orang tuh mendesign rumah. :)

    Kalo saya, saya suka 2 last ones.. ala2 kampung gitu. :)

    ReplyDelete
  4. waaaaaaaaa~~ rumah da nak start bina ker?? cool laaaaaa........sume nampak cool....wooo

    rumah ade courtyard mmg lawa....;) update lg yer pasal rumah ni nanti...sy suke nk tau...

    ReplyDelete
  5. Aida: He he... copy paste je ... , saya pun suka gak yang last tu... dah tempat tu pun kampung.. masih dalam impian...

    ReplyDelete
  6. abc+milo: Hemm memang semuanya cantik, masalahnya hanya boleh buat satu je, itu pun belum tentu lepas.. kut-apa apa yang terhasil, lain pula dpd yang diimpikan... buat malu je he he...semuga turun rezeki dpd langit.

    ReplyDelete
  7. saya suka rumah yang punya banyak sliding...senang angin masuk... kalau ada design mcm tu posting2 le kakak. lagi 10 tahun boleh la saya buat pulak...hehehe. untuk design kat atas saya pilih yang berpatio luas tu...cantik!

    ReplyDelete
  8. Syaliza: rumah banyak sliding pun akak suka.. pernah gak tengok rumah cam tu...tetapi ia sesuai duduk di tempat yang berangin seperti atas bukit dan di kawasan yang redup di kelilingi pokok, mcam rumah kawasan ruma liza tu memang sesuailah..

    ReplyDelete