Assalamualaikum...

Wahai indahnya alam ciptaan Tuhan Yang Maha Esa, masih terkenang-kenang sewaktu berada di celah gua di tengah lautan ini..

Selamat datang dan terima kasih kepada kawan maya yang singgah di Duniaku...



Pages

Sunday, June 27, 2010

Oren! Oren! Oren! Lawan baju oren.


Pengantin turun daripada kedai stokis Zhulian Mak Long selepas di make up, buat lawak naik basikal kecik. Waktu nilah juga mereka nak pastikan semua pakai baju tema, warna oren mengikut warna baju pengantin.


Mok Su pemilik kedai pakaian wanita dan lelaki, sibuklah mengeluarkan baju-baju warna oren untuk dicuba oleh puak-puak lelaki. "Ni satu baju T untuk budak, siapa muat pakai!"

Si Dia mula-mula terkejut bila disuruh tukar baju, komain lagi menjeling. Bila biras-biras lain pakai, barulah terasa ingin turut pakai, tapi malu-malu... ego lah tu!


Akhirnya Mok Su berjaya juga menyuruh semua ipar-ipar menukar kepada baju T oren. Di kanan sekali ialah Sedi adik lelaki pengantin, pakai baju oren hitam putih, Ikram anak Mok Teh (kiri sekali), terselit di celah tiang, pakai baju T bertulis di depan. Mak Long (2 dari kiri) dan Mok Su (berdiri di belakang). Duduk di depan dari kiri. Pok Teh, Pok Cik (Si Dia) dan Pak Ngoh (berdiri) dengan baju T berkolar oren! Sebelah kiri tu kelihatan kedai frozen Pok Su dan di kanan kedai pakaian Mok Su - tutuplah hari ni sebab nak gi kenduri.

Ambil peluang bergambar dengan pengantin, Yue dan Hadi. Di kiri sekali Biah (kakak sulung Yue) dan Nor, adik Yue. Di sebelah kanan Yue, saya (Mok Cik) dan Mok Muda.

Ahli keluarga pengantin perempuan. Dua orang lagi tak ada, kesian, Sedan dan Nani di asrama, tak dapat balik.

Yue dan Hadi bersama Atuk Ma dan Atuk Ayah

Sukanya saya dengan gambar yang terang ni, nampak suasana kampung dengan kehijauan pokok di kiri dan kanan jalan bertar. Semasa kecik-kecik dulu, belum begini lagi jalannya, tanah merah sahaja. Sambil Si Dia ambil gambar pengantin, sempat juga fokus kepada saya di tepi (kiri sekali). Kalau nak tahu (tanpa segan silu nak bagi tahu), baju oren tu Mok Su yang punya, baju kebaya hijau yang saya bawak tak jadi pakai sebab nakkan tema orenlah katakan!


Dah nak sampai ke rumah pengantin lelaki, kedua-dua mempelai melangkah dengan penuh berhati-hati...

Bergambar kenangan di pintu gerbang, sebelum melangkah masuk ke khemah pengantin dan menaiki jenjang pelamin.



Kisah perakahwinan Yue dan Hadi lagi.

Hari ini saya menyertai rombongan ke rumah pengantin lelaki di kampung asal kami, Pulau Mansuk, Jerantut. Tiga minggu berturut-turut balik kampung kerana majlis kahwin. Mula rasa macam tak nak pergi, tapi last minute buat keputusan balik jugalah. Takut nanti terkilan tak masuk dalam peristiwa hari itu.

Alkisahnya, mereka tak cakap pula nak pakai baju bertema. Saya bawa baju silk n songket Vietnam hijau, Si Dia pula dengan baju batik hijaunya. Sewaktu sibuk bersiap untuk pergi pagi tadi, barulah mereka beritahu nak pakai baju oren. La mengapa tak cakap... tak puas hatilah saya kalau lain daripada orang lain, nak juga pakai baju tema. Mok su pun pinjamkan baju kurung dia.

Sewaktu berkumpul di hadapan kedai di Nadi Kota Bandar Jengka, kecohlah masing-masing menukar pakaian. Kebetulan Mok Su menjual pakaian lelaki dan wanita. Apa lagi, dia pun ambil kesempatan keluarkan baju-baju T baru warna oren untuk dipakai oleh sedara-sedara lelaki. Mak Ngah (tukang jahit) yang bertungkus lumus menjahit baju sendiri di saat akhir hingga siap, akhir tak juga pakai baju tu, kerana kena ikut plan last minute pakai baju oren.

"Kata nak lawan baju oren dengan pihak lelaki, kenalah ramai-ramai pakai oren," kata Mak Long, mak pengantin.

Selit sikit latar belakang keluarga kami, selain saya yang tercampak kerja di majalah, yang lain semuanya berniaga. Mak Long dengan kedai stokis Zhulian, Mak Ngoh (kedai jahit), Pok Muda (kedai kasut dan pancing), Pok Su suami Mok Su (jaga kedai frozen food), Mok Su kedai pakaian.
Mok Nik jaga kedai kasut Pok Muda Pok Teh suami Mok Teh yang baru bersara dpd askar tolong urus edar gas masak. Mok Teh dulu tolong jaga kedai tetapi tarik diri, pilih jadi tukang masak ayah dan ma sambil jadi `misi' jaga bagi ubat ma yang sedang pulih dpd stroke.



4 comments:

  1. Salam Kak Shidah,

    Sekarang ni ikut trend ikut warna tema pengantin, pengiring pun kenalah ikut sama yer tak.Oren pun cantik juga yer.

    Kak Shidah, walaupun baju mok su, tapi kene jer ngan body kak Shidah..hmm lawa.

    ReplyDelete
  2. swetie: betul tu... saja suka-suka....kan. Sekarang ni trend warna terang2 memukau... kalau dulu orang kata ini warna kampung, tetapi sekarang di bandar pun guna warna terang juga, contohnya shocking pink dll.

    Mok Su adik paling muda iaitu yang ketujuh manakala akak yang ketiga. Mujurlah muat-muat je baju tu, orang tak sangka pun pinjam.. he he..

    ReplyDelete
  3. Kak Rashidah,

    Amboi.. ceria nye orang tuh gi makan kenduri ye? Huhu! Meriah rombongan dengan tema oren. I like!

    Nih kiranye famili memang kuat bisnes la ye. Bagus gitu :)

    ReplyDelete
  4. Aida, balik kampung semata-mata nak gi kenduri, makannya tak seberapa (perut kecik), riuh aje yang lebih!

    Nak cari makan....kes yg lain-lain tu maleh sambung belajor, tulah fasal kenalah bisnes..

    ReplyDelete