Sunday, June 20, 2010

dah nak jadi!



Sekitar majlis walimatulurus anak saudara, Yue dan Hadi.
(Baca kisah di bawah sekali)

Gambar atas: Pihak perempuan menyambut kedatangan rombongan pengantin lelaki.
Pak Pak!Pung! Pak Pak Pung! Bunyi kompang (muzik dari cd je pun). Suka dengan suasana latar belakang desa yang nyaman di Mercu View Resort.


Pengatin perempuan bersiap sedia menunggu. Ahli keluarga perempuan mengenakan pakaian seragam biru putih - warnanya(bukan corak) ala2 baju seragam plkn gitu. Kain dibeli adik beradik pengantin, tukang yang menjahitnya ialah Mak Ngah (salah seorang mak saudara Yue). Mujurlah mak saudara tu tukang jahit. Tapi saya dipesan, masing-masing kena gak bayar upah, untuk pembantu Mak Ngah yang turut tolong menjahit... ha.. siapa yang pakai baju seragam tu jangan pula buat-buat lupa bayar....

Masih lagi menunggu... tak sabarlah tu.. Eh si Yana (kanan sekali) tu orang suruh ambil gambar dia pula menyelit dekat pengantin, buat alasan nak pegang payunglah konon! Pengapit baju putih, Nor adik perempuan Yue dan yang pegang bunga manggar Sedi, adik lelaki Yue. Baju kebaya les pengantin saya jahit ala kadar. Berkenan pula oleh Yue, dia ambil dan pasang manik serba sikit. Baju lapik satin dijahit pula oleh Mak Ngoh. Payung tu tentulah saya punya dan gerbang tu pun kami pasang lebih kurang je. Janji ada warna biru.

Pelamin untuk Yue dan Adi bertemakan biru dan putih, disponsor oleh saya, jauh-jauh bawah dari KL. Terima kasihlah kepada Pok Su dan Mok Su yang tolong mengangkutnya dengan lori. Pelaminnya simple saja, mula-mula panik juga nampak kosong je... mujurlah tak lama kemudian keluarlah bunga bebola gantung. Ingat juga Yue apa yang pesan, dari awal lagi saya rancang nak pasang bunga gantung bebola tu... tetapi saya tak sempat nak beli. Rupanya Yue beli alat dan cucuk sendiri bunga tu... Tak sarat bunga pun, sikit-sikit ada jadilah kan.



Puaslah hati mereka dapat duduk bersanding atas kerusi besar gabak ni. Kerana saya sibuk dengan persediaan untuk majlis di KL, Yue pun tolong sediakan bunga bebola gantung tu. Selepas backdrop dipasang, kami hanya perlu gantung-gantung saja. Kerja tu dibuat oleh Yana. Rasakan, nak latih dia, saya tengok saja dia buat, terjengket-jengket berdiri atas kerusi nak stapler pada siling. Nasib lekat. Mujur dia tinggi. Harap maknya (saya) memang tak sampalahi kalau tak pakai tangga. Tunggu gambar profesional lambat, upload jelah gambar sendiri dulu. Ambil gambar main tembak, tak adalah teknik2 fotonya. Jadilah. Tapi hasilnya, biru sangatlah Mak Ngah!


Ramainya.... Berkerumun di hadapan pelamin merakamkan gambar.
Hari ini Raja Sehari macam selebriti. Saya paling suka dengan aksi ni...


Lepas pengantin dan rombongan lelaki santap, warga kerja daripada keluarga pengantin perempuan tidak lepaskan peluang, menghabiskan sisa makanan raja sehari. Saya berdiri je tengok mereka, awal-awal lagi dah ambil peluang makan bersama pengantin. Letih-letih gitu, tak delah rasa nikmat makananya... sekadar merasa saja.


20 hb JUN 2010.


Selesai sudah majlis kahwin anak saudara, Yue di Bandar Jengka, Pahang. Serentak pula dengan majlis anak kawan di KL. Biasalah, tugas saya sibuk di bahagian pelamin. Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar.

Sekian lama peralatan pelamin saya bersawang di dalam stor. Sempena perkahwinan Yue, saya berazam untuk memanfaatkan barang-barang tersebut.Tapi, mereka mahukan pelamin terkini. Kenalah beli tiang besar putih dan kerusi besar gabak tu. Ikut trend sekaranglah katakan. Jadinya, hampir semua barang dibeli baru termasuk lampu candelier dll. Banyaklah keluar modal, Yue sahaja makan RM2,000 dan untuk anak kawan tu pun lebih RM2,000. Harap-harap lepas ini, adalah orang lain tempah supaya balik modal.

Majlis Yue berlangsung di Mercu View Resort, Bandar Jengka. Glamour namanya tetapi tempat tu biasa-biasa sahaja. Si Izzat (anak sulung saya tu), sibuk menguruskan hal lampu spot pelamin yang asyik padam. Termasuk lampu spot pada alang pelamin. Mentolnya terbakar. Marah benar dia, `ini mesti kerja mereka yang tumpang ambil gambar di pelamin tu. Nak buat macam mana, ramai yang minat nak ambil gambar. Risaunya saya, takut kerusi putih gebu tu kotor kalau ramai yang duduk. Sibuknya saya menguruskan hal pelamin hingga tak sempat tukar baju, untuk menyaksikan majlis nikah.

Alkisah, kerana salah pengumuman orang masjid yang yang mengatakan pada malam itu ada ceramah di masjid, kenalah tukar lokasi majlis nikah di dewan perjumpaan/mesyuarat pejabat stokist Zhulian, tempat mak pengantin (mak Yue) bekerja. Sepantas kilat, kerusi-kerusi dibawa keluar untuk mengosongkan ruang. Tempat tu sesuai sangat kerana ada pentas rendah, dapatlah bina backdrop ringkas. Seluruh lantai dihamparkan permaidani. Sebaik tempat itu siap dihias, ayah memberitahu Mak Long yang orang masjid tersilap buat pengumuman. Rupa-rupa tidak ada acara pun di masjid kerana ceramah agama ialah pada esoknya.

Itu tak apa lagi, nasib kawan di KL lebih malang. Betapa tidak makanan yang ditempah utk majlis itu tak sempat siap. Pengantin dan rombongan lelaki tak dapat makan kerana makanan yang dihantar hanya untuk kira-kira 100 orang. Sedangkan tetamu lebih ramai daripada itu. Sayangnya sungguh, saya dah buat pelamin besar dan cantik, ditambah pula dengan kumpulan petugas dan penyambut tetamu daripada kalangan ahli keluarga perempuan yang berpakaian anggun lagi manis, tetapi gitu pula jadinya majlis itu. Nasib baiklah saya tidak terbabit dalam bab tempahan makanan. Risiko kejadian macam nilah yang saya takut untuk menguruskan tempahan katering. Geram dan malu punya pasal, mak pengantin ambil keputusan membuat aduan kepada tribunal pengguna dan menuntut ganti rugi malu.

Bayangkan anda sebagai tuan rumah/mak pengantin, apa perasaan kalau makanan yang ditempah tak sampai-sampai, manakala tetamu sedang menunggu kelaparan?

4 comments:

  1. Kak Rashidah,

    Wahhhh... kencang ye tempahan orang kahwin? Seronok tengok. Seronok baca. Hehe! And cantik sungguh hiasan pelamin tuh ye! Bagus!

    Kesian kat keluarga sebelah pompuan tuh ye, memang dah nak jadi sungguh! Bab tak cukup makanan nih memanglah teramat kita tak nak jadi. Kalo tak cukup makanan masa jamuan ke, buleh la pakat masak apa yang patut dan cepat untuk jamu tetamu. Tapi bab tak cukup makan time kenduri.. haish, tak dapek nak nolong.

    ReplyDelete
  2. Begitulah Aida... kalau tak kecoh, taklah namanya majlis perkahwinan...

    ReplyDelete
  3. Salam Kak Shidah,

    Pelamin putih biru tu memang indah, pengantinnya pula cantik...hmmm meriah yer.

    Camnerlah nak buat, bab makanan tu tak sampai, terpaksalah keluarkan makanan kueh mueh apa yang patut. sekurang-kurangnya ada makanan dari takder langsung.

    ReplyDelete
  4. Sweetie, dalam gambar memanglah nampak cantik, ada kala lebih gah daripada yang sebenar... apa pun seeloknya baju jangan sampai menenggelamkan pengantin. Ada tu, baju sanding saja sampai lima enam ribu, tetapi apalah maknanya kalau sampai berhutang kan?

    Berdasarkan cerita begini, maknanya kalau kita tempah katering sekali pun eloklah sediakan serba sedikit makanan yang dibuat atau beli sendiri, supaya dapat dihidangkan kepada tetamu kalau yang ditempah lambat atau ada halangan sampai/ atau tak sampai langsung.

    ReplyDelete