Saturday, May 1, 2010

Malam Wartawan 2010

Ai fesyen show, ni majlis lain...

Amboi Chitra, kawan yang seorang ni, begitu ghairah nak grab maknaan.


Gembira menikmati hidangan.... tetapi di majlis ni saya langsung tak berselera nak makan. Toleh kiri kanan, orang lain semuanya makan sampai licin pinggan.



Ambil peluang bergambar depan backdrop Majlis Anugerah Wartawan 2010.


Hari itu, saya tumpang seorang kawan sepejabat untuk pergi ke Majlis Anugerah Wartawan di sebuah hotel dan tuah menyebelahinya apabila dia diumum salah seorang pemenang. Dan dia dapatlah hadiah wang tunai RM15,000... kawan-kawan sepejabat yang duduk satu meja bertepuk tangan kegembiraan.

Balik ke ofis esoknya, wa... ramai betul yang minta dia belanja makan. Tetapi saya tidaklah kisah sangat fasal itu tetapi satu permintaan saya kepada dia... he he ajarlah saya bagaimana nak tulis sampai ke tahap boleh menang... jawab dia "nanti saya buka kelas ya."

Saya tahu kawan saya yang itu sungguh rajin dan berdedikasi orangnya. Pandai menulis dalam bahasa Inggeris, ayat-ayatnya hemm....apa orang kata, bombastik.. gitu. Tahnialah kepada dia... Sayangnya saya tak sempat nak bergambar dengan dia, sebab teburu-buru nak pulang. Maklumlah malam kan, nak cepat jumpa Kamil yang sedang menunggu di rumah.

Semasa nak balik, angin satu badan sebabnya salah tempat tunggu si dia. Saya beritahu dia, saya tunggu depan hotel, rupa-rupanya tempat yang saya berdiri itu bukan depan tetapi di pintu sisi. Jenuhlah tunggu, tak nampak keretanya lalu.

Dah tahu silap sendiri, tetapi tak nak mengaku... nak puaskan hati yang tak puas hati, tunjuklah muka yang tak puas hati... sampai balik ke rumah. Pekdahnya.... dapatlah jumpa kawan-kawan lama yang semuanya dah berubah rupa, dari kurus jadi kembang yang berambut hitam dan jadi putih. Makan pun tak kenyang, hati sakit kerana lama tunggu kereta.


8 comments:

  1. Alahai.. bukan sakit hati tuh akak. Tuh merajuk tuh. Hehe! Sampai tak kenyang makan. Kalo makan kat kedai mamak ke.. buleh jugak ditapau, kan? Makan kat event2 gitu.. tak dapek nak nolong la.

    * Saya pon jenis kuat merajuk tau.. haha!

    ReplyDelete
  2. kak shidah..apa kwn akak tu buat dengan rm15 ribu suruhlah dia kahwin cepat2 hehhehhe

    ReplyDelete
  3. Hi Aida, dah muncul kembali.. lama tunggu Aida pergi mengembara... sepanjang Aida dak ada, blog akak pun bersawang, dapat tambah satu entri baru je..

    Bagus juga dapat belajar ilmu geografi dpd Aida. Dan terasa seronoknya dapat mengembara...

    ReplyDelete
  4. Salam siti rynas, kawan kita tu macam tu jelah.... dok pasang telinga juga ni, tetapi entah bilalah agaknya dia nak beregu...

    ReplyDelete
  5. Kak Rashidah,

    Huhu.. dah keluar hutan, so buleh la berblog semula :D. Akak pon rehat berblog ka? Jangan benti dah la.. saya dok ikut tau blog akak :)

    Saya dolu2 mmg tak minat sungguh geografi nih, tapi bila dah tua2 nih.. ada la rasa ingin tahu :D. Akak buleh mengembara jugak.. cuti skolah bulan 6 nih kan? :D

    ReplyDelete
  6. Hari itu kebetulan komputer diserang virus, itulah fasal tak boleh berinternet...

    Baguslah gitu.... rasa macam nak mengembara juga tetapi entahlah badan rasa macam tak fit, tambah dengan cuaca panas... maklumlah.. kalau aida kata dah tua.. akak pula dah terlebih tua... hu hu.. tetapi perasaan masih muda..

    ReplyDelete
  7. Hari itu kebetulan komputer diserang virus, itulah fasal tak boleh berinternet...

    Baguslah gitu.... rasa macam nak mengembara juga tetapi entahlah badan rasa macam tak fit, tambah dengan cuaca panas... maklumlah.. kalau aida kata dah tua.. akak pula dah terlebih tua... hu hu.. tetapi perasaan masih muda..

    ReplyDelete
  8. Ooo.. kena virus ek? Memang rasa handicap jek kan kalo tak buleh guna komputer. Skang dah ok la?

    Bior jiwa muda, akak.. betul tak? Baru ceria and hepi sokmo.. hehe!

    ReplyDelete