Perspektif dari depan. Pelan asal ini diubah sedikit, daripada dua banglo menjadi satu dengan courtyard besar di tengah. Ala-ala resort gitu... komain lagi angan-angan tu!
Pelan lantai yang dirancang, diubahsuai dari lakaran ini.
Angan-angan ini... adakah akan menjadi kenyataan?
Angan-angan ini... adakah akan menjadi kenyataan?
Lewat beberapa bulan ini, hatiku asyik tersentuh apabila mengenangkan ayah. Dek terlalu sibuk dengan kerja dan memantau Iliyana menyempurnakan tugasan kursusnya, dua bulan dah tak menjenguk orang tua di balik kampung. Pagi semalam, aku dan si dia ambil kesempatan balik. Cadangnya nak balik sekejap saja. Pergi pagi, balik petang.
Sesampai di rumah dalam11.30 pagi, kelihatan ayah dan ma di dapur. Mok Teh yang bertugas memasak sepenuh masa untuk ayah dan ma sedang menggoreng sesuatu. Ma terkejut melihat kemunculan tiba-tibaku. Sengaja tak beritahu mereka, kami nak balik. Selepas berpelukan dengan ma dan bersalaman dengan ayah, aku menolong mok teh memasak. Sedang makan tengah hari (enaknya bersambalkan sambal belimbing jeruk), aku beritahu ayah, kejap lagi nak balik. Petang ni juga.
Terkejutlah orang tua tu. Terdetik di hatiku, apa punya anak, tak sampai sehari dah nak balik. Sendiri rasa bersalah tetapi tidak pula kusangka, tetiba ayah mengusulkan pada ma.
"Ha wei.. tak nak ikut gi KL. "
Ma menunjukkan wajah yang kelat. Selepas baik daripada koma hari itu, dia tidak gemar berjalan jauh. Tapi ayah tak boleh berenggang, asyik nak heret maa ke sana ke sini. Dalam tak berapa sihat, dah dua kali dah balik Kelantan.
Di pendekkan cerita, ayah dan maa ikutlah kami balik ke KL. Alasan tujuannya ialah untuk melihat rumah baru cucu sulungnya. Dalam perjalanan balik dari Bandar Jengka, kami singgah di kampung ayah di Jerantut. Tujuannya, nak tengok rumah adik kepada maa yang baru dibina di atas tanah ayah.
Terfikir aku pasal hal ini, semuanya kerana tetiba ayah sudah meminta aku membina sebuah rumah di atas tanahnya itu. Tiba-tiba saja ayah yang sudah berpuluh tahun duduk di Bandar Jengka, ingin tinggal di kampung itu pula.
"Kalau rumah tu dapat dibina, bolehlah kita semua berkumpul di kampung pada waktu raya dan kenduri kendara," ujar ayah. Maklumlah rumah di Nadi Kota, Bandar Jengka itu sudah tidak muat untuk menampung kesemua anak cucunya yang berkumpul serentak. Tujuh anak dah jadi 14 bila termasuk pasangan masing-masing dan kemudian menghasilkan lebih 2o cucunya.
Aku memang tak sabar nak bina rumah idaman tu, bukan apa, supaya ayah sempat menghabiskan hari tuanya di situ tetapi pada masa sama aku terfikirkan pula kata-kata ayah: "Mungkin ayah hanya sempat tinggal setahun dua saja," (merujuk kepada usianya yang sudah lanjut). Aku sebak tetapi dalam hati dok fikir, kalau ma dan ayah tak ada, adakah aku nak duduk di kampung, di rumah itu.
"Kalau mu bina rumah tu, mu duduklah nanti rumah tu. Rumah tu nanti jadi rumah mu juga." Berkali-kali ayah berkata begitu.
Maka terbayang-bayang banglo idaman banglo di kelilingi taman... Mulalah terfikir nak gaya tradisional, ke Bali, ke moden atau kotej? Pas tu terfikir pula, kalau duduk di kampung, macam mana ngan anak-anak, mereka tu dah confirm tak nak. Izzat dan Yana, awal-awal lagi dah sound, tak teringin nak duduk di kampung.
Hmm aku masih berfikir-fikir...

banyak nyer rumah yer
ReplyDeletealinac: Pekdahnya, bukan menyenangkan kita pun, bahkan memeningkan kepala, nak kena bayar cukai pintu dan cukai tanah yang asyik tertunggak.
ReplyDeletengeee..ye jgk kan.lupa nk pk hal mcm tuh..
ReplyDeletesmoga sumanyer berjalan lncar..
nnti da buat rumah baru..jgn lupa wat entri bru yer.. : )
Kak Rashidah,
ReplyDeleteAlahai.. sayu pulak saya membaca pasal Ayah akak. Bunyi baik hati dan tenang jek orangnye.
Pasal tanah tuh.. hmm entahlah ye. Bukan apa, memang dah lumrah and banyak terbaca pasal berenggang keluarga sebab dek harta pusaka bagai. Harap2 tak jadi macam tuh la. Wishing and hoping for the best :)
kak shidah,
ReplyDeletebagus entry akak ni.. dan sbg anak kita mesti nak lakukan sesuatu yg terbaik utk org tua kita kan.. mcm kami, nak belikan umah tak mampu sgt, tp kami gembirakan org2 tua kami dgn hantar mrk naik haji lagi.. tu pun dah cukup buat mrk happy..
psl tanah tu ana dh tgk kes perebutan pusaka dpn mata ana lg.. malahan berlaku dlm keluarga sblh ayah ana sehinggakan wujudnya unsur2 sihir di gunakan semata2 tak puas hati.. Nauzubillah.. moga bende2 mcm ni di jauhkan dr family akak..
Salam kak shidah,
ReplyDelete1st time masuk belog akak.sy tertarik dengan pelan rumah idaman akak tu...saya pun sedang berangan2 nak buat rumah d tanah ayah saya...
(atas bukit menghadap laut sulu)
sy tak kisah tinggal d kmpg...lebih tenang berbanding bndr besar kL ;)
tp suka nak soping2 d kL hehe...
bilerr nak byk duitt nii....
abc+milo: Selamat datang dan terima kasih kerana berkunjung.
ReplyDeleteYelah kita yang duduk berjauah dengan ibu bapa, tak banyak peluang nak berbakti, sekali dia bagi peluang, akan cuba berusaha untuk membuatkan dia gembira kan, harap-harap murahlah rezeki kita dan dipermudahkan segala perancangan..
wah cantik tu lokasinya, mengadap laut, memang sesuai buat bertemakan resort.
Aida: Ya aida, begitulah sikap ayah akak....suka bagi orang duduk percuma, apa lagi anak-anakknya... masing-masing dapat duduk percuma di tingkat atas lot kedai yang dibelinya...bertuahkan? Akak pula kena bertungkus lumus bayar rumah sendiri di KL.
ReplyDeleteTq di atas doa Aida...
Ana Suzana: Eishh, sampai gitu sekali ke - adik beradik/sedara mara nak sihir mensihir kerana nakkan tanah pusaka???
ReplyDeletewalaupun akak tahu perebutan dan tidak puas hati serba sedikit tu lumrah, tak terfikir pula sampai ke tahan itu.
Bagusnya, Muda-muda lagi Ana dah dapat hantar orang tua ke Mekah.
salam kak,
ReplyDeleterasanya dengan "memberi secara percuma" itu dapat hapuskan dosa2 kecil mereka x salah jugak kan...;)
saya anggap macam tu jer...
salam kenalan ..
ReplyDeletemcm2 perasaan dtg bile baca entry ni , heheh cz terkenang kat abah sdiri ..
kiteorg lama x berckp , ado le kes nye.. tp dlm lama x bertegur tu , jiwa ni tetap rindu dgn gurauan & usikan dia... myb cz zr dh besa kut.. dulu b4 kawin .. mmg dr kecik manje dgn abah .. now dh ado somi& anak.. rs kasih syg dr abah dh makin kurg .. emm entah ler..
kite as anak, sedaya upaya nak hapy kan hati mama abah kite kan , but diorg ni kdng2 ingt dorg nyusahkan kite.. tp kite maksud kan lain.. tp itu le kehidupan kan ..
abc milo: betul sungguh tuh, tetapi kadang2 ada sahaja hasutan yang menipiskan pahala kita..
ReplyDeleteCz, terima kasih ya kerana singgah di sini.. sebab dari kecil manja, itulah yang masing-masing mudah terasa hati.. apa-apa pun, harap Cz dapat tabahkan hati untuk curahkan kasih sayang kepada abah atau dapatkan semula kasih sayang daripadanya.
ReplyDeleteAlinac, ye.. akan laporkan perkembangan selanjutnya he he...
ReplyDeleteSalam kak shidah...
ReplyDeleteTeruja eynda tengok pelan rumah idaman akak... :-)
Alaikumussalan Enda:
ReplyDeleteAkak pun teruja, tetapi adakah akan menjadi kenyataan atau terus jadi impian, kita tunggu dan lihat.. atau bila dah siap lain pula jadinya... faham2 sajalah sebabnya
Salam,
ReplyDeletepertama kali singgah sini. Teringat pula ada 'isu tanah' yg belum diselesaikan' di kampung. Apa2 pun, bila tgk pelan rumah tu, mcm best aje. Tapi letih juga nak jaga rumah besar kan.
Tq Liyana kerasa sudi berkunjung ke Duniaku R.I.
ReplyDeleteMemang ramai orang berhadapan dgn isu tanah di kampung yang belum selesai... memang disahkan rumit.
Betul, jaga rumah besar bukan saja letih, bab penyelenggaraan kerosakan lagi satu hal, boleh buat duit kita kopak!
sorry bab2 sensitif sudah didelete...
ReplyDelete