Wednesday, April 21, 2010
Respon Award dpd Aida Spain (Patin Pasta).
Assalamualaikum.
Beberapa hari senyap, banyak kerjalah. Hari itu, 26 Mac, Aida dari Spain tag kita award, dan kita yang tak pandai ni, lama dok memikir macam mana nak ambil bahagian.
Bantailah macam mana pun. Sekali lagi terima kasih pada Aida kerana kasi award pada akak. Aida dapat award dari Ben Ashaari, akak dapat award dari Aida. Ben pun akak dah berkenalan dah...Terima kasih Aida dan terima kasih Ben kerana sudi jadi rakan blog.
Ni kalau tak jawab, nanti Aida merajuk pula. Hari itu dia suruh pamerkan kasut, tetapi tak terbuat lagi. Segan pula tu. Nantilah kalau ada masa.
Meh kita tengok apa syarat dan terma award nih. Menurut Aida, camni..
1. Buat 1 Entry Tentang Award ini
2. Ucap Terima Kasih dan letak link pemberi award pada entry tersebut - yg link ni saya tak berapa nak faham. tak apalah teruskan pd langkah seterusnya..
3. Senaraikan 15 blogger sebagai penerima Award
4. Beritahu penerima Award , supaya dia tahu yang dia adalah penerima Award
5. Senaraikan 7 perkara tentang korang ..
Meh siapkan tugasan!
1. Buat 1 Entry Tentang Award ini
• Dulu, kawan ofis saja kawan blog saya. Lepas tu, masing-masing sibuk, blog mereka pun bersawang. Dan tak ada lagi yang nak drop comment kat blog kita. Bosanlah kita nak berblog. Siapa sangka, dapat pula berkenalan dengan Aida. Dan dapat pula award.
Nak paku award kat dinding tak retilah pula.
2. Ucap Terima Kasih dan letak link pemberi award pada entry tersebut
• Terima kasih Aida, muah-muah... terpengaruh dengan blog deme semua, kita yang dulu tulis bahasa skema, kini bertukar jadi santai, caca merba. Best pula.
3. Senaraikan 15 blogger sebagai penerima Award
• Purplepink
• Ennie Fauzi
• Linda
• Ana Suzana
• Dok Fikir
* Haslinda Hassan
* Aznil Hj Nawawi
* Cahaya malam
* Jaja
* roseharissa.blogspot.com
• nantilah tambah
• Tak ramai pun kawan blog hu hu!
4. Beritahu penerima Award , supaya dia tahu yang dia adalah penerima Award
• ada masa baru nak gi tau..
5. Senaraikan 7 perkara tentang korang ..
Hmm..
1 Malu nak kabor, dah 20 tahun lebih kawin, kita tak suka masak. Betul, mujur dapat mak mentua yang buat dek je...kesian anak-anak, jarang merasa air tangan mak yang sedap,...mujur ada orang gaji, tetapi dema dah besar ni, tak adalah orang gajinya dah. Nak makan sedap, gi kedailah.
2 Tapi satu yang mungkin orang lain jeles, kita dari kecil suka menjahit. Ingat lagi masa darjah 3, kita curi guna mesin jahit mak, jahit seluar katak. Lepas tu bbelajar jahit baju kurung. Bapok rumit masa tu. Masa darjah lima, dah pandai jahit baju sendiri. Percaya tak, baju sekolah masa darjah lima kita jahit sendiri (yg warna biru tua tu). Form 3,kawan tempah baju sekolah ngan kita, kita dan kawan kita pakailah baju pinafore (turqoise) yang kita jahit, special punya, kembang payung sikit gitu. Lain daripada orang lain.
3. Adik beradik 7 orang. Dalam adik-beradik, kitalah yang paling bercita-cita tinggi. Belajar sampai UiTM, yang lain tu suka-suka hati mereka saja nak belajar sampai kat form 5, lepas tu kawin, dpt kerja ala kadar, lepas tu semua balik kerja ngan ayah. Maklumlah ayah ada banyak kedai. Tapi ada juga yang meniaga sendiri. Kita masih berjuang kerja makan gaji.
4. Zaman sekolah kita tak aktif, malas nak cerita. Kalau ada apa-apa suka duduk di belakang. Ingat fasal sekolah, ingat exam. Kita cukup tak suka. Sekali kita terpilih pasukan hoki sekolah, semasa form 5. Masa lawan antara daerah di Temerloh, komain lagi kejor bola hoki, hampeh tak dapat!
5 Makanan... semestinya nasi. tak ada yang lain tak apa, ada satu sayur, satu lauk cukup. tak de lauk, telur kicap atau ikan bilis jadi.
6• Selalu elak minumam berais. jaga badan konon. Tetapi kalau panas sangat, bantai minum gak.
7 Geli kat kucing (terutamanye) dan segala jenis haiwan. - bab ni sama ngan Aida.
• Satu lagi bab menjahit, dula kita suka mereka fesyen, pernah jahit baju maksi ropol bertingkat dari atas sampai bawah, buat saja.. pakai depan cermin jela, nak pakai ke mana baju gitu. Suka buat baju lawo berfesyen tapi tak suka pakai cantik2, paling tak suka nampak over dpd orang lain. Untuk manfaatkan minat, tu fasal kita buat baju wedding, untuk disewakan...itu yang terbabit dengan bisnes pakej perkahwinan part time. Itu jelah kot.
HmM.. ada masa baru nak pergi jalan2 ke blog org bagi tau pasal award nih :)
MACAM MANA NAK LINK NI AIDA??
Friday, April 9, 2010
Pameran Inovasi dan kreativiti UM
malas pula nak menulis, saya upload gambar sajalah..... sekitar tugasan di Universiti Malaya.
Persembahan sempena pelancaran Pameran Inovasi dan Kreativiti UM.
Rakan sekerja, macam dirancang, baju kurung dia sesuai pula dengan tema `go green'. Lokasi di sisi Dewan Tunku Canselor, tempat berlangsungnya pameran.
Ratusan nota selamat bumi... daripada pelajar UM. Terharu membaca, kata-kata dan harapan mereka menerusi nota masing-masing.
Salah satu hasil rekaan pelajar kejuruteraan.
Persembahan sempena pelancaran Pameran Inovasi dan Kreativiti UM.
Rakan sekerja, macam dirancang, baju kurung dia sesuai pula dengan tema `go green'. Lokasi di sisi Dewan Tunku Canselor, tempat berlangsungnya pameran.
Ratusan nota selamat bumi... daripada pelajar UM. Terharu membaca, kata-kata dan harapan mereka menerusi nota masing-masing.
Salah satu hasil rekaan pelajar kejuruteraan.
Thursday, April 8, 2010
Salah saya ke?
Sebelum cuci.
Astaghfirullah....mengucap dulu. Nak cerita kisah sehari ini, jangan pula kata apa-apa, saja-saja nak berkongsi suka duka.
Selalunya kalau pergi ofis saya ni sempoi saja, malas nak berbedak pun.. apa lagi ber eye shadow dan bagai-bagai. Baju dan tudung pun ringkas saja. Asal boleh cari yang tak payah gosok. Pakai tudung tak payah yang jenis pin-pin dan tak perlu berbrooch. Rimas.
Tetiba hari ni mood lain pula. Sebab ada assingment di luar ... di Ikano... shopping complex... lama tak keluar daripada tempurung `office' asyik duk menaip, jadi hari ni ambil kesempatanlah sikit, nak melaram. Tulah pasal, ambil baju nipis - kena pakai dua pieces ngan inner. Gosok sikit, salutlah kat badan. Baju labuh atas lutut, lengan pendek... pakai ngan seluar panjang, sepasang hitam tetapi inner putih, tutup lengan.
Baju dan seluar ni memang saya jarang pakai.. sebab sungguh tak selesa. Baju kena pakai dua lapis, seluar pula terlabuh sikit. Sangat tak selesa. Tambah pula pakai ngan tudung, macam tak kena je. Tapi hari ini bila pakai, rasa okey dan confident pula. Mengapa ya?
Apa yang membuatkan nampak kena dan selesa... Oh, rupanya selama ini tak pakai tudung dalam. Terus je salut tudung macam telekung tu, rambut pendek jadi.. leper saja di belakang. Nampak tak bergaya langsung... tapi selesa. Hari ni saya cuba pakai tudung yg ada `sanggul'.. yg ada bunga/roset besar di belakang tuu. Lepas tu baru pakai tudung telekung singkat tu. Sarungkan di kepala, nampaklah seperti ada sanggul tinggi, bukan nak puji diri sendiri.. betul nampak anggun pula he..he he..
Ambil peluang shopping, comelnya kereta mini merah dalam butik ni.Ini bajunya...sesuai ke? Selamba je dengan kesan kotor yang masih ada sikit pada lengan baju.
Dah selesai, tunjuklah kat si dia dulu, kan bising pula. Kut ditegur, ketatlah.. jaranglah...
"Okey ke gini?" Dia diam je. Maksudnya okeylah tu! Sebelum keluar rumah, sempat pakai krim muka.. dalam kereta barulah nak berbedak, then letak gincu sikit. Belek2 beg, nampak pula eye shadow Chanel, yang dah lebih 10 tahu kut usianya. Memang x pakai. Tenyehlah sikit kat pelupuk mata.
Sampailah di muka pintu ofis, mula-mula nampak Zurin, kawan baik...dengan seorang lagi, Malika.
"Eh, akak pakai eye shadow?" Tegur Zurin sambil ajak pergi sarapan.
"Pergi dulu, nanti akak datang," jawab saya sambil terus masuk dan ditegur pula oleh Farah receptionist.
"Weet weet!" Saya senyum terus naik tangga.
Sampai ke atas, nampak pula Sabrina... " So beautiful today!"
"I pakai bedak sikit...", saya jawab sambil senyum sambil terus pergi ke meja..
"Wah Akak...Cantik hari ni," tegur pula Ain, saya senyum sambil letak beg di atas kerusi, lalu terus keluar semula ke gerai Man.
Di situ, Malika pula memberikan pujian-pujian. "Bagus-bagus u pakai macam ni," katanya. Saya senyum lagi sambil berkata, "Nak keluar assingment hari ni..."
Terus duduk dan pesan makanan. Sebelum makanan sampai, `buat ketupat' (mengumpat) sikit.. pas tu tosei yg dipesan sampai.
Entah macam mana gopohlah pula ambil dulang tosei tu, habislah pula tumpah kuahnya di atas lengan, kena kain lengan inner putih, apa lagi bertompok-tompok kuninglah. Percikan kat baju hitam, mudah pula ditanggal. Jenis kain inner tu memang susah tanggal kotor, kenalah basuh dengan sabun.
"Hemm baru nak cantik, cantik dah kotor pula," ujar Zurin simpati. Malika turut berperasaan sama tapi dia sempat beritahu, "We believe if some one get praise a lot, then the person will get something bad.."
Saya senyum lagi sambil mengiyakan di dalam hati... dari tadi saya pun fikir begitu. Dah ada pengalaman, beberapa kali dah kena.
"But stay like this, nice!" Tambah Malika. Beri dorongan ikhlas pula dia.
"Oh orang Hindu pun percaya macam tu juga ye, sama juga dengan kami orang Islam..., " ujar saya sambil menggosok-gosok baju dengan air kosong yang diminta daripada pembantu gerai. Apalah, siap beri ice lagi. Orang nak buat basuh. Gosok-gosok tak hilang pun kesannya.
"Makan sajalah kak, nanti basuh dengan sabun."
"Yelah," jawab saya sambil terus menyuapkan tosei.
Balik semula ke pejabat, letak beg duit atas meja.. baru nak pergi bilik air kena puji lagi beria-beria oleh dua lagi kawan.
"Sudah-sudahlah.. dah kena dah ni.."
"Mengapa? Soal mereka.
"Banyak sangat kena puji, tengok habis tumpah kuah ni hah..atas lengan baju," kata saya sambi menunjukkan kepada mereka.
"La.. cepat pergi basuh," kata yang seorang.
"Nanti jap.. nak ambil gambar dulu.." kata saya (nak masuk blog). Mereka berdua ketawa mengekek dengan gelagat saya. He he he saya ketawa dalam hati.
Tetamu yang hadir
Dipendekkan cerita, selepas puas basuh dengan sabun dan digosok, tak hilang pun kesan kuning tu... degil betul. Habis basah lengan baju. Kena pakai cuci ngan peluntur jugalah nampaknya. Last-last kenalah pergi assingment dengan kesan kuning di lengan.. nasib baik bila dah kering, kuningnya nampak nipis sikit.
Apa apa pun, selepas majlis pelancaran kempen penggunaan barangan `go green' Monier di Ikano, sempat jugalah.. keluar masuk kedai dan cuba baju untuk dibeli, tetapi tak jumpa pun yang berkenan.... Sebelum tu, dapatlah makan tengah hari tajaan Monier...
Rumusannya: Bila dipuji, dengan sendiri timbul riak...lebih tepat, PERASAN...itu fasal Allah terus bagi peringatan... huk huk huk... Salah saya ke???
Team Monier bergambar selepas majlis pelancaran.
Kawan baik saya. Kami menjamu selera di majlis makan, tajaan Monier.
Monier ialah jenama produk bumbung jenis Cool Roof.
Monday, April 5, 2010
Menambahkan Kenalan Blog
Sementara internet tengah okey ambil peluang memasukkan lebih sikit entri. Nak berkongsi keseronokan, kalau dulu blog saya hanya link dengan blog kawan yang dikenali, tetapi sekarang dah ada link dengan beberapa rakan blog yang hanya dikenali menerusi maya.
Mula-mula saya sapa Aida pemilik blog Patin Pasta yang berada jauh di seberang laut. Diperkenalkan oleh Zurin, saya terpikat pada nama blog Aida, Patin Pasta ... nampak saje nama Patin, terus kecur liur teringat ikan patin masak tempoyak... makanan kegemaran orang Pahang. Kebetulan kami sama-sama satu negeri. Entri Aida dalam bahasa Pahang, faham benar oleh saya, jadilah seronoklah membacanya.
Baru-baru ni, menerusi blog Aida saya dapat tahu mengenai blog Ben Ashaari... amboi pemuda seorang ni memang gila berblog... dia sendiri mengaku... Tengok jejak pelawat dia, tak terkata... ramainya peminat. Saat ini jejak pelawat dia berjumlah 95,906! Hairannya, rajin sungguh dia mengupdate entrinya, mengulas dan memperkenalkan blog orang lain. Tengoklah entri fasal pameran kasut di PWTC baru-baru ni, panjang berjela. Walaupun dia berkali-kali mengingatkan fasal pameran itu, tetapi bila tiba harinya saya tak sempat nak pergi menjenguk ke pameran itu.
Hujung minggu itu saya sibuk menyiapkan satu projek bersama seorang kawan. Mujur dapat tengok gambar di blog Ben. Boleh bayangkan kemeriahannya. Kepada Ben Ashaari, akak ucapkan terima kasih kerana tambahkan senarai link dengan blog akak.
Mula-mula saya sapa Aida pemilik blog Patin Pasta yang berada jauh di seberang laut. Diperkenalkan oleh Zurin, saya terpikat pada nama blog Aida, Patin Pasta ... nampak saje nama Patin, terus kecur liur teringat ikan patin masak tempoyak... makanan kegemaran orang Pahang. Kebetulan kami sama-sama satu negeri. Entri Aida dalam bahasa Pahang, faham benar oleh saya, jadilah seronoklah membacanya.
Baru-baru ni, menerusi blog Aida saya dapat tahu mengenai blog Ben Ashaari... amboi pemuda seorang ni memang gila berblog... dia sendiri mengaku... Tengok jejak pelawat dia, tak terkata... ramainya peminat. Saat ini jejak pelawat dia berjumlah 95,906! Hairannya, rajin sungguh dia mengupdate entrinya, mengulas dan memperkenalkan blog orang lain. Tengoklah entri fasal pameran kasut di PWTC baru-baru ni, panjang berjela. Walaupun dia berkali-kali mengingatkan fasal pameran itu, tetapi bila tiba harinya saya tak sempat nak pergi menjenguk ke pameran itu.
Hujung minggu itu saya sibuk menyiapkan satu projek bersama seorang kawan. Mujur dapat tengok gambar di blog Ben. Boleh bayangkan kemeriahannya. Kepada Ben Ashaari, akak ucapkan terima kasih kerana tambahkan senarai link dengan blog akak.
Yeah... sudah cecah 2,000!
Hari ini, jejak pelawat ke Duniaku - Rashidah Ibrahim sudah mencecah 2,000. Terlewat membuka kaunter, jadi tak tahulah berapa jumlah sebenar pelawat sejak blog ini dibuka pada Januari 2009.
Dengan ini saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada kawan-kawan yang sudi mengunjungi blog saya yang tidak seberapanya ini. Maklumlah blog saya ni tidaklah secantik blog-blog orang lain. Baru nak belajar berblog... Saya mengambil masa agak lama untuk tahu mengendalikannya. Sampai sekarang banyak lagi yang masih perlu saya belajar. Ingat lagi, dalam setahun juga terbiar kosong sebelum pandai memasukkan gambar.
Kalau dulu tak tahu macam mana nak link dengan blog orang lain, sekarang dah pandai dah... itu pun asyik lupa. Sekejap-sekejap kena tanya anak macam mana nak buat itu dan nak buat ini. Mujurlah si Iliyana sanggup melayani kerenah emaknya, dialah yang tolong membuka page ini dan memasukkan gambar pada tajuk, membuka kaunter jejak pelawat dan sebagainya.
Selesa sikit sebab dah tahu meng upload gambar sendiri, bagaimana nak susun gambar ala kadar. Sekarang saya dok tunggu Iliyana buka ruangan sembang di blog ni. Bilalah dia nak buat tu. Iliyana ni aci pengelat jugalah. Mentang-mentang saya minta tolong dia tambahkan itu dan ini....ambil peluang menceroboh pula tu!
Suatu hari saya nampak ada kotak soal selidik iklan nuffnang ad... seronok benar saya. Ingatkan ia muncul sendiri. Tilik2, rupa-rupanya Iliyana link guna akaun dia. Frustlah juga. Kita penat-penat tulis entri, ajak orang masuk... duit iklan pergi ke akaun dia... Apa lagi merungutlah saya, "Kenapa daftar atas nama adik? Letaklah nama mama."
Selamba saja dia jawab: "Tak apalah, nanti duit tu terkumpul setempat... sama jugalah. Bukan banyak pun dapatnya... Baru RM3 je.. Kawan adik dah dapat RM100 dah."
Si emak yang tak reti nak buat apa-apa ni, terpaksalah berdiam mememdam rasa tak puas hati... Apa tidaknya, orang sewa tapak tanah kita, duit masuk kepada orang lain huk huk..huk. Fikir-fikir pula, takkanlah kerana duit sewa tapak yang entah berhasil atau tidaktu, nak bergaduh anak beranak he...he... he...
Subscribe to:
Posts (Atom)