Wednesday, March 24, 2010

Janganlah katuk kepala saya...

Entri mengenai politik pejabat yang saya tulis baru-baru ini hanya bertahan beberapa jam sahaja, lepas tu saya delete. Bila terfikir mengenai risiko takut ada yang terasa, saya tak sedap hati lalu pindahkan ke dalam document. (Takkan nak padam begitu saja, penat-penat tulis... simpanlah). Biasalah kalau tulis mengenai kisah pejabat, ia adalah luahan hati yang tak mungkin terucap.

Ni nak tulis lagi fasal hal pejabat... dalam meeting terbaru, saya kembali diberi tanggungjawab mengawasi tugasan adik-adik junior. "Kalau mereka gagal submit ikut dateline, saya marah awak?" `Ugutan' sama pernah diberikan kepada saya beberapa tahun lalu. Dulu ada lagi tambahan kata-kata yang lebih laser, "kalau story mereka lambat atau rak submit, kepala awak saya ketuk!" Selepas sekian lama direhatkan dari tanggungjawab yang membebankan itu, hujan tidak ribut tidak, tiba-tiba saya diserahkan semula tugas berkenaan. Arahan itu saya terima dengan hati reda.

Nak ceritanya, saya memang tak suka diberi tanggungjawab mengawasi tugasan orang. Sangguh, jadi orang bawahan lebih baik kerana kita dapat memastikan story kita mengikut dateline. Selamatlah daripada dimarahi. Story kita, kita tahulah bila nak hantar. Sebelum dateline. Kalau pun lambat dan dimarah, memang padanlah kerana kesalahan sendiri. Masalahnya, kalau orang lain sengaja melambatkan serahan tugas walaupun sudah diingatkan dan kepala kita pula yang kena katuk, memanglah naya kan? Tapi tak apa-apa, saya bukanlah bermaksud nak merungut atau mahu melarikan diri daripada tanggungjawab yang diamanahkan. Akan cubalah melaksanakannya, sambil terus giatkan usaha menulis. Paling tidak, boleh buat bahan standby. Kalau ada yang gagal hantar ikut dateline, dapatlah beri rencana sendiri sebagai galang ganti supaya kepala saya tidak dikatuk...

2 comments: