Assalamualaikum.....
Untuk kawan-kawan yang tak berpeluang menonton siaran Apa Kata Wanita (AKW) di TV1 Sabtu dan Jumaat lalu, di sini saya uploadkan gambar-gambarnya. Rancangan pada hari itu berkisar mengenai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN). Tetamu yang ditemu bual ialah DUA JURULATIH WANITA, seorang bekas pelatih, ILIYANA HAMDAN yang juga penulis buku Diari Khidmat Negara dan wakil IBU dan BAPA bekas pelatih, iaitu saya dan ayah Iliyana.
Jurulatih Wanita PLKN yang paling veteren berusia 56 tahun. Beliau menegaskan bahawa tiada istilah cinta di dalam kem... setiap pelatih lelaki mahupun perempuan dikawal rapi pergerakan mereka.
"Anda mesti gembira apabila ditawarkan untuk mengikuti PLKN?"
Pelatih itu pantas menjawab, "tidak," sambil disambut deraian katawa penonton.
"Kenapa?" Soal Zamzarina.
"Sebab mula-mula tu saya berasa takut...tetapi setelah menyertai, barulah saya tahu program ini amat menyeronokkan..."
Jawablah apa yang patut..... menggelabahlah tu.... hu hu... Iliyana tenang saja...
Haha, teringat kala saya menjadi fasilitator PLKN di bawah Dewan Bahasa dan Pustaka. Saya mengajar di Kem Princess Haliza, Sepang. Ketika tu saya ajar kesenian seperti puisi dan teater. Pada akhir kursus, pelatih PLKN kena buat persembahan berdasarkan puisi yang mereka pilih dari dalam buku teks yang dibekalkan. Seronok!
ReplyDeleteHu hu.... patutlah Cik Yam berani bercakap, rupanya pernah jadi fasilitator .... bukan semua dapat peluang macam itu...kagum dengan Cik Yam yang mempunyai pengalaman berwarna-warni...
ReplyDelete