Monday, September 7, 2009

Kisah Sedi/Abang Teh Yang Patah Kaki

8 September 2009

Seminggu lalu.

Ini kisah anak saudara, Rosdi atau kami panggil Sedi, juga digelar Abang Teh, berusia 18. Sewaktu membonceng motor sendiri (dia beri kawan bawa motornya), mereka mendapat kemalangan sewaktu ke pusat latihan pengajiannya. Kaki Abang Teh patah. Bahagian luar betis disokong dengan rangka besi dari betis sampai ke peha. Doktor bercadang memasukkan besi ke dalam kaki untuk menyokong tulang di bahagian bawah lututnya yang remuk.

Mendengar berita itu, saya segera memberitahu emaknya (kakak sulung saya), kalau boleh tak usahlah dimasukkan besi. Carilah rawatan alternatif. Kebetulan masih ada masa, kerana doktor bercadang membuat pembedahan itu minggu depannya. Saya menggesa kakak berjumpa dengan pakar perubatan tradisional yang mengkhusus dalam rawatan berkenaan yang pernah merawat anak saya dulu.

Esoknya, kakak berjumpa dengan pakar berkenaan, Pok Weil. Disebabkan Abang Teh sedang dalam rawatan hospital, Pok Weil tidak dapat pergi merawat. Dia menggelengkan kepala sambil meluahkan rasa terkilan kerana pesakit sudah dibawa ke hospital. Sebelum kakak pulang, Pok Weil memberikan air penawar dan berjanji akan berusaha memberikan rawatan jarak jauh. Air itu disapukan ke betis Abang Teh.

Pada malam itu atau satu malam kemudian, Abang Teh yang sedang berbaring lesu di katilnya terasa seperti ada orang mengusik betisnya. Dia terasa seperti ada tangan sedang menarik dan mengurut betisnya. Sesekali dia terasa hujung kakinya ditolak ke kiri dan ke kanan. Abang Teh berasa hairan dan menggerak ibunya dari tidur. Saat dia merasakan hujung kakinya terkulai ke tepi, dia menarik kain selimut untuk melihat tetapi hujung kakinya berada dalam keadaan menegak seperti biasa.

"Mi, Abang Teh rasa ada orang usik kaki, tapi bila tengok tak bergerak pun," adu Abang Teh kepada Uminya. Mendengarkan kata-kata itu, Uminya menjawab: "Tak apalah tu, insya-Allah nanti baiklah..."

Pagi esoknya, kakak menelefon Pok Weil, untuk mengetahui perkembangan rawatan. Pok Weil memberitahu "saya rasa dah bertangkup dah, tak teruklah, insya-Allah akan sembuh. Yang saya risau lukanya," kata Pok Weil sambil memberitahu biarlah doktor uruskan fasal luka itu (menurut doktor kakinya Abang Teh juga akan dibedah untuk menutup luka besar di betisnya.)

Dipendekkan cerita, memang benar doktor mendapati keadaan tulang yang remuk/patah sudah dalam keadaan betul. Kaki Abang Teh tak perlu dimasukkan besi lagi. Mereka hanya membuat pembedahan menutup luka pada otot betisnya. Dua hari kemudian Abang Teh dibenarkan pulang.

Nota: Ada pakar rawatan patah tradisional, boleh mengatasi kepakaran doktor. Dia mampu merawat pesakit sehingga sembuh tanpa sebarang pembedahan, dengan izin Allah SWT. Nasib baik saya sempat menyuruh kakak berjumpa dengan pakar itu.

Nota: Mengubat seseorang pesakit patah bagi Pok Weil adalah satu bebanan besar yang harus digalas. Sepanjang malam dia terpaksa berjaga dan membaca ayat2 doa tertentu untuk mengubati pesakit. Justeru Pok Weil bukanlah pakar rawatan pesakit patah komersil, sebalik dia lebih suka kalau orang tidak tahu mengenai kepakarannya mengubati pesakit patah.

7 comments:

  1. iskkk..akak kat mana pok weil tu duduk..oklah dapat berubat cara batin tak payah nak masuk besi ni. ngeri dengar bila kena masuk besi.

    ReplyDelete
  2. ti, Di jengka, dia mewarisi ilmu daripada ayahnya yang sudah meninggal, arwah Pok Soh.

    ReplyDelete
  3. Memang ada yang macam ni...terer tapi sembunyi kuku sebab dia bukan cari makan dengan cara tu...kebolehannya dikongsi dengan orang yang memerlukan bantuannya saja..

    ReplyDelete
  4. Ada doktor mengakui kepakaran pakar tradisional dan sedia melepas/membenarkan pakar berkenaan datang merawat pesakit patah.

    ReplyDelete
  5. Salam kak .. Bole bg sy alamat pokweil tu .. Sy mengalami patah tulang keting masuk besi skrg .. Mne la tau pok weil bole ubat kaki saya .. Emel kt sy rockjb92@yahoo.com

    ReplyDelete
  6. Assalammualaikum kak .. Bole bg sy contact number pokweil tu .. Sy mengalami patah tulang keting and skrg dah operation masuk besi.. Emel sy fadhurahman@gmail.com..t.kasih

    ReplyDelete
  7. Salam. Kalau tak keberatan share phone number Pok Weil. Doc bagi suggestion pd adik saya sama sperti cerita di atas. Kesian pulak pd dia nak operate lagi, dah bertangguh bulan2 nak masuk U. Harap dapat share number dgn sy, email aufa.syaza@yahoo.co.uk

    Terima kasih banyak!

    ReplyDelete