Sunday, July 26, 2009

Doa untuk 2 bekas rakan sepejabat


Kenangan bersama Cik Yam di Bandung (depan, kanan sekali)


Sibuk berface book... lupa pula nak update entry. Tiba-tiba rasa malas dan tidak ada mood. Apa tidaknya suasana pejabat semakin hari semakin sepi. Maka hati pun berasa seakan mati. Selepas seorang staff Anjung Seri, Huda keluar menyambung pengajian di bidang perguruan, kini dua lagi mengikut jejak.

Siti Mariyam dan Anis dari majalah Jelita sama-sama seia sekata pergi ke syarikat lain. Ini menunjukkan dengan pengalaman yang ada, mereka mudah saja mendapat peluang kerja di tempat lain. Dengan tawaran gaji yang lebih baik, didoakan kerjaya mereka akan terus meningkat dan berjaya dalam hidup....

12 comments:

  1. Kak Shidah, terima kasih ya atas doa yang Kak Shidah ucapkan tu. Sedih hati saya meninggalkan majalah pertama yang menjadi medan saya mengembangkan kemahiran yang ada. Tetapi, lebih sedih apabila saya menjadi umpama patung tidak bernyawa jika saya terus di situ.

    ReplyDelete
  2. Bagus Cik Yam mengambil langkah berani...akak di sini kena telan saja apa yang bakal mendatang...seorang datang dan pergi tetapi diri ini masih terus di sini... maklumlah sudah di penghujung senja... he, he, he...

    ReplyDelete
  3. Kak Shidah, buleh buat macam2 sebenarnya dari menjeruk rasa kat situ. Selain kesihatan badan, kesihatan mental kena jaga jugak kak Shidah. Akibat hati susah, macam2 penyakit buleh singgah. Lebih baik kak Shidah tumpukan perhatian keluarkan buku sendiri daripada bersusah payah tapi labanya orang lain yang kaut. Bila pulak turn kak Shidah nak orak langkah? Orang lain semua dah lebih bahagia dan tenang tau ....

    ReplyDelete
  4. Hi Ben, tengah berusahalah ni.... orak langkah? hari-hari dok sebut nak pergi, tapi tak juga. Ada gam glue di kaki kut?

    ReplyDelete
  5. eh, anis pun pergi jugak ke?
    lahhh siapa yang tinggal kat sana tu?
    kak syidah coool... tak apa.. kak syidah lepas bersara ni tentu ligat dengan seribu satu mcm projek..
    miss u all
    love u all
    all the best

    ReplyDelete
  6. Lili, dengan pucuk pimpinan baru, mula-mula team jelita bertukar jadi team ir (majoriti ir apabila siti join)... , bila cik yam dan Anis ir keluar, kini jadi team campuran -
    1. Azida Jelita
    2. Anis staff baru,
    3. Siti iR dan bosnya tentulah
    4. Ema iR

    ReplyDelete
  7. Aduhai, apa la yang boleh dibuat dengan tenaga empat kerat tu...saya kesiankan siti, takut dibuli bosnya...doakan yang terbaik je key...

    ReplyDelete
  8. Kak Shidah:Terima kasih di atas doa kak shidah.Walaupun kita jarang bersua muka dan bercakap,tapi rasanya kita dekat:) Inilah langkah pertama saya.Lepas habis praktikal,saya terus diserapkan ke IR(SELEPAS 5 BULAN TAMAT PRAKTIKAL).Sedih juga tapi,itulah asam garam kehidupan. kan kak?:)

    kak lily:Thank you kak.Semoga akak juga terus berjaya dan berjaya.Bestnya jadi macam kak lily kan?...:)

    ReplyDelete
  9. Chocinmybox - ingatkan siapa... ini mestilah Anis kan...Memang sedih untuk kita tinggalkan satu-satu tempat yang mendewasakan kita dan tempat kita belajar mengutip pengalaman, tapi orang muda kenalah berani mengorak langkah sebelum terlambat... ada alasan yang kukuh untuk pergi kan?

    ReplyDelete
  10. ben ennie, agaknya siti dah terkena sebab tiba-tiba senyap, tak sempat drop comment kat blog akak lagi. Klu tidak dialah orang pertama dan setia mem post comment di sini.

    ReplyDelete
  11. Eh, bukankah sebagai staff kita kena setia bak Hang Tuah kepada bos? Kita juga kena taat setaat-taatnya kepada bos? Tiada istilah buli atau tidak kerana itulah yang dicakapkan kepada saya dahulu. Katanya, kita kena taat kepada bos kita selagi kita bergelar kuli. Ah, apa-apa sajalah. Tetiba sekarang ni jadi lain pulak. Itulah, lain kali bercakap tu fikir dahulu. Jgn terus nak menyalahkan orang sahaja. Betul tak Kak Shidah?

    ReplyDelete
  12. Ya betul. Tetapi di waktu pejabat saja kita staff/kuli kepada majikan terbabit. Di luar waktu pejabat atau masa cuti, masa itu hak kita dan kita pun boleh jadi bos serta punya orang suruhan. Kalau betul boleh terjadi begitu, hebat kan?

    ReplyDelete