Friday, November 4, 2011
Nak balik kampung pun, susah
Jam 1.40 tengah hari.
Esok raya, tapi kami sekeluarga masih di rumah. Patutnya kami dah berangkat pulang ke kampung.
Setiap kali menjelang raya, selalunya ghairah nak balik kampung tetapi menjelang raya Haji kali ni, rasa macam tak ada apa-apa. Tambahan, semua tak ada mood nak balik. Mok Nik di kampung, awal-awal lagi mengirim sms, "Raya di Kelantan atau di Jengka?" Saya lantas balas,"Kejap lagi nak balik ke Jengkalah.."
Malangnya, si kecil yang form two tu, masih mengadap game, si abang masih membuta, si kakak pula memberitahu saya, "Tak nak balik, banyak assingment."
Begitulah kalau semua dah besar panjang, susah nak ikut rancangan kita.Kalau tak nak balik tinggallah di rumah, pandai-pandailah cari makan sendiri.
Thursday, November 3, 2011
Tugasan di Penang
Satu tugasan minggu lepas membawa saya ke Pulau Pinang, dengan penerbangan Firefly, tajaan syarikat pengeluar peralatan elektrik, Pensonic. Ini kali pertama saya menaiki Firefly, not bad.. lebih selesa kut daripada Air Asia. Waktu penerbangan tepat mengikut jadual. Saya suka begitu. Satu lagi yang berbeza dengan Air Asia, walaupun waktu perjalanan hanya sejam, tetapi penumpang Firefly diberi segelas minuman dan sepaket kacang goreng percuma.
Kemudian dibawa makan tengah hari di Charlie Brown Cafe, dibangunan yang sama tempat berlangsungnya majlis berkenaan. Makanan pilihan saya, Makaroni dan jus buah naga.
Charlie Brown Cafe ni sangat cute, seluruh ruang dalaman dihiasi watak kartun ini. Sempat juga bergambar di luar kafe. Comelnya lakaran motif kartun anak-anak sedang berbaris menunggu bas.
Wah, bukan main santai lagi Anis, beristirahat di atas bangku logam di laluang berlorong ini.
Gambar ini saya rakam daripada luar dinding kaca lut sinar sebuah kedai barangan kemas. Tahu berapa harganya, RM20,000 lebih..!!!
Gurney hotel tempat kami menginap.
Sebuah restoran di Penang Air Port.
Jam 11.00 pagi esoknya - Terbang pulang...
Seramai tujuh orang menaiki penerbangan yang sama tajaan Pensonic pada hari itu. Kami dijemput menghadiri majlis penyampaian hadiah pertandingan melukis logo sempena 30 tahun Pensonic. Berangkat dari Lapangan Terbang Subang, jam 9 pagi. Saya bersama rakan sepejabat, Anis daripada majalah Jelita. Seronoklah dapat pergi bersama geng! Sebaik sampai, check in di Hotel Gurney. Apa yang saya suka, hotel itu bersetentang dengan laut.
Sambil menunggu majlis bermula, mengambil kesempatan merakam gambar keindahan laut yang luas terbentang. Warna birunya, sungguh syahdu.. saya sentiasa terpesona dengan keindahan alam semula jadi ciptaan Yang Maha Esa.Kemudian dibawa makan tengah hari di Charlie Brown Cafe, dibangunan yang sama tempat berlangsungnya majlis berkenaan. Makanan pilihan saya, Makaroni dan jus buah naga.
Charlie Brown Cafe ni sangat cute, seluruh ruang dalaman dihiasi watak kartun ini. Sempat juga bergambar di luar kafe. Comelnya lakaran motif kartun anak-anak sedang berbaris menunggu bas.
Jam dua petang kami, ke majlis berkenaan. Agak lama juga mendengar penerangan setiap peserta mengenai konsep logo masing-masing. Daripada ramai-ramai yang menghantar penyertaan, lima terpilih ke peringkat akhir – tiga peserta daripada Kuala Lumpur dan dua lagi daripada Pulau Pinang. Nasib berpihak kepada peserta dari Kuala Lumpur, ketiga-tiga mereka menang no 1, 2 dan 3. Tengoklah berapa banyak, durian runtuh mereka dapat!
Selesai majlis, merayap sambil merakam gambar kapal yang berlabuh di tepi laut, iaitu di belakang bangunan tempat berlangsungnya majlis berkenaan.
Gambar ini saya rakam daripada luar dinding kaca lut sinar sebuah kedai barangan kemas. Tahu berapa harganya, RM20,000 lebih..!!!
Gurney hotel tempat kami menginap.
Dalam perjalanan ke hotel, kami singgah di restoran Nasi Kandar, bungkus dan bawa balik ke hotel untuk dimakan sepuas-puasnya. Pagi esok Anis bantai tidur terus, sehingga terlepas waktu makan sarapan. Turun hotel sudah jam 10 pagi, dan masuk ke sebuah restoran mamak untuk sarapan. Kemudian balik ke hotel, tunggu kereta untuk mengambil kami ke lapangan terbang.
Sebenarnya kami boleh balik ke KL pada hari yang sama, tetapi saya dan Anis memilih untuk bermalam semalaman. Sementara ada peluang orang nak beri bilik hotel free, apa lagi jawab “okey” sajalah.
Pengalaman kurang menarik ialah, apabila kami dibawa ke kedai makan bukan Islam untuk makan malam. Restoran tepi laut itu penuh dengan pelancong dan pelanggan berbangsa Cina. Sebaik melangkah masuk, saya memandang Anis, Anis memandang saya. Mahu saja yang memberitahu, ‘tak nak tempat ini’, tetapi tak terucap pula. Untuk selamat kami memesan makanan seafood sahaja. Jamah sedikit saja untuk mengambil hati tuan rumah.
Sebuah restoran di Penang Air Port.
Jam 11.00 pagi esoknya - Terbang pulang...
Balik dengan cenderahati sebuah beg press kit berisi sebuah alat pengering rambut!
Subscribe to:
Posts (Atom)