Saturday, October 23, 2010

Perihal Jin, syaitan dan iblis.

Sejak sebulan dua ini, heboh cerita mengenai seorang remaja perempuan sering hilang dari rumahnya kerana dilarikan jin. Pengamal perubatan yang mengubatinya mendapati banyak jin terdapat pada tubuh budak itu. Salah satu jin itu menunjukkan`diri' dalam bentuk tangan berbulu hitam yang dilihat ketika menarik dan melarikan mangsa berkenaan. Dilaporkan budak yang dikawal rapi oleh ahli keluarganya, boleh hilang sekelip mata ketika orang yang menjaganya berpaling ke arah lain. Kadang-kadang budak itu ditemui dalam keadaan letih dan tidak bermaya di atas pokok, atas bumbung, dalam semak, di sekitar rumah dan kadang-kadang jauh di negeri lain. Ibu bapa budak berkenaan memberikan telefon bimbit supaya senang untuk memberitahu ahli keluarga di mana dia dilarikan... mujur juga ada alat komunikasi muda alih ini...

Bingung juga memikirkan kisah budak ini ye... di sini saya kongsikan penerangan mengenai hal jin `dan yang sewaktunya' di petik daripada laman blog rakan maya, seorang uztaz. www.syeikhtakiri.blogspot.com

www.syeikhtakiri.blogspot.com

Adakah Benar Kejadian Manusia Hilang Dikaitkan Dengan Kedengkian Jin Kepada Manusia

Manusia hilang dicolek oleh jin pernah berlaku di zaman umar bin al-khattab sepertimana diriwayatkan oleh oleh imam sayuti dalam kitab beliau laqt al-marjan sehingga timbul perbahasan hukum wanita yang hilang suaminya kerana dicolek Jin. Ceritanya, seorang wanita mengadu suaminya hilang. Umar mengarahkan wanita tersebut menunggu selama 4 tahun. Selepas penantian 4 tahun akhirnya wanita tersebut dibenarkan oleh Umar berkahwin lain. Tidak lama kemudian suami wanita yang hilang itu kembali lalu membawa kes tersebut ke pengaduan Umar. Lelaki tersebut menjelaskan bahawa beliau telah dicolek oleh Jin kafir sehingga akhirnya dibebaskan oleh Jin Islam yang membolehkan beliau kembali ke alam manusia. Umar menerima penjelasan lelaki tersebut dan mengiktiraf haknya sebagai suami kepada isterinya. Kerana itu baginda memberi pilihan kepada lelaki tersebut samada kekal sebagai suami wanita tersebut atau menceraikan wanita tersebut.
Persoalannya adakah ia berlaku kerana kedengkian Jin terhadap manusia? Bagi saya ia bukan persoalan dengki tapi persoalan sikap dan akhlak. Jin terbahagi dua. Ada islam dan ada yang kafir. Yang Islam pula ada yang solih dan ada yang fasiq. Hakikat ini dijelaskan dalam surah Jin. Yang kafir atau yang fasiq inilah yang bertindak jahat dan melakukan pencerobohan terhadap manusia samada bersebab atau tidak bersebab. Sekiranya ada Jin yang mencolek manusia ia merupakan satu pencerobohan yang mesti ditentang dan dihukum pelakunya.

Bagaimana mengubati seseorang yang dirasuk oleh Jin.

Cara merawat orang yang dirasuk oleh Jin telah ditunjukkan oleh Nabi saw dan para sahabat. Dalam hadis riwayat Ahmad, Darimi, Tabrani dan Baihaqi daripada Ibn Abbas, seorang perempuan membawa anak lelakinya yang dirasuki Jin kepada baginda saw baginda lalu menyapu dadanya dan mendoakannya. Budak itu lalu termuntah mengeluarkan seumpama binatang kecil berwarna hitam. Dalam hadis yang lain baginda saw memalu belakang seorang lagi anak lelaki dengan gumpalan pakaian sambil menyeru; keluar kamu wahai musuh Allah.
Dalam hadis riwayat Abu Dawud, Seorang sahabat Nabi merawat lelaki kerasukan dengan dibacakan surah al-fatihah lalu sembuh sehingga diberikan hadiah 100 ekor kambing.Dalam riwayat lain menyebut beliau membacakan al-Fatihah selama 3 hari pagi dan petang. Apabila selesai membaca al-Fatihah beliau mengumpul air liur dan diludahkan kepada pesakit Dalam hadis Abu dawud juga terdapat kisah sahabat yang berjampi. Ertinya rawatan ialah dengan menggunakan doa dan ayat-ayat al-Qur'an. Adapun cara menggunakan ayat boleh jadi berbeza antara seorang dengan seorang perawat lain berdasarkan ilham daripada Allah dan pengalaman yang mujarrab selagi ia tidak bercanggah dengan syara'. Imam Ahmad bin Hambal pengasas mazhab Hambali yang terkenal mengutuskan terompah yang dipakainya untuk diketuk kepada sakit sebanyak 70 kali sebagai satu ancaman kepada Jin. Belum sempat diketuk jin tersebut telah keluar kerana taat kepada Imam Ahmad yang taat kepada Allah.

Tanda diganggu Jin
Ada pelbagai tanda antaranya apabila seseorang itu mula derhaka kepada Allah, hatinya sentiasa resah dan berserabut, atau merasakan sesuatu yang luar biasa berlaku kepada badannya yang tidak dapat disembuhkan oleh perubatan fizikal biasa.

Manusia bole berkomunikasi dengan Jin?
Manusia boleh berkomunikasi dengan Jin tanpa perlu jin memperlihatkan dirinya. Antaranya dengan masuk ke dalam mimpi manusia, atau membisikkan sesuatu kepada manusia atau bercakap secara terus dengan suara seperti manusia. Ia berlaku kepada sahabat antaranya Abu Darda'. Apabila Jin merupa pada bentuk yang lain daripada bentuk asalnya manusia juga boleh melihat dan berkomunikasi dengannya. Antaranya kisah Abu Hurairah yang ditugaskan mengawal harta zakat lalu dicuri oleh Jin yang menjelma pada bentuk satu lembaga. Abu Hurairah menangkap lembaga tersebut tetapi dilepaskan setelah dirayu. Ia berlaku 3 malam berturut-turut. Perkara itu disampaikan oleh Abu Hurairah kepada Nabi saw.

Apa beza Jin, Syaitan, iblis dan bunian?

Jin adalah makhluk yang dicipta oleh Allah sebelum manusia. Ia berakal dan bernafsu seperti manusia. Kerana itu mereka juga ditaklifkan dengan hukum halal dan haram, iman dan kufur. Bapa bagi segala Jin adalah Jaan sebagaimana sabit dalam al-Qur'an sepertimana bapa bagi manusia adalah Adam. Iblis adalah salah seekor daripada Jin yang di bawa ke langit setelah Jin yang merosakkan muka bumi diperangi oleh para Malaikat. Iblis enggan sujud kepada Adam setelah diperintahkan oleh Allah, lalu Allah melaknatnya. Iblis kemudian meminta agar umurnya dipanjangkan sehingga hari kebangkitan, tetapi Allah hanya menerima untuk memanjangkan umurnya sehingga berlakunya Kiamat.

Syaitan pula adalah gelaran bagi jin dan manusia yang derhaka kepada Allah. Dalilnya dalam surah al-An`am ayat 112. Dalam musnad Ahmad Nabi saw berkata kepada Abu zar; berlindunglah kamu wahai Abu Zar daripada syaitan manusia dan syaitan Jin."
Penderhaka kalangan Jin yang paling besar ialah Iblis. Justeru itu Allah menggelarnya sebagai Syaitan. Antaranya dalam surah al-A`raf ayat 27 dan surah Fatir ayat 6.
Bunian pula hakikatnya adalah Jin. Ia adalah nama yang diberi oleh orang Melayu selalunya merujuk kepada Jin Islam.

Jin Bole masuk ke dalam badan manusia?
Allah taala mencipta Jin bersifat halus yang boleh memasuki jasad manusia. Dalam hadis nabi bersabda: syaitan bergerak menurut aliran darah manusia.". Jin boleh menguasai jasad manusia yang lemah imannya. Begitu juga orang yang leka tidak memohon perlindungan daripada Allah. Kerana itu nabi saw mengajar umatnya membaca surah al-Falaq dan surah an-nas sebagai cara memohon perlindungan kepada Allah daripada gangguan jin.

Saka?

Saka selalunya merujuk kepada jin yang diwarisi kepada anak cucu. Selalunya ia berlaku apabila seseorang mempunyai perjanjian dengan Jin seperti mengunakan khidmat jin menerusi perantaraan beberapa mentera. Apabila lelaki tersebut mati, Jin tersebut mengganggu anak-cucu lelaki tersebut untuk meneruskan perjanjian yang dilakukan oleh bapanya.

Cara melindung diri?
Dalam banyak ayat Allah mengajar manusia memohon perlindungan daripada allah bagi menghadapi gangguan jin dan syaitan. Antaranya dalam surah al-A`raf ayat 199. Nabi saw juga mengajar ayat-ayat al-Quran dan doa-doa pelindung daripada gangguan Jin. Antara membaca surah al-Falaq dan surah an-Nas. Dan banyak lagi doa-doa yang sabit daripada Nabi saw boleh dirujuk pada kitab-kitab hadis dan buku-buku doa..

posted by at-Takiri @ 8:01 PM 0 comments

Friday, October 1, 2010

Berita Pelancaran Buku ILIYANA

Setelah melalui liku duri dan ranjau, akhirnya impian saya untuk melihat buku Iliyana (kiri) dilancarkan menjadi kenyataan. Alhamdulillah. Berikut petikan berita daripada Berita Harian. Tak dapat copy gambarnya, saya replace dengan gambar sendiri, tetapi posing seakan. Salah pula ejaan nama dalam berita tu, ILIYANA jadi ILIANA pula.. kalau nak tahu lebih detail pasal buku tulisannya tu, layarilah laman www.diarikhidmatnegara.blogspot.com

Buku Papar Pengalaman Wira dan Wirawati dilancar. – Berita Harian

Newspaper & Online 29.9. 2010

http://www.bharian.com.my/bharian/articles

/Bukupaparkehidupanwira_wirawatiPLKNdilancar/Article/

ILIANA (kiri) dan Azzah menunjukkan hasil karya masing-masing selepas pelancarannya, semalam.

KUALA LUMPUR: Kementerian Pertahanan semalam melancarkan dua buku yang menceritakan kehidupan seharian wira dan wirawati serta jurulatih Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) bagi memupuk minat remaja menyertai program berkenaan.

Pelancaran buku bertajuk Diari Khidmat Negara yang ditulis bekas pelatih siri keempat 2007, Iliana Hamdan, 21, dan Celoreng Biru hasil karya bekas jurulatih PLKN, Azzah Abdul Rahman, 31, itu disempurnakan Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Dr Ismail Ahmad dan Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara, Datuk Abdul Hadi Awang Kechil.

Ismail berkata, dua buku yang dihasilkan itu adalah projek perintis idea bekas pelatih dan jurulatih memandangkan masyarakat di luar masih meragui keberkesanan latihan PLKN.

“Penulisan yang menggambarkan kehidupan seharian pelatih sepanjang berada di dalam kem selama tiga bulan itu diharap mampu menjadi rujukan kepada bakal pelatih dan keluarga di luar untuk membabitkan diri dalam program berkenaan,” katanya selepas melancarkan buku berkenaan, di Kementerian Pertahanan Dua, di sini, semalam.

Sementara itu, Iliana yang baru menamatkan pengajian peringkat Diplo-ma jurusan Penulisan Kreatif di Akademi Seni Budaya dan Warisan (ASWARA) berkata, keputusan menerbitkan buku itu adalah idea daripada ibunya yang berpengalaman lama dalam bidang kewartawanan.

Katanya, walaupun PLKN bermula pada 2004, masih ramai pihak meragui latihan yang dilakukan, malah ibu bapa juga tidak menggalakkan anak mereka menyertai program berkenaan.

Justeru, katanya, dia yang menjalani PLKN pada 2007 nekad menulis setiap aktiviti yang dilakukan sepanjang berada dalam kem PLKN supaya masyarakat luar sedar tujuan utama program itu dilakukan.