Sunday, August 2, 2009

Setiap penulis, ada keistimewaan

Bercakap mengenai penulisan. Semua orang ada keistimewaan. Memang kita tidak boleh merendahkan kebolehan orang lain. Mungkin si A tulisannya ringkas dan padat, maklumatnya pula cepat sampai dan tepat. Si B pula, gaya penulisannya berliku, tunggang-terbalik dan penuh melankolik/bermetafora. Penulisan si A diterima baik dan dikatakan hebat. Selalu dipuji editor. Namun si B yang boleh menulis ala-ala berpuitis itu, selalu ditegur. Hasil penulisan si B akan dicantas habis.

Bercakap fasal penulisan ini, nak ceritakan sikit mengenai kekecewan hati... adalah juga orang mengaku suka baca tulisan saya. Saya tak tahulah nak berasa bangga atau tidak sebab rasanya saya memanglah biasa-biasa saja. Tapi tentulah reaksi saya - senyum - tanda seronoklah kalau orang puji. Yang sebenarnya saya teringin bebenar menulis gaya melankolik seperti kawan atau penulis yang menjadi idola saya.

Nak ceritanya, ada seorang kawan tu... selalulah dia ditegur editor kerana tulisannya dikatakan `very bad' . Bahkan dia puji, penulisan kawan yang satu lagi. Gaya penulisan `straight forward''. Ingat lagi, dulu saya mempertahankan si B. Bagi saya, dalam hal ini masing-masing punya cara tersendiri. Suatu hari saya terbaca sebahagian novel yang ditulis seorang kawan yang selalu diperlekeh itu. Dan ternyata, dia mempunyai bakat. Walau arah tuju plot dan cerita novelnya, tidak nampak ke mana lagi, tetapi daripada intronya ternyata membuatkan saya leka membaca seperti terbuai oleh angin lalu. Terbit pula rasa rendah diri, mengapa aku tidak ada bakat seperti itu.

Berbalik kepada si B, selepas sahaja membaca intro novelnya, saya pun terus menghubunginya dan memberitahu, "bestlah tu....memang u boleh, siapkanlah cepat novel tu.'

Wednesday, July 29, 2009

Mengharap kepada yang lebih baik.

30 September 2009

Semalam meeting bulanan.

Mood B dalam keadaan terkawal, walaupun ada sedikit-sedikit teguran. Diikuti meeting pameran ASDEX 2009 - iaitu pameran hiasan dalaman Anjung Seri (AS) yang julung kali diadakan di PWTC. Akan disertai client-client AS yang menjual produk mereka pada harga berpatutan sempena menjelang raya. (ASDEX 2009 berlangsung Jumaat- 31 Julai hingga 2 Ogos ini. Dijemput semua hadir. Ada sesi bual bicara mengenai seni bina dan hiasan dalaman pada tengah hari sewaktu pameran itu nanti). Kemudian meeting bulanan bersambung pula dengan jamuan pizza di bilik mesyuarat, tajaan syarikat - kononnya kerana;

i. pihak pemasaran AS mencapai sasaran iklan
ii. kerja keras editorial AS melayani kerenah client untuk rencana iklan (sayalah tu!) dan
iii. kerja keras pihak grafik menyediakan lay out.

Difahamkan sehingga ini, hanya majalah AS yang `buat duit' .... itu bukan maklumat baru, dari dulu lagi dikatakan begitu.... Saya kira Jelita pun beri sumbangan. Harapan kita selepas dapat makan Pizza, berdoalah pula untuk dapat imbuhan dari segi wang ringgit, naik gaji atau setidak-tidaknya bonus tahun ini. Atau pun tambah staff.

(kini yg tinggal, tiga staff full time - saya, on, suzi - 1 part time (min) - dan editor yang juga pengurus besar kanan. - Salute dengannya kerana sudi bertungkus lumus bekerja semula sebagai editor macam dulu-dulu (dari meluluskan tajuk cadangan, mengedit semua bahan dan monitor lay out), demi berjimat dan mengatasi masalah untuk tambah staff dalam ekonomi gawat ini.

Tuesday, July 28, 2009

Izzat melaram di majlis makan malam



Izzat depan sekali, bersedia untuk menjamu selera

Ini kisah anak, Irfan Izzat semasa praktikal di Alam Maritime, seronok bukan main dapat makan free dalam dinner tajaan syarikat berkenaan yang gemar mengadakan jamuan untuk staff.
Yang ini gambar sewaktu dinner atas restoran Cruise Tasik Putrajaya minggu lepas. Walaupun dalam keadaan demam, digagah juga pergi kerja sebab pada malam itu nak ikut staff lain pergi dinner.
Pulangnya lewat malam dengan kegembiraan, "Huh, bestnya makan kos RM150 sekepala."
Izatt tidak lupa bawa kamera SLR untuk merakamkan kenangan... mula-mula bercadang ambil gambar sesama kawan selatihan, tetapi kemudian semua staff dan bos-bos ikut posing.
Kata Izzat lagi, setiap jumaat tak payah keluar duit untuk lunch sebab syarikat jamu staff dengan makanan katering taraf hotel.
Pada hari-hari lain, petang-petang ada saja orang belanja beli kuih-muih... pendek kata makan tak putus, tambahnya.
"Tapi, Izat praktikal tugasan dah macam kerja betul... mana boleh... elaun RM300 je!" dia merungut.
"Untung juga dapat RM300, tempat lain ada yang tak dapat langsung," kata saya.

Sesi menyelesaikan tugasan...


Izzat dan Kamil masa celebrate hari jadi `main-main'.
Selasa, 28 Julai 2009

Hari ini kedua-dua anak lelaki demam. Irfan Izzat, Irfan Kamil. Dua-dua batuk, sakit tekak. Kenalah ber alah, buat kerja di rumah. Sambil menunggu mereka tidur lepas makan ubat, tangan ligat di papan kekunci. Tak tahulah nak kata - `hari ini bekerja atau tidak' - yang pasti, duduk di rumah yang sunyi ini (apabila bebudak tu tidur dan tv tidak dipasang) makin produktif pula menulis. Semua yang perlu ditulis dan disubmit, dah pun di emel... tinggal write up iklan... kalau pergi ofis, tak tentu siap semua kerja tu. Esok meeting, kenalah hantar yang apa patut kalau tidak kena bambulah lagilah...

Sunday, July 26, 2009

Doa untuk 2 bekas rakan sepejabat


Kenangan bersama Cik Yam di Bandung (depan, kanan sekali)


Sibuk berface book... lupa pula nak update entry. Tiba-tiba rasa malas dan tidak ada mood. Apa tidaknya suasana pejabat semakin hari semakin sepi. Maka hati pun berasa seakan mati. Selepas seorang staff Anjung Seri, Huda keluar menyambung pengajian di bidang perguruan, kini dua lagi mengikut jejak.

Siti Mariyam dan Anis dari majalah Jelita sama-sama seia sekata pergi ke syarikat lain. Ini menunjukkan dengan pengalaman yang ada, mereka mudah saja mendapat peluang kerja di tempat lain. Dengan tawaran gaji yang lebih baik, didoakan kerjaya mereka akan terus meningkat dan berjaya dalam hidup....

Sunday, July 19, 2009

Beli atau tidak?

Hari ini di kampung, Bandar Jengka.

8.30 pagi. Kabus masih memutih meliputi jalan menghala ke satu tempat. Wah syahdunya. Jam 8.30 masih ada kabus. Begitulah keadaan di luar kota.
Saya dan suami keluar awal, menuju ke satu tapak binaan tidak jauh dari rumah orang tua. Tujuannya nak melihat perkembangan projek binaan banglo dan teres di situ. Masuk kali ini, entah berapa kali dah saya menjenguk tempat itu. Wah dah perkembangannya boleh tahan. Banyak sudah lengkap berdinding dan berbumbung. Laluan masuk ke kawasan taman yang dalam pembinaan itu masih berpalang. Kami cari laluan, dengan berjalan kaki. Sanggup menyeberang longkang untuk melihat seunit rumah berkembar. Dulu belum ada apa-apa melainkan timbunan pasir dan batu serta tempat meletak jentolak. Itulah tapak rumah yang kami bercadang beli. Wah hari ini, rangka besi konkrit sudah tercacak. Lega. Macamlah dah beli.
Sebenarnya saya baru menempah unit itu dengan bayaran RM500 beberapa bulan lalu. Surat perjanjian jual beli sudah disediakan pemaju untuk ditanda tangani. Tiba-tiba hati saya bimbang. Bimbang terbengkalai. Maklumlah musim gawat. Sampai sekarang belum berani buat keputusan. Pemaju sudah berapa kali telefon bertanyakan jadi beli atau tidak. Dulu saya buat alasan, takut terbengkalai. Sekarang dah ada tiang dan yang lain semua dah nak siap, apa lagi nak bagi alasan?
Menjelang hari tua, kononnya berangan nak balik kampung duduk dikelilingi ibu bapa dan adik beradik. Tinggallah kota raya yang sibuk dan sesak ini. Persoalannya... RM280,000 seunit - Ansuran bulanan kira-kira RM1,800 sebulan...mampukah nak beli? Mahu berhenti kerja, tetapi nak buat hutang lagi... dengan apa nak bayar? Jual rumah di KL?