Tuesday, July 28, 2009
Izzat melaram di majlis makan malam
Izzat depan sekali, bersedia untuk menjamu selera
Ini kisah anak, Irfan Izzat semasa praktikal di Alam Maritime, seronok bukan main dapat makan free dalam dinner tajaan syarikat berkenaan yang gemar mengadakan jamuan untuk staff.
Yang ini gambar sewaktu dinner atas restoran Cruise Tasik Putrajaya minggu lepas. Walaupun dalam keadaan demam, digagah juga pergi kerja sebab pada malam itu nak ikut staff lain pergi dinner.
Pulangnya lewat malam dengan kegembiraan, "Huh, bestnya makan kos RM150 sekepala."
Izatt tidak lupa bawa kamera SLR untuk merakamkan kenangan... mula-mula bercadang ambil gambar sesama kawan selatihan, tetapi kemudian semua staff dan bos-bos ikut posing.
Kata Izzat lagi, setiap jumaat tak payah keluar duit untuk lunch sebab syarikat jamu staff dengan makanan katering taraf hotel.
Pada hari-hari lain, petang-petang ada saja orang belanja beli kuih-muih... pendek kata makan tak putus, tambahnya.
"Tapi, Izat praktikal tugasan dah macam kerja betul... mana boleh... elaun RM300 je!" dia merungut.
"Untung juga dapat RM300, tempat lain ada yang tak dapat langsung," kata saya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
kat sinile saya jumpa rashid. mula nak kenal ngan orang lain, tersalah bagi kad, dapat pulak org lain. tak sangka plak ada jodoh...hehehe
ReplyDeletesiapa-siapa pun syukurlah.... semuga ikatan kekal abadi!
ReplyDelete