Wednesday, July 29, 2009

Mengharap kepada yang lebih baik.

30 September 2009

Semalam meeting bulanan.

Mood B dalam keadaan terkawal, walaupun ada sedikit-sedikit teguran. Diikuti meeting pameran ASDEX 2009 - iaitu pameran hiasan dalaman Anjung Seri (AS) yang julung kali diadakan di PWTC. Akan disertai client-client AS yang menjual produk mereka pada harga berpatutan sempena menjelang raya. (ASDEX 2009 berlangsung Jumaat- 31 Julai hingga 2 Ogos ini. Dijemput semua hadir. Ada sesi bual bicara mengenai seni bina dan hiasan dalaman pada tengah hari sewaktu pameran itu nanti). Kemudian meeting bulanan bersambung pula dengan jamuan pizza di bilik mesyuarat, tajaan syarikat - kononnya kerana;

i. pihak pemasaran AS mencapai sasaran iklan
ii. kerja keras editorial AS melayani kerenah client untuk rencana iklan (sayalah tu!) dan
iii. kerja keras pihak grafik menyediakan lay out.

Difahamkan sehingga ini, hanya majalah AS yang `buat duit' .... itu bukan maklumat baru, dari dulu lagi dikatakan begitu.... Saya kira Jelita pun beri sumbangan. Harapan kita selepas dapat makan Pizza, berdoalah pula untuk dapat imbuhan dari segi wang ringgit, naik gaji atau setidak-tidaknya bonus tahun ini. Atau pun tambah staff.

(kini yg tinggal, tiga staff full time - saya, on, suzi - 1 part time (min) - dan editor yang juga pengurus besar kanan. - Salute dengannya kerana sudi bertungkus lumus bekerja semula sebagai editor macam dulu-dulu (dari meluluskan tajuk cadangan, mengedit semua bahan dan monitor lay out), demi berjimat dan mengatasi masalah untuk tambah staff dalam ekonomi gawat ini.

6 comments:

  1. OK la tu dapat piza. Kalau dapat mihun goreng dari kedai Pian je lagi kesian.

    ReplyDelete
  2. Ye, okeylah tu... apa-apa aje. Tapi Nurul, reveal lah sikit Nurul yang mana satu ni?

    ReplyDelete
  3. tambah staff??? ehhmm akak kena jumpa dia merayu-rayu baru dpt kot hahhahha

    ReplyDelete
  4. apa nak kesah tie..si B kan ke superwoman...buleh buat semua...esok2 dia jadi receptionist lak hahahaha..puakanya mulut i...

    ReplyDelete
  5. siti - saja je mengharap tu...mana tahu mulut masin, bukan nak sgt staff tambahan, tapi yg nak sangat ialah $$$$$! apa pun bersyukur...

    ReplyDelete
  6. Hai Ben enie...ayat akak bertapis tau...

    ReplyDelete