Friday, April 24, 2009

Lagi berita gembira

24 Mac 2009

Apa pula cerita hari ini? Petang tadi anak saya, Iliyana balik dari kampusnya (Aswara) dan memberitahu cerita kanak-kanak yang ditulisnya `ada perkembangan positif' apabila pihak penerbit meminta biodatanya.

"Mungkin diterima," kata Iliyana.
"Kalau diterima, baguslah," kata saya. Saya akan pastikan Iliyana menjadi penulis dan usahawan sambilan yang berjaya. Lebih baik daripada ibunya yang selama 25 tahun makan gaji sebagai seorang wartawan/penulis.

Berita Gembira untuk Buku Diari Khidmat Negara




23 Mac 2009 - Semalam mendapat berita positif, Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) bersedia memberi kerjasama untuk memudahkan urusan jualan buku Diari Khidmat Negara tulisan, anak kedua saya, Iliyana Hamdan. Kalau sebelum ini, tidak ada siapa dibenarkan masuk ke dalam kem untuk menjual apa-apa, tetapi untuk buku ini dibenarkan, kata Kol Razak. Ini kerana buku itu secara tidak langsung adalah publisiti untuk program berkenaan.
Dimaklumkan juga bahawa Ketua Pengarah bersedia melancarkan buku itu, bersekali dua lagi buku berjodol, Celoreng Biru dan satu lagi komik. Sedang mencari tarikh yang sesuai untuk pelancaran, kata Kol Razak.

Hari ini, mendapat satu lagi berita gembira. Sebuah syarikat bersedia menjadi pengedar buku Diari Khidmat Negara. "Saya tidak tahu lagi sambutan buku seperti ini, kalau novel saya sudah tahu..." kata pemilik syarikat itu. "Tapi saya tidak keberatan untuk mengedar," tambahnya. Begitulah cerita pihak yang bersusah payah menguruskan promosi dan pengedaran buku anak saya itu. Sebagai ibu, saya berasa terharu di atas kesudiannya menerima buku itu. Maklumlah anak saya baru saja memulakan karier sebagai seorang penulis.