Friday, March 22, 2013

Kesan positif rumpai laut (PMC - Pure Marine Collage/ Kolagen Marin Asli)




Kesan positif rumpai laut (PMC - Pure Marine Collage/ Kolagen Marin Asli) 

Tidak disangka posting saya bertajuk Rumpai Laut (PMC), Panik dengan Kesan Awal telah diterjah oleh ramai pengunjung. Terima kasih kepada rakan blogger yang sudi meninggalkan jejak untuk berkongsi masalah kesan masing-masing. Ramai yang membacanya dan menyatakan rasa gembira dan terima kasih di atas posting saya itu. Saya juga menerima panggilan telefon daripada seorang lelaki dari Sabah, semata-mata hendak mengucapkan terima kasih kerana menulis cerita mengenai kesan awal mengambil rumpai laut itu.

Alhamdulillah daripada ulasan kawan-kawan blogger berkenaan, kita sudah mendapat banyak maklumat termasuk pantang larang mengambil PMC.

Kepada anda yang ingin membaca sila search tajuk Rumpai Laut (PMC), Panik dengan Kesan Awal di blog saya, maaf belum reti nak link, kalau dapat nanti saya letak link.

Melalui posting kali ini sebenarnya saya ingin menjemput rakan blogger, berkongsi ulasan mengenai kesan positif pengambilan PMC mengikut pengalaman diri masing-masing. Bagi saya, kesan positif yang sangat ketara ialah;

* penegangan kulit muka, sehingga memberi kesan berseri.
* penegangan payu dara....tetapi kena tahan rasa sakit berdenyut-denyut di situ sewaktu makan, mula-mula ingatkan apa masalahnya rasa sengal-sengal, lama-lama terfikir, tentulah kesan pmc sebab selama ini tidak terasa begitu pun. Bila bertanya beberapa kawan, ada yang terasa begitu juga. 
* mengurangkan kesan hitam di sekeliling mata walaupun tidur lewat berhari-hari, kalau dulu dua hari lewat tidur, kesan itu sangat ketara. Sekian lama kesan itu ada di situ, kini hampir tiada.
* Sakit urat, lenguh-lenguh sudah hilang, badan terasa ringan. Kalau dulu sewaktu menaiki tangga, siap kena pegang rel, kini berjalan laju tanpa memegang, sehingga terasa hendak berlari.
* Begitu juga kalau berjalan naik bukit laju saja tanpa rasa lenguh betis seperti dulu.
* Lawas membuang, kalau dulu sampai tiga empat hari pun payah. Kalau anda mempunyai masalah ini, kena atasi dengan segera, sebab kalau tidak cuba pulihkannya masalah ini akan berterusan. 
* Terima kasih pada pmc. Bagi melawaskan lagi, saya amalkan juga makan quacker oat.. yang menurut doktor, pemakanan serat ini adalah sangat bagus untuk mengurangkan kolestrol dalam tubuh.


Orang lain, lain kesan positif ke atas tubuh... bergantung kepada masalah diri masing-masing. Saya mengalu-ngalukan sesiapa yang mahu berkongsi kesan positif daripada pemakanan PMC berasaskan pengalaman sendiri atau kawan-kawan, dengan meninggalkan jejak di bawah tajuk ini. Maklumat anda sangat penting untuk semua yang ingin mencuba. Niatkan untuk berkongsi pengalaman sebagai rujukan orang lain, insya-Allah mendapat ganjaran pahalanya.  Dalam ucapan ceramah keagamaan, disebut apa sahaja yang hendak kita buat, jika diiringi dengan niat yang positif dan kerana Allah, akan mendapat faedah kebaikannya. Insya-Allah!