Sunday, July 19, 2009

Beli atau tidak?

Hari ini di kampung, Bandar Jengka.

8.30 pagi. Kabus masih memutih meliputi jalan menghala ke satu tempat. Wah syahdunya. Jam 8.30 masih ada kabus. Begitulah keadaan di luar kota.
Saya dan suami keluar awal, menuju ke satu tapak binaan tidak jauh dari rumah orang tua. Tujuannya nak melihat perkembangan projek binaan banglo dan teres di situ. Masuk kali ini, entah berapa kali dah saya menjenguk tempat itu. Wah dah perkembangannya boleh tahan. Banyak sudah lengkap berdinding dan berbumbung. Laluan masuk ke kawasan taman yang dalam pembinaan itu masih berpalang. Kami cari laluan, dengan berjalan kaki. Sanggup menyeberang longkang untuk melihat seunit rumah berkembar. Dulu belum ada apa-apa melainkan timbunan pasir dan batu serta tempat meletak jentolak. Itulah tapak rumah yang kami bercadang beli. Wah hari ini, rangka besi konkrit sudah tercacak. Lega. Macamlah dah beli.
Sebenarnya saya baru menempah unit itu dengan bayaran RM500 beberapa bulan lalu. Surat perjanjian jual beli sudah disediakan pemaju untuk ditanda tangani. Tiba-tiba hati saya bimbang. Bimbang terbengkalai. Maklumlah musim gawat. Sampai sekarang belum berani buat keputusan. Pemaju sudah berapa kali telefon bertanyakan jadi beli atau tidak. Dulu saya buat alasan, takut terbengkalai. Sekarang dah ada tiang dan yang lain semua dah nak siap, apa lagi nak bagi alasan?
Menjelang hari tua, kononnya berangan nak balik kampung duduk dikelilingi ibu bapa dan adik beradik. Tinggallah kota raya yang sibuk dan sesak ini. Persoalannya... RM280,000 seunit - Ansuran bulanan kira-kira RM1,800 sebulan...mampukah nak beli? Mahu berhenti kerja, tetapi nak buat hutang lagi... dengan apa nak bayar? Jual rumah di KL?

4 comments:

  1. kabus ke jerebu kak shidah..beli le kak buat investmen..dah tua2 nanti tentu nak merasa suasana kampung...kota raya ni tak sesuai untuk warga emas..nak melintas jalan kang kena langgau lak hehehe

    ReplyDelete
  2. Heiish... masa tu kabus bebenor. hati meronta-rontan nak, tapi tapi tapi....serabut perutlah nak buat utang...lagi.

    ReplyDelete
  3. Kak Shidah, pada pendapat saya beli rumah ialah satu pelaburan yang hebat. Saya dan adik pun ada merancang nak beli rumah di Kota Kemuning. Rumah saya yang saya duduk sekarang ni saya dah mula bayar ansuran dah masuk dua tahun dah. Sekejap je rasanya. Seolah-olah baru je saya ke hulu ke hilir menguruskan pinjaman bank. Bestnye akak nak beli rumah berkembar.

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah, Cik Yam pun diam-diam dah buat pelaburan. Eloklah tu, akak pun ada beberapa rumah kecil di KL, silapnya akak beli di kawasan yang tidak cepat meningkat harganya, semua di kawasan Gombak. Konon senang nak tengok. Dulu sewakan ikut harga pasaran, orang suka-suka keluar apabila terjumpa yang lebih murah dan ada yang x bayar sewa. Sekarang akak sewakah rendah sikit pd harga pasaran, barulah lekat penyewa...bila orang dah sewa walau kena top up sikit untuk bayar kpd bank pun okey lagi.
    Lama-lama jadi hak kita. Yang di Bandar Jengka tu, orang tua duk sokong supaya jadi beli. Masih berfikir-fikir. Kpd yg nak beli berapa rumah sekali pun, satu sj kena ambil kira, walau bercadang nak sewakannya, pastikan duit gaji kita cukup untuk bayar ansuran bulan kesemua rumah itu, jangan bergantung kepada kutipan sewa kerana ada kalanya penyewa buat `tahi' tak mahu bayar atau tak mampu bayar. Tetapi Allah Maha Adil, kita tidak selalunya diuji begitu, ada masanya dapat penyewa yang bagus... tapi peritlah juga nak menyuruh penyewa yang bermasalah itu keluar...Eh, panjang lebar pula... Sekali lagi, belilah sewaktu usia masih muda, berkongsi pun tak apa..

    ReplyDelete