Saturday, July 11, 2009

PC Teater Muzikal Tun Abdul Razak

Dato' Rahim Razali berucap mengenai pembabitannya dalam teater muzikal Tun AbdulRazak.



Sabtu - 11 Julai 2009.

Petang tadi menemani Iliyana ke majlis Sidang Akhbar Mempromosi Barisan Pelakon dan Krew Teater Muzikal Tun Abdul Razak di Aswara. Tugas Iliyana merakamkan gambar kegiatan di majlis itu, dan saya seperti biasa menolongnya mendapatkan maklumat.

Seramai 100 pelajar dan pensyarah Aswara terbabit dengan program teater muzikal itu yang akan dipentaskan di Istana Budaya bulan Ogos nanti. Projek teater pelajar itu terpilih ke pentas antarabangsa, Istana Budaya - memanfaatkan kepakaran Dato Rahim Razali sebagai pengarah dan pelakon Rashidi Ishak selaku Tun Abdul Razak dan Fauziah Latiff sebagai Toh Puan Rahah.

Pementasan itu membabitkan pelajar Aswara dari semua jurusan - teater, muzik dan tarian. Skrip asal teater muzikal itu dihasilkan oleh salah seorang pelajar Penulisan Kreatif (lelaki). Sebagai pelajar penulisan, Iliyana tidak terbabit dalam lakonan mahupun tarian, tetapi berangan-angan nak offer diri jadi krew di belakang tabir (set).

Pada saat ini dia terbabit sebagai krew set pentas persembahan bangsawan di Panggung Bandaraya, yang membuatkan saya sesak nafas, bila dia balik lewat malam.

"Mama bukan suruh kamu buat kerja tu, kamu tu adalah penulis - tak payah buat kerja-kerja lasak tu... yang ini last tau. Mama tak benarkan lagi," saya merungut.

Belum selesai pementasan yang ini, dah berangan nak join krew di Istana Budaya...

"Sebab apa yang rajin sangat tu?" Saya menyoal.

"Nak duit! Hari itu adik dengar, ada offer seminggu kerja dapat RM800."

"Siapa yang bayar?"

"Istana Budayalah."

"Yang kerja untuk teater bangsawan di Panggung Bandaraya ni, ada bayaran ke?"

"Adalah, tapi taklah mahal seperti di Istana Budaya," jawabnya.

2 comments:

  1. sekarang ni budak2 pun dah pandai fikir duit kak. buat kerja dapat duit sapa tak nak. dgn duit boleh beli macam2 kalau duit mama kena tanya dulu nak beli apa.

    ReplyDelete
  2. Kita pun sama juga, kalau orang nak bagi duit bolehlah kerja lebih, tetapi tengok keadaan kerja dan tempatlah kan...

    ReplyDelete