Sunday, July 19, 2009

Beli atau tidak?

Hari ini di kampung, Bandar Jengka.

8.30 pagi. Kabus masih memutih meliputi jalan menghala ke satu tempat. Wah syahdunya. Jam 8.30 masih ada kabus. Begitulah keadaan di luar kota.
Saya dan suami keluar awal, menuju ke satu tapak binaan tidak jauh dari rumah orang tua. Tujuannya nak melihat perkembangan projek binaan banglo dan teres di situ. Masuk kali ini, entah berapa kali dah saya menjenguk tempat itu. Wah dah perkembangannya boleh tahan. Banyak sudah lengkap berdinding dan berbumbung. Laluan masuk ke kawasan taman yang dalam pembinaan itu masih berpalang. Kami cari laluan, dengan berjalan kaki. Sanggup menyeberang longkang untuk melihat seunit rumah berkembar. Dulu belum ada apa-apa melainkan timbunan pasir dan batu serta tempat meletak jentolak. Itulah tapak rumah yang kami bercadang beli. Wah hari ini, rangka besi konkrit sudah tercacak. Lega. Macamlah dah beli.
Sebenarnya saya baru menempah unit itu dengan bayaran RM500 beberapa bulan lalu. Surat perjanjian jual beli sudah disediakan pemaju untuk ditanda tangani. Tiba-tiba hati saya bimbang. Bimbang terbengkalai. Maklumlah musim gawat. Sampai sekarang belum berani buat keputusan. Pemaju sudah berapa kali telefon bertanyakan jadi beli atau tidak. Dulu saya buat alasan, takut terbengkalai. Sekarang dah ada tiang dan yang lain semua dah nak siap, apa lagi nak bagi alasan?
Menjelang hari tua, kononnya berangan nak balik kampung duduk dikelilingi ibu bapa dan adik beradik. Tinggallah kota raya yang sibuk dan sesak ini. Persoalannya... RM280,000 seunit - Ansuran bulanan kira-kira RM1,800 sebulan...mampukah nak beli? Mahu berhenti kerja, tetapi nak buat hutang lagi... dengan apa nak bayar? Jual rumah di KL?

Saturday, July 11, 2009

PC Teater Muzikal Tun Abdul Razak

Dato' Rahim Razali berucap mengenai pembabitannya dalam teater muzikal Tun AbdulRazak.



Sabtu - 11 Julai 2009.

Petang tadi menemani Iliyana ke majlis Sidang Akhbar Mempromosi Barisan Pelakon dan Krew Teater Muzikal Tun Abdul Razak di Aswara. Tugas Iliyana merakamkan gambar kegiatan di majlis itu, dan saya seperti biasa menolongnya mendapatkan maklumat.

Seramai 100 pelajar dan pensyarah Aswara terbabit dengan program teater muzikal itu yang akan dipentaskan di Istana Budaya bulan Ogos nanti. Projek teater pelajar itu terpilih ke pentas antarabangsa, Istana Budaya - memanfaatkan kepakaran Dato Rahim Razali sebagai pengarah dan pelakon Rashidi Ishak selaku Tun Abdul Razak dan Fauziah Latiff sebagai Toh Puan Rahah.

Pementasan itu membabitkan pelajar Aswara dari semua jurusan - teater, muzik dan tarian. Skrip asal teater muzikal itu dihasilkan oleh salah seorang pelajar Penulisan Kreatif (lelaki). Sebagai pelajar penulisan, Iliyana tidak terbabit dalam lakonan mahupun tarian, tetapi berangan-angan nak offer diri jadi krew di belakang tabir (set).

Pada saat ini dia terbabit sebagai krew set pentas persembahan bangsawan di Panggung Bandaraya, yang membuatkan saya sesak nafas, bila dia balik lewat malam.

"Mama bukan suruh kamu buat kerja tu, kamu tu adalah penulis - tak payah buat kerja-kerja lasak tu... yang ini last tau. Mama tak benarkan lagi," saya merungut.

Belum selesai pementasan yang ini, dah berangan nak join krew di Istana Budaya...

"Sebab apa yang rajin sangat tu?" Saya menyoal.

"Nak duit! Hari itu adik dengar, ada offer seminggu kerja dapat RM800."

"Siapa yang bayar?"

"Istana Budayalah."

"Yang kerja untuk teater bangsawan di Panggung Bandaraya ni, ada bayaran ke?"

"Adalah, tapi taklah mahal seperti di Istana Budaya," jawabnya.

Friday, July 10, 2009

Dua Beradik Umpama Tahi Cicak


Seorang hitam, seorang putih


Kebanyakan daripada kita tentulah menginginkan anak berkulit cerah, setidak-tidaknya setara dengan kulit ibu atau bapanya. Orang kata, kalau nak anak berkulit cerah, minumlah air soya. Saya pun minumlah sewaktu mengandungkan mereka. Malangnya Irfan Izzat si abang dilahirkan berkulit kelabu asap, bila besar bertambah gelap, tak tahulah kenapa. Adik dia Iliyana pun dilahirkan tidak cukup putih, walaupun ketika mengandungkannya saya amalkan juga minum air soya.

Seboleh-bolehnya saya mahulah seorang anak yang kalau tidak putih sangat, setakat sama dengan emaknya pun okeylah. Saya pun berikhtiar untuk itu. Sewaktu mengandungkan Irfan Kamil, saya mengikut petua Islam - amalkan membaca surah Yusof. Hasilnya positif, bukan sahaja dia dilahir berkulit putih...malah ada lesung pipit!

Gambar: Tengoklah kedua beradik ni - kerana warna kulit mereka jauh berbeza saya tidak perasan yang wajah kedua-duanya ada iras, sehinggalah disedarkan oleh seorang rakan.

Tuesday, July 7, 2009

Hari yang Malang!

7 Julai 2009 - Hari ini, hari yang paling sedih...

Leka berada di `majlis kahwin' dalam assingment Pameran Kerja Kahwin di kompleks kraf, Jalan Conlay - sedar-sedar dah hampir jam 5 petang - Sebab terperangkap dalam hujan lebat.

Keluar ke jalan raya, kereta dah berasak-asak orang nak pulang dari pejabat, tahan teksi tak dapat-dapat, hantu betullah teksi kosong tak nak berhenti. Kenalah berjalah jauh ke jalan besar dengan membimbit beg dan kamera berat... barulah teringat, kalau bawa kereta, taklah susah macam ni. Sakit kaki, macam nak patah pula pinggang. Ada kereta dua-dua anak pakai.

Kedua-dua anak saya, Iliyana (peringkat diploma) dan Irfan Izzat (peringkat degree) masing-masing tengah kerja praktikal. Si anak perempuan bergaya dengan kereta Hyundai yang kononnya saya baru beli untuk diri saya sendiri. Kereta Kancil yang kononnya untuk saya juga - dari baru sampai buruk, tak juga berani bawa di jalan besar - Iliyana juga yang pakai. Dapat kereta baru, ditinggalkannya Kancil dalam garaj. Si anak lelaki pergi praktikal, bergaya pula dengan Honda Citi... si emaknya ni asyik berjalan kaki, naik public transport. Suami di outstation ke Bangladesh! Kalau ada dia, taklah jadi macam ni. Sedih huk.. huk.. huk!

Monday, July 6, 2009

Kisah Praktikal Irfan Izzat & dan bidang maritimnya.

Bersama Irfan Izzat di majlis Anugerah Kreatif Anjung Seri 2008


6 Julai 2009 - Alhamdullillah,

Anak sulung, Irfan Izzat yang tercari-cari tempat latihan industri/praktikal dan disebut-sebut akan pergi ke pelabuhan di Sarawak atau Sabah, akhirnya mendapat tempat di HQ Alam Maritim Resource Berhad di Desa Petaling, Kuala Lumpur. Dekat sangat dengan ofis ayah dia. Tidak jauh dari ofis sendiri, cuma 15 minit memandu dari Jalan Klang Lama.

Seronok jugalah dengar mengenai bidang kerja dia (marine technology engineering). Masa praktikal peringkat diploma dia belajar membina rangka bot dan kapal laut di sebuah syarikat pembinaan kapal di Terangganu tetapi praktikal peringkat ijazah kali ini belajar di bidang pengurusan dan penyeliaan dan entah apa lagilah, nak sebut pun tak reti.

"Tadi, first day bos suruh Izzat tengok internet, kena hafal nama-nama dan jenis-jenis kapal milik Alam Maritim yang ada di mana-mana pelabuhan antarabangsa... supaya kalau bos sebut nama kapal tertentu, senanglah untuk dikenal pasti yang mana satu untuk di selia atau dicari failnya," kata Izzat.

Dari website, www.alam-maritim.com

Alam Maritim Resources Berhad (“AMRB”) is an investment holding company with subsidiaries mainly involved in the provision of marine transportation support services and offshore facilities construction and installation, underwater services to the upstream activities in the oil and gas industry.

AMRB was listed on the Main Board of Bursa Malaysia Securities Berhad on 20 July 2006. To-date, AMRB and it subsidiaries (“Alam Maritim Group”) is an established owner and operator of offshore support vessels (OSVs), making it among the largest owner of Malaysian-flagged OSVs in term of tonnage in Malaysia.

The business of the Group is being undertaken by its wholly owned and associated companies throughout the region.

Pendek kata, besar jugalah bisnes company itu. Dalam website, tertera aktiviti lengkapnya. Yang saya teruja, ada juga aktiviti oil and gas. Orang kata, kalau terbabit dalam kerjaya ini, besar gajinya. Walaupun dia bukan kursus di bidang Oil & Gas, dapat kerja sipi-sip pun jadilah. Memanglah kerja-kerja di bidang Oil & Gas akan ada kaitan dengan kapal-kapal.. sebenarnya bukanlan bidang dia (marine) sahaja yang boleh bekerja di syarikat itu. Budak-budak yang ambil kursus logistik dan kursus transportation juga diperlukan di situ.

Bahkan kata Izzat, batch kali ini, ada kira-kira enam student yang diambil buat praktikal serentak di situ. Semuanya daripada universiti berlainan. Semasa ayah dia bawa ke syarikat itu untuk memohon, staff terbabit berkata..."saya tahu, susah budak-budak kita (Melayu) nak dapat tempat praktikal, kalau syarikat bangsa asing (Cinalah kut maksudnya) dia orang tak akan ambil. Kami di sini, seboleh-bolehnya akan terima seberapa ramai pun student kita...)" Nasib baiklah dipertemukan dengan syarikat itu. Staff tu tanya lagi, `nak kerja atas kapal ke nak kerja di pejabat?"

Kata Izzat lagi, ada seorang junior dia - peringkat diploma - baru sahaja dapat kerja di syarikat itu. Belum masuk elaun, gajinnya RM2,000. Wah hebat juga, kalau kerja bidang biasa, RM1,800 baru basic untuk degree. Junior tu mungkin, kena kerja atas kapal, kata Izzat yang bakal mengikuti latihan empat bulan di situ.

"Izzat rasa dia orang macam tak cukup staff. Ada seorang yang baru kerja dan power dalam bidang itu, patut dihantar kerja atas kapal, tetapi HQ pegang dia untuk kerja dalam pejabat."

"Hemm... Izzat, masa praktikal ni kerjalah betul-betul, supaya senang dapat kerja di situ nanti," pesan kami.

Saturday, July 4, 2009

Leka berface book, habis masa...

4 Julai 2009.

Sebenarnya saya mengambil sedikit sahaja daripada hari ini untuk menulis novel. Sebelah petang baru ada mood nak menulis. Dari pagi sampai ke tengah hari, asyik melayan entri facebook Puan Ainon sifu PTS. Dia memanglah banyak idea, sampai kita leka membacanya dengan komen-komen daripada pihak lain yang berjela. Sedar-sedar hari dah lewat petang, barulah terasa rugi....