Tuesday, July 7, 2009

Hari yang Malang!

7 Julai 2009 - Hari ini, hari yang paling sedih...

Leka berada di `majlis kahwin' dalam assingment Pameran Kerja Kahwin di kompleks kraf, Jalan Conlay - sedar-sedar dah hampir jam 5 petang - Sebab terperangkap dalam hujan lebat.

Keluar ke jalan raya, kereta dah berasak-asak orang nak pulang dari pejabat, tahan teksi tak dapat-dapat, hantu betullah teksi kosong tak nak berhenti. Kenalah berjalah jauh ke jalan besar dengan membimbit beg dan kamera berat... barulah teringat, kalau bawa kereta, taklah susah macam ni. Sakit kaki, macam nak patah pula pinggang. Ada kereta dua-dua anak pakai.

Kedua-dua anak saya, Iliyana (peringkat diploma) dan Irfan Izzat (peringkat degree) masing-masing tengah kerja praktikal. Si anak perempuan bergaya dengan kereta Hyundai yang kononnya saya baru beli untuk diri saya sendiri. Kereta Kancil yang kononnya untuk saya juga - dari baru sampai buruk, tak juga berani bawa di jalan besar - Iliyana juga yang pakai. Dapat kereta baru, ditinggalkannya Kancil dalam garaj. Si anak lelaki pergi praktikal, bergaya pula dengan Honda Citi... si emaknya ni asyik berjalan kaki, naik public transport. Suami di outstation ke Bangladesh! Kalau ada dia, taklah jadi macam ni. Sedih huk.. huk.. huk!

4 comments:

  1. sian kak shidah,..tak per dugaan untuk akak huhuhu

    ReplyDelete
  2. Gitulah... kita ni dah biasa susah... siti rynas, cik suri liza, bennie ennie...tahulah, akak ni kaki tumpang kete. walau dah berlainan haluan balik... sentiasa ingat jasa baik itu. TQ

    ReplyDelete
  3. kak..itu macam memberitahu, lekas2 le bawak kereta kak...jangan tunggu lagi...chayok2 kak...

    ReplyDelete
  4. Ben, itulah fasal....entah bilalah beraninya, hari tu tersesat, terlajak dah kecut perut sampai sekarang.

    ReplyDelete