Sunday, June 23, 2019




Jangan salahkan orang lain kalau kita rasa pendapatan tidak cukup, jangan salah orang lain kalau gaji tidak banyak, jangan salahkan orang lain kalau rezeki tidak berpihak kepada anda, salahkan diri sendiri kerana tidak bijak mengatur kehidupan.


Friday, March 3, 2017

Tempat Makan di Awangan


Kampung Baru, Kuala Lumpur dikenali sebagai  `syurga makan-makan`,  banyak restoran dan warung menawarkan pelbagai pilihan makanan. Kebanyakannya terletak di kawasan bawah tetapi tempat makan yang satu ini lain daripada lain. Tempat makan bagaikan terletak di awangan.

D’ Arina Skyview didakwa restoran pertama beroperasi di puncak bangunan di Kampung Baru, yang menyajikan makanan mewah continental Melayu.

Selain makanan yang menyelerakan, suasana seakan di awangan adalah tarikan utama restoran ini.

“Menawarkan pemandangan 360 darjah, tempat makan ini sesuai disinggahi pelancong asing mahupun pelancong tempatan dan penduduk sekitar, hatta kakitangan pejabat yang ingin menikmati hidangan sambil menghayati panorama kota dari  bumbung bangunan 20 tingkat,” kata Pengurus Jualan dan Pasarannya, Ahmad Hisham Mohd Sharif, 44.  

Menurutnya, D’ Arina Skyview adalah restoran pertama terletak di puncak bangunan di kawasan Kampung Baru.

Memerhati ke sekeliling menerusi dinding kaca lut sinar, terasa seperti berada di atas awan.

Pelbagai jenis hidangan, masakan mewah continental Melayu disediakan kepada pelanggan harian mahupun yang menempah majlis.

Menghadiri satu majlis makan petang, tetamu dihidangkan makanan utama `Hi-Tea` antaranya ialah nasi dan kue tiaw goreng, mihun rebus, capati, lemang dan nasi impit.

Padanan kuah untuk nasi, lemang dan nasi impit ialah gulai kari ayam bersantan pekat, sungguh menyelerakan.

Melengkapi hidangan tradisional, disediakan juga serunding untuk dimakan bersama lemang dan nasi impit, sementara pencuci mulut meliputi kuih tradisional seperti lopes, kaswi, cucur badak, getas dan kuih keria turut dihidang.

Tidak ketinggalan menyelerakan, bubur pulut durian dan bubur gandum masing-masing sederhana manis dan pekat, disediakan bersekali pulut dan roti. 

Minuman istimewa tentulah air batu campur . Buah-buahan tempatan juga disediakan.

Makanan tengahari menyediakan lebih banyak pilihan meliputi masakan Melayu kegemaran ramai iaitu nasi dan aneka lauk pauk serta sayur.  Hatta hidangan untuk sarapan juga disediakan.

Tidak ketingalan restoran itu juga menerima tempahan untuk  majlis perkahwinan dan sebarang majlis keraian, di samping mesyuarat dan perbincangan dengan hidangan lauk pauk mengikut kehendak penganjur.
Pilihan hidangan meliputi pakej Galaxi, Meteor, Phoenix dan Complementary dengan harga RM35 hingga RM55 sekepala untuk tetamu 500 orang, membabitkan tiga kategori hidangan iaitu, makanan utama, pemanis dan minuman.

Harga termasuk hiasan untuk ruang acara, meja pengantin dan tetamu kenamaan.

Tarikan makanan dan persekitaran sama hebat, masing-masing dengan kelebihan tersendiri. Paling teruja, melihat Menara Berkembar Petronas, kemegahan negara di samping  bangunan lain, yang tinggi rendah.

Pemandangan sewaktu makan pada waktu senja dan malam, lebih lagi menarik apabila diwarnai simbahan cahaya lampu.

Sesuai dengan lokasi dan kedudukannya di aras ke-20, restoran D'Arina Sky view  yang dimiliki Arina Development Sdn Bhd bakal menjadi bualan di kalangan peminat.

Dibuka sebelum bulan Ramadan lalu (2016), restoran itu mengadakan pelbagai tawaran promosi dari semasa ke semasa dan menerima tempahahan untuk pelbagai acara.

Masakan disediakan oleh Chef Sabirin Yusof yang lebih dikenali Cef Bai yang berpengalaman selama 20 tahun bekerja di Restoran Seri Melayu dan Restoran Berputar Seri Angkasa.


AGRA FORT



                                                     Di hadapan Istana Jahangir
                                                
Taj Mahal yang ingin penulis terokai, namun Agra Fort pula jadi pengganti, gara-gara masalah kabus tebal, penerbangan kami seramai 20 orang dari Kashmir ke New Delhi pada Disember lalu dibatalkan. Kerugian sehari menyebabkan jadual lari. Percutian tujuh hari kami di India bermula di Kashmir.
Sampai di Agra hari Jumaat, diberitahu pemandu pelancong yang menunggu kami sejak semalam bahawa Taj Mahal ditutup hari itu. Kesemua 20 peserta kecewa namun siapakah yang dapat melawan ketentuan-Nya?
Tidak jauh dari Taj Mahal, terdapat sebuah kompleks dikenali Agra Fort atau Kubu Merah Agra iaitu monumen Mughal atau Mogul abad ke-16 yang juga tersohor dan menjadi tumpuan pelancong dari serata dunia. Dulunya, ia sebuah kubu paling penting di India.


                                         Bangunan utama dalam kawasan Agra Fort

Mula dibina oleh Maharaj Mogul, Akbar the Great atau Akbar yang Hebat, di dalam Kubu Agra terdapat sejumlah bangunan termasuk istana dan landskap taman bernilai sejarah. Padanya tersimpan harta kekayaan negara, antaranya perbendaharaan dan kilang syiling terbesar.
Terletak di kanan tebing sungai Jamuna ke arah Timur bandar Agra, kompleks  kubu dan bangunan terbina oleh dinding kukuh dan tebal daripada pasir merah. Difahamkan Akbar membinanya menggantikan Kubu Badalgarh daripada batu lama yang kukuh, diasaskan  Raja Rajput dengan tembok kepungan 2.5-km 

Tunggukan cerita lanjut dalam Harian Metro.

Di hadapan gerbang laluan masuk utama ke ruang dalaman Agra Fort.



Thursday, September 22, 2016

Blog Yang Kian Dilupakan..Kenapa?

Sejak awal tahun, diam menyepi tiba-tiba terasa rindu untuk menjenguk blog yang sekian lama dilupakan ini.

 Maaflah, 
bukan sengaja hendak mengabaikannya, ini gara-gara sibuk dengan tugasan membangunkan online magazine or portal berinformasi, www.variaseri.com dan www.anjungdestinasi.com

Mengenai apa blog tu? Varia Seri, kononnya bertemakan kecantikan dan keindahan, dengan erti kata lain semua hal yang berkait cantik dan menarik. 





Pabila ditulis berkisar dua tema saling berkait itu, terasa pula ingin memasukkan topik-topik lain, misalnya kesihatan dan pedoman. Akhirnya sudah macam tema umum pula, tetapi biarlah, alang-alang nak berblog sangat, biarlah maklumatnya meluas mencakupi pelbagai bidang.

Sementara Anjung Destinasi mengkhusus kepada Percutian atau tempat-tempat menarik yang menjadi port pelancongan, diikuti dekor dan hiasan dalaman serta makan-makan. Bidang berkenaan juga saling berkait, dan dirasakan sesuai untuk diutarakan di bawah satu blog.



                                  Novel dalam Varia Seri


Walaupun sejak dulu terasa tiada siapa pun sudi untuk singgah di blog perbadi ini dan menganggap hanya untuk shok sendiri, tetapi termalu juga apabila terjumpa kawan-kawan, ada yang bertanyakan, kenapa tak update blog?

Teringat pesanan si anak sulung, katanya tidak bagus untuk mendedahkan kisah sehari-harian kepada umum, semacam sudah tidak ada rahsia lagi dalam kehidupan kita apabila semua benda diketahui oleh orang ramai.

Itu pendapatnya... saya boleh bersetuju dengan kata-katanya itu malangnya tidak dapat menahan diri daripada menulis, Bagaimanapun mengambil kira peringatannya, cuba juga berusaha dihadkan kepada yang mana patut saja. Tentunya anak saya itu tetap tidak berkenan. 


Ah, biarlah dengan pendapatnya. Sebagai penulis selama berpuluh tahun, pekerjaan menulis ini memang tidak dapat dipisahkan walaupun tidak mendatangkan apa-apa hasil, terus juga menulis.

Bak kata kawan sekerjaya, Kartini Mohd Noor, "menulis itu satu terapi bagi orang macam kita." Betullah tu.. walaupun diakui bukanlah mudah untuk menghasilkan satu penulisan, lebih-lebih lagi yang informatif seperti di dua blog yang disebutkan tadi. 

Sebaliknya, menulis kisah pengalaman sendiri adalah lebih mudah, orang kata `semacam makan kacang!'  Tapi sebenarnya tidaklah semudah itu. Melainkan kalau menulis tanpa mempedulikan struktur ayat, salah dan silap tatabahasa. Orang kata main boh je. Boleh gitu???

Jemputlah berkunjung ke

www.anjungdestinasi.com

www.variaseri.com





Wednesday, January 6, 2016

Hadiah dan Cenderahati: Rahsia Agar Penerima Hargai Pemberian.





4 Disember 2015
: Semua kita pernah menerima hadiah atau cenderahati namun ada kalanya pemberian itu tidak kita hargai kerana barang yang diterima tidak penting atau tidak kita sukai. Berlainan pula jika barang itu amat anda perlukan, tentunya ia disayangi, diguna, disimpan dan dijaga dengan baik.
Pemberian hadiah atau cenderamata pada dasarnya untuk membina ikatan sesama rakan sebaya, sahabat, pelanggan, ahli keluarga dan orang disayangi.
Hakikatnya, hadiah diberi untuk pelbagai acara sepanjang tahun, termasuklah sebagai cendera hati korporat, majlis perkahwinan, hari jadi, ulang tahun perkahwinan, graduasi, undangan makan malam, pesta keraian dan majlis menyambut kelahiran bayi.

Kesukaran memberi hadiah dan cenderahati menepati kehendak penerima diatasi oleh Qashgift yang menggabungkan konsep kefleksibilan tunai dan ketulusan niat memberi hadiah dengan cara memberi peluang kepada penerima memilih sendiri melalui beberapa klik mudah pada telefon bimbit atau komputer.
Dibawakan untuk anda oleh syarikat pereka dan pembangunan web berdaya maju, Kemuncak Jaya Teknologi, QashGift adalah penyelesaian digital yang mengubah pembelian hadiah menjadi suatu pengalaman yang indah untuk semua.
Dengan QashGift, kejadian tersilap beli boleh dielakkan kerana penerima berpeluang memilih hadiah yang mereka terima menggunakan Kod QR akaun QashGift!
Ideal untuk warga urban yang celik teknologi dengan gaya hidup serba pantas dan jadual harian yang sentiasa sibuk, QashGift memang sesuai dengan ciri-cirinya yang mudah digunakan, menjimatkan masa, dengan proses pemberian hadiah bijak dan selamat.
Proses QashGift bermula dengan
1.    Pembeli menghantar sesuatu hadiah kepada seseorang dengan menggunakan alamat emel dan nombor telefon bimbit. Hadiah itu akan terus dihantar ke akaun QashGift mereka. Jika mereka tidak mempunyai akaun QashGift, mereka boleh terus membuka akaun dengan percuma.
2.    Penerima hadiah boleh terus pergi ke kedai pedagang dan memberikan Kod QR QashGift itu.
3.     Kemudian, juruwang akan mengimbas Kod QR QashGift itu dan meminta penerima memasukkan nombor pin pengesahan 6 digit.
4.    Apabila mendapat kelulusan, mereka akan memasukkan jumlah wang yang ditebus dan mereka akan menerima resit digital yang mengesahkan penebusan mereka.

Pelaksanaan membabitkan kedai pedagang terkemuka seperti EHSAN Living Style, Gloria Jeans, Circle K, Airwheel Malaysia, Garden of Eden Organic Skincare, My Eye Optometry, Raqtive, Original Omin dan banyak lagi. Melalui kedai pedagang ini, kedua-dua pembeli dan penerima hadiah akan mempunyai banyak pilihan.

Dari harga serendah RM20, andai boleh membeli pelbagai hadiah daripada pedagang dengan mudah dan selesa daripada rumah masing-masing, disertai ucapan peribadi dalam bentuk suara dan video.
“Kedua-dua pembeli dan penerima lebih menggemari transaksi tunai kerana ianya tidak melecehkan. Dengan ini, semuanya berpuas hati!” kata Encik Samir Younes, Pengarah Pembangunan Perniagaan, Kemuncak Jaya Teknologi.
“QashGift mudah, menjimatkan masa dan suatu cara bijak untuk membeli hadiah untuk sebarang acara bila-bila masa! Dengan perayaan Krismas dan Tahun Baharu yang bakal menjelma, inilah masa yang terbaik untuk menyertai QashGift!”
Bukan pembeli hadiah dan penerima sahaja yang mendapat manfaat melalui konsep jualan QashGift ini, ia memberi peluang kepada pedagang untuk menjadi sebahagian daripada dunia digital berteknologi tinggi yang semakin berkembang pada kos minimum.

QashGift boleh didapati melalui versi komputer meja & mudah alih. Sementara itu, para pengguna Android dan iOS akan menikmati aplikasi QashGift ini bermula dari 15 Disember 2015.

Wednesday, December 23, 2015

Bagaimana Atasi Masalah Anai-Anai?







Kejadian berlaku sekitar empat tahun lalu. Saya ada banyak khazanah tersimpan dalam stor, nak dibuang sayang. Saat berpindah ke rumah lain, barang itu ditinggalkan termasuklah himpunan majalah Anjung Seri kesayangan. Almaklum bekerja sejak keluaran pertama, maka himpunan pun majalah itu pun bertimbun.

Majalah dan buku disusun kemas dalam almari cip bod berpintu, sangkaan saya ia selamat di dalamnya. Tidak disangka, `buah cempedak menjadi nangka` - rupa-rupanya kabinet itu telah dimasuki anai-anai.  Sebaik dibuka suatu hari, alangkah terkejut, ia penuh dengan sarang anai-anai.



Pertama kali melihat keadaan seperti itu, alahai geli-geleman. Terpaksalah juga dibelek satu persatu dan dibuang majalah yang rosak. Selepas itu, mulalah mencari perkhidmatan memusnahkan anai-anai di internet. Dipendekkan cerita, datanglah seorang lelaki yang memberikan perkhidmatan itu secara solo.


Yang pernah didengar sebelum ini ada rawatan menebuk lubang lantai dan memasukkan ubat anai-anai namun dia mengsyorkan kaedah memberi umpan.




“Saya akan letak umpan supaya dimakan anai-anai. Askarnya akan mengambil makanan itu dan diberikan kepada ratunya. Dengan memakan umpan beracun itu, lama-lama kelamaan anai-anai dan ratu akan mati. Apabila ratu sudah dihapuskan, akhirnya musnahlah seluruh koloni anai-anai," ujarnya sambil menambah kaedah itu mengambil masa beberapa bulan, harga rawatan berkenaan adalah seribu lebih.







Langkah rawatan, paket umpan dilekatkan pada dinding.

(Antara hendak percaya dengan tidak keberkesanannya. Tidak sabar mahu melihat kesannya, Dua tiga bulan kemudian, mulai cuak kerana tiada tiada apa-apa kesan, anai-anai masih aktif.

“Biarkan anai-anai  itu makan umpan itu sampai habis,” ujar lelaki itu sewaktu datang kali kedua.  Ternyata ada kesan umpan dimakan, tetapi paket masih kembung dan tegang. “Tunggulah sedikit masa lagi”, ujarnya.


Namun saya semakin tidak sabar, kali ketiga dia datang pun sama, anai-anai masih ada walaupun umpan semakin habis. Saya mula membebel tidak puas hati, sehingga sanggup panggil orang lain datang memeriksa, adakah kaedah itu betul.

Saat lelaki pertama datang sekali lagi, saya marah-marah kepadanya kerana rawatannya seoalah-olah tidak menjadi. Dari raut wajahnya , dia agak kecewa dengan sikap saya, apatah lagi apabila diketahui ada orang lain datang mengalih kedudukan umpannya

Lelaki itu berkata, tunggu sedikit hari lagi...dipendekkan cerita selepas sekitar enam bulan lebih barulah, terserlah keberkesanan rawatan, memang betul setelah semua umpan habis dalam sebulan kemudian tiada lagi anai-anai.

Rasa bersalah pula marah-marah pada lelaki berkenaan kerana sifat tidak sabar saya.


Monday, December 14, 2015

Makanan Terbaik Untuk Mengatasi Athritis


http://www.carakhasiatmanfaat.com/artikel/makanan-terbaik-untuk-mengatasi-arthritis.html



Rematik atau yang juga disebut Rheumatoid arthritis adalah penyakit yang menyerang per sendian, sehingga sendi menjadi meradang dan nyeri yang sangat menyakitkan; yang pada akhirnya membatasi fungsi gerak penderita. Beberapa makanan ditemukan baik untuk membantu arthritis, walaupun tidak menyembuhkan, tapi bisa mengurangi rasa sakit, meredakan karakteristik penyakit, dan mencegah perkembangannya menjadi lanjut. Ya, makanan memang tidak bisa menggantikan obat penghilang rasa sakit, tapi pasti akan membantu mengurangi rasa sakit dan meningkatkan kualitas hidup penderita sakit radang sendi, atau yang disebut rematik atau arthritis. Baca juga : Makanan terbaik Untuk Penderita Asam Urat - See more at: http://www.carakhasiatmanfaat.com/artikel/makanan-terbaik-untuk-mengatasi-arthritis.html#sthash.C51pPjjV.dpuf

Berikut beberapa makanan , bijian, buah-buahan, sayuran, termasuk ikan yang bagus untuk membantu mengatasi sakit akibat radang sendi atau rematik

Makana kaya beta karoten

Karoten merupakan pigmen tumbuhan yang memberikan manfaat antioksidan, yang banyak terdapat dalam buah-buahan dan sayuran yang berwarna merah, kuning atau oranye , seperti contoh ubi jalar, wortel, labu kuning, ubi bit, dll. Sertakan makanan tinggi karoten dalam diet Anda untuk mengurangi risiko pengembangan rheumatoid arthritis. Bahkan penelitian telah membuktikan bahwa hal ini dapat mengurangi hingga 50%, jika dikonsumsi secara teratur.

Teh Hijau

Teh hijau terkenal baik untuk kesehatan secara keseluruhan, kaya akan antioksidan yang sekarang dikenal memiliki sifat menyembuhkan. Dalam beberapa tahun terakhir, ilmu pengetahuan telah menemukan bahwa mengkonsumsi teh hijau bagus untuk mempromosikan kesehatan. Dalam kasus arthritis, teh hijau merupakan antioksidan yang disebut epigallocatechin-3-gallate (EGCG), yang bertindak sebagai agen anti-inflamasi, mengurangi rasa nyeri sendi, dan catechin dalam teh hijau juga meningkatkan kesehatan dan mencegah penyakit.

Makanan kaya Omega 3

Tak hanya bagus untuk otak dan jantung, omega 3 juga memiliki efek anti-inflamasi alami, sehingga sangat dianjurkan untuk orang dengan arthritis. Penggunaannya secara teratur dapat membantu mengurangi peradangan dan membantu menyehatkan persendian. Beberapa studi telah menunjukkan bahwa konsumsi omega 3 banyak manfaatnya, tetapi dianjurkan untuk mengkonsumsinya dari sumber-sumber alami seperti ikan atau biji-bijian seperti biji bunga matahari, almond, atau kacang kenari.

Makanan yang kaya vitamin C

Vitamin C adalah antioksidan yang sangat banyak ditemukan dalam buah-buahan dan sayuran, selain bermanfaat mengoptimalkan sistem kekebalan tubuh,  juga mengoptimalkan metabolisme kolagen, dan protein yang merupakan kunci untuk kesehatan sendi. Kurang vitamin C dalam dieta dapat mempromosikan pengembangan arthritis, oleh karena itu Vitamin C juga dianjurkan untuk keperluan ini. Makanan yang kaya vitamin C adalah buah jeruk, lemon, buah kiwi, dan sayuran seperti brokoli, kembang kol, dll.

Minyak zaitun

Minyak zaitun atau olive oil terkenal baik untuk kesehatan jantung, namun juga mengandung oleocanthal, yaitu senyawa alami yang membantu mengurangi peradangan pada sendi – mirip seperti kerja aspirin atau obat penghilang rasa sakit.
Sangat mudah untuk menambahkan olive oil kedalam makanan kita, dari mulai untuk dressing salad, dan lain-lain. Baca juga : Cara Menggunakan Minyak Zaitun yang sehat

Makanan mengandung Antosianin

Senyawa ini adalah antioksidan yang banyak ditemukan dalam buah ceri, blueberry, stroberi dan blackberry. Antosianin juga ditemukan alam buah anggur merah dan terong. Antioksidan ini bermanfaat menghambat produksi zat pro inflamasi, atau zat yang menyebabkan peradangan. Ambil beberapa buah ini tiap hari untuk menghilangkan rasa sakit karena arthritis.

Jahe

Jahe adalah rimpang herbal yang banyak digunakan dalam bumbu kebanyakan masakan Asia termasuk Indonesia. Jahe juga berkhasiat sebagai anti-inflamasi dan dapat digunakan untuk beberapa pengobatan. Sangat mudah mengkonsumsi jahe, cukup dimemarkan sedikit lalu ditambahkan kedalam air hangat untuk diminum.

Kunyit

Kunyit juga herbal dari rimpang tanaman, juga banyak digunakan dalam bumbu masakan terutama masakan Asia. Kunyit seperti halnya jahe, ia juga memiliki sifat anti-inflamasi yang membantu menghilangkan rasa sakit  terkait dengan rematik atau nyeri sendi.

Bawang Putih

Bawang merah memiliki manfaat untuk memerangi peradangan, termasuk pada sendi akibat arthritis. Hal ini karena bawang merah merupakan sumber quercetin, yaitu zat yang bersifat antioksidan. Zat ini juga terdapat dalam bawang putih, tomat, anggur dan buah apel. Disarankan untuk mendapatkan  makanan yang kaya akan quercetin dalam harian diet kita
- See more at: http://www.carakhasiatmanfaat.com/artikel/makanan-terbaik-untuk-mengatasi-arthritis.html#sthash.C51pPjjV.dpuf

Cara menggunakan Minyak Zaiton Secara Sihat

Petikan daripada: http://www.carakhasiatmanfaat.com/artikel/cara-menggunakan-minyak-zaitun-yang-sehat.html

Cara Menggunakan Minyak Zaitun yang sehat

Minyak zaitun (olive oil), adalah minyak nabati yang sangat mengandung antrioksidan polifenol dan mengandung lemak tak jenuh tunggal. Dengan demikian, artinya bahwa minyak zaitun baik untuk kesehatan. Hal ini terutama bermanfaat bagi jantung, menurunkan kadar kolesterol jahat, plus meningkatkan kadar kolesterol baik. Pada umumnya orang salah kaprah menggunakan minyak zaitun, menggunakannya untuk memasak apapun dengan suhu tinggi. Tujuannya sih baik, ingin lebih sehat. Namun tahukah Anda bahwa tidak semua cara memasak menggunakan olive oil itu selalu baik bagi kesehatan?. Ada cara memasak tertentu, yang sebenarnya justru tidak baik jika menggunakan minyak zaitun!. Bahkan, penggunaan minyak zaitun yang kurang tepat untuk memasak, justru bisa merugikan kesehatan!. Baca lebih lanjut untuk mengetahui cara terbaik memasak dengan minyak zaitun. - See more at: http://www.carakhasiatmanfaat.com/artikel/cara-menggunakan-minyak-zaitun-yang-sehat.html#sthash.J0QlnzTK.dpuf

Berikut ini cara memanfaatkan minyak zaitun yang benar demi kesehatan

Gunakan jika :

Jika Anda membuatnya sebagai dressing untuk salad atau menumis sayuran di atas api sedang, minyak zaitun adalah pilihan yang sangat baik. Hal ini karena minyak ini memiliki rasa yang berbeda,  Anda bisa langsung menggunakannya kedalam piring dengan sayuran yang kukus, sup atau roti. Minyak zaitun mengandung lebih banyak lemak tak jenuh tunggal, jika dibandingkan dengan minyak nabati lainnya sehingga merupakan pilihan yang cocok untuk kesehatan terutama jantung.

Jangan di gunakan jika :

Jika Anda memasak makanan yang harus menggunakan api yang besar, sebaiknya tidak menggunakan minyak zaitun. Hal ini karena minyak zaitun memiliki titik asap yang lebih rendah, sehingga pada panas tinggi akan berasap. Dan jika Anda memanaskan minyak zaitun sampai ke titik asapnya, maka senyawa bermanfaat yang terkandung dalam minyak zaitun akan mulai menurun, dan bahkan bentuk senyawa akan berubah menjadi senyawa yang berpotensi merugikan kesehatan.

Apa pengganti olive oil yang lebih sehat untuk memasak dengan suhu tinggi?

Minyak canola adalah minyak nabati lain yang memiliki titik asap yang lebih tinggi daripada minyak zaitun, dan merupakan pilihan yang baik jika dipergunakan untuk memasak dengan api besar – seperti memanggang sayuran atau menumis makanan dengan panas tinggi. Minyak canola juga memiliki rasa yang netral, dan mengandung asam lemak omega 3 yang menyehatkan jantung, dan juga ideal untuk memasak. Minyak jenis ini lebih murah daripada minyak zaitun, jadi jika Anda ingin berhemat dan tetap sehat, maka minyak canola adalah pilihan yang baik. Minyak kelapa yang dibuat secara tradisional, bahkan jauh lebih sehat jika untuk memasak/menggoreng makanan dengan suhu tinggi daripada minyak zaitun, karena jauh lebih tahan dan senyawanya tak mudah rusak.

Garis bawah

Menggoreng menggunakan minyak zaitun tidak selalu baik. Adakalanya minyak zaitun yang sehat dan mahal ini justru berubah menjadi merugikan kesehatan, karena sedikit kesalahpahaman tentang penggunaannya. Cukup hanya tambahkan sedikit minyak zaitun diatas roti, salad, sayur rebus, atau untuk menumis dengan api sedang, dan Anda akan mendapatkan manfaat untuk kesehatan Anda
- See more at: http://www.carakhasiatmanfaat.com/artikel/cara-menggunakan-minyak-zaitun-yang-sehat.html#sthash.J0QlnzTK.dpuf

Friday, December 11, 2015

Gastrik Oh Gastrik!







Sejak memulakan online magazine  http://anjungdestinasi.com/ dan   https://www.facebook.com/anjungdestinasi/  maka sekian laman blog ini terbiar. Tiba-tiba hari ini, berpeluang meluangkan masa untuk mencatat sesuatu. Entah apa yang hendak dicatatkan pun tak tahulah. Sebab dah banyak menulis untuk dua laman .com berkenaan.

Disebabkan ini laman blog peribadi, jadi apa yang nak saya tulis tentulah berkisar mengenai kegiatan harian. Semenjak dua menjak ini, asyik berada di rumah kerana melayani kerenah tubuh badan yang mendambakan layanan manja.

Maksud saya, kena jaga makan minum.... mengikut jadual waktu yang ketat. Tersilap waktu makan nanti perut masuk angin, tiba-tiba lapar macam sebulan tak makan. Kalau dah jadi macam tu nanti parah pula nak kembali kepada keadaan asal.

Bila direnung-renung rasa rasa sangat bersyukur, kerana penyakit ini hanya dirasai di peringkat lewat usia, bayangkan mereka yang mengalami sejak zaman kanak-kanak. Tidak tahu bagaimana mereka yang terbabit boleh bertahan. Baru sahaja saya mengenali penyakit ini. Dalam proses untuk menyesuaikan diri dan mengatur jadual waktu  makanan.

Ramai kawan-kawan memberikan tip, rupa-rupanya mereka semua mendapat penyakit ini lebih awal. Seribu satu tip dah yang dikumpul, senarai makanan yang pantang dimakan berjela, apabila dibaca di search di internet, seolah semuanya tidak boleh dimakan.

Namun yang peliknya, menurut doktor pakar yang saya jumpa di Pusat Perubatan Tawakkal, pengidap gastrik jenis reflux tidak perlu pantang makan. Tidak tahu sama ada hendak percaya atau pun tidak. Katanya, cuma perlu jaga kadar makanan yang diambil. Jangan makan terlalu banyak pada satu masa kerana ia boleh membuat perut senak apabila isi terlalu penuh. Keadaan itu yang membuat asid makanan naik ke atas, disebabkan injap di saluran makanan longgar.

Faktor kelonggaran injap di saluran makanan itulah sebenarnya yang menjadi punca berlakunya reflux. Kelonggaran injap juga menyebabkan angin masuk dengan mudah ke dalam perut dari mulut dan membuatnya terasa kembong. Apabila angin berlegar di dalam perut, diri akan terasa tidak selesa sehingga angin berkenaan terus mengalir ke bawah, berputar dalam saluran usus dan keluar dalam bentuk apa yang dinamakan kentut!

Untuk mengawal masalah penyakit itu mudah sahaja, kata doktor pakar terbabit.

* Berhenti makan sebelum kantung perut penuh dan
* Makan sebelum perut lapar.
* Minum air jangan sekali gus.
* Minum air bergelas secara berdikit-dikit.
* Selain lakukan senaman perut - membuncit atau mengembangkan perut - untuk latihan menguncupkan semula lubang injap, begitulah lebih kurang yang dinasihatkan oleh doktor berkenaan.
* Doktor itu juga berkata, ubat bukan penawar yang berkesan untuk mengubat penyakit berkenaan.
* Yang penting adalah amalan seperti yang diajar.

Ya, dengar seperti mudah sahajakan tetapi hakikatnya untuk kembali keadaan kesihatan asal, tidak semudah yang dibicarakan.


Friday, September 18, 2015

Bagai Sirih Pulang ke Gagang



Jumaat - 18 Sept:  Hari ini, pagi-pagi lagi pergi ke pejabat tempat mula bekerja di Balai Berita, tujuan untuk membuat tututan (claim) atas hasil kerja penulisan sebagai stringer@staf bukan sepenuh masa di Harian Metro (HM).

Pada mula meninggalkan pejabat itu tidak pernah terduga bahawa saya akan sangat merinduinya. Yang tahu tika itu hendak keluar mengikut majalah kesukaan, Anjung Seri (AS). Hakikatnya saya lebih suka menjadi penulis rencana majalah, berbanding wartawan akhbar.

Daripada BH, dipindahkan ke majalah berkenaan, mulai bertugas untuk keluaran kedua AS pada 1993. Mula bekerja dengan Berita Harian pada 1985, bermakna berpindah ke Anjung Seri selepas lapan tahun sebagai wartawan BH.

Sungguh pantas masa berlalu, sedar tidak sedar 22 tahun bersama AS, rupa-rupanya usia majalah berkenaan hanya setakat itu. Agak lama juga kan. Namun selama tempoh itu, amat merindui tempat saya mula membina kerjaya. Bagaimanakah cara untuk berpatah balik ... siapa yang hendak terima orang yang tidak lama lagi akan `pencen`?

Namun tidak disangka, dapat juga kembali apabila diterima oleh HM, biarpun sekadar sebagai stringer.

                                           Antara penulisan terawal untuk Harian Metro

                                     

                                                   
                                         Pejabat sekarang, jauh berbeza dpd lebih 20 tahun lalu.







         

Sunday, August 23, 2015

rawat penyakit dengan Bismillah 5

Petika daripada link ini
http://www.lovesihat.com/rawat-diri-melalui-amalan-bismillah-5/



“Bismillaahir rohmaanir rohiimBismillaahisy syafi, bismillaahil kaafi bismillaahil mu’aafi, Bismillaahil la-dzi laa ya-dhur-ru ma’as-mihi syai-un fil ardhi walaa fis-samaa’i wahuwas samii’ul aliim

 

Kelebihan dan kebaikan ‘Bismillah 5’ adalah seperti berikut:

1. Menghalang jin dan syaitan
2. Terpelihara dari bahaya dan musuh
3. Penawar pelbagai racun dan bisa.
4. Penawar penyakit gila meroyan.
5. Melegakan bengkak dan benjol.
6. Penawar kepada penyakit bisa-bisa tulang
7. Mengubati penyakit bisa-bisa di dalam badan.
8. Penawar segala jenis racun, santau dan bisa binatang
9. Boleh digunakan untuk mengubati penyakit yang tidak diketahui puncanya.

.
Kaedah Merawat

1. Letakkan tangan di tempat yang sakit.
2. Baca ‘Bismillah 5’ ini sebanyak tujuh kali dengan hati yang ikhlas dan khusyuk.
3. Hembuskan juga pada segelas air lalu diberi minum dan disapu di tempat yang berkenaan.
4. Sapukan di tempat yang sakit ataupun disapukan ke satu badan.
5. Sekiranya anggota yang sakit tidak boleh di sentuh dengan tangan kerana sakit atau sukar, bolehlah letakkan tangan di bahagian anggota lain dengan ikitikad bahawa anggota tersebut adalah angota yang sakit.
6.Bagi kes kecemasan, boleh dibacakan terus ‘Bismillah 5’ sambil meletakkan tangan di tempat tersebut.
7.Jika kepala anak benjol sebab terhantuk, baca ‘Bismillah 5’ ini sekali sambil tuamkan ais batu atau air suam di tempat sakit. InsyaAllah dapat melegakan.
*Bacalah selawat ke atas Nabi Muhamad Sallallahu Alaihi Wasallam dan ayat ini sertakan doa kepada Allah agar disembuhkan segala penyakit.

Amalan Bismillah 5

Ayat ‘Bismillah 5’ ini diletak sebagai doa dan boleh dibaca sebelum memakan atau minum ubat.
Amalkan membaca ‘Bismillah 5’ kemudian baca ‘Bismillah 6’, sebanyak 33 kali setiap kali lepas solat.
Sekiranya ‘Bismillah 5’ diamalkan secara istiqamah, ianya boleh menolak santau dalam makanan dan minuman.
Bekas berisi makanan/minuman yang dihidangkan akan pecah dengan sendirinya jika dipegang oleh pengamal ‘Bismillah 5’.
Bacalah dengan yakin dan khusyuk dan hanya kepada Allah SWT sajalah kita bergantung harap.‘Allah Maha Mengasihani dari segala-galanya dan Dia adalah sebaik-baik Pemelihara dan Maha Memberi Pertolongan.’

Credit to : http://jalanakhirat.wordpress.com

Sekiranya anda inginkan sebarang pertanyaan dan konsultansi berterusan secara PERCUMA sila hubungi saya.Ini kerana anda BERHAK untuk dapatkan LAYANAN ISTIMEWA daripada saya. KHAS UNTUK CUSTOMER SAYA SAHAJA.
 
 Surya Baizura (1086935)
Rozmizam Jamaluddin
FB : surya Baizura
FB Page : Lovesihat VitaShop
Hp : 012 6200176 (Sms & Whatsapp)
email : suryabaizura@gmail.com
COD : Sg Buloh, Damansara, Kundang, Saujana Utama


https://doaayatdanzikir.wordpress.com/2010/06/23/bismillah-dua-puloh/

Bismillah 20
Baca oleh mu bismillah ini selepas sembahyang fardhu subuh supaya mendapat pahala seperti orang yang mengerjakan haji seratus ribu kali, khatam Quran seratus ribu kali, seperti memerdekakan seratus ribu hamba dan seperti seratus ribu kali selawat ke atas nabi.
Oleh itu, bacalah oleh mu sekali sehari semalam dan jika tiada kuasa bacalah sebulan sekali dan jika tiada kuasa juga bacalah setahun sekali nescaya Allah bukakan pintu syurga dan ditutupkan pintu neraka dan dipelihara daripada mati terkejut dan dipelihara pula dan dipelihara pula daripada panas padang mahsyar dan bahaya titian sirat dan azab kubur dan seteru.