DUNIAKU - Rashidah Ibrahim
Sepanjang jalan kenangan....
Sunday, June 23, 2019
Friday, March 3, 2017
Tempat Makan di Awangan
Kampung Baru, Kuala Lumpur dikenali sebagai `syurga makan-makan`, banyak restoran dan warung menawarkan pelbagai pilihan makanan. Kebanyakannya terletak di kawasan bawah tetapi tempat makan yang satu ini lain daripada lain. Tempat makan bagaikan terletak di awangan.
D’ Arina Skyview didakwa restoran pertama beroperasi di puncak
bangunan di Kampung Baru, yang menyajikan makanan mewah continental Melayu.
Selain makanan yang menyelerakan, suasana seakan di awangan adalah
tarikan utama restoran ini.
“Menawarkan pemandangan 360 darjah, tempat makan ini sesuai disinggahi
pelancong asing mahupun pelancong tempatan dan penduduk sekitar, hatta
kakitangan pejabat yang ingin menikmati hidangan sambil menghayati panorama kota
dari bumbung bangunan 20 tingkat,” kata Pengurus Jualan
dan Pasarannya, Ahmad Hisham Mohd Sharif, 44.
Menurutnya, D’ Arina Skyview adalah restoran pertama terletak
di puncak bangunan di kawasan Kampung Baru.
Memerhati ke sekeliling menerusi dinding kaca lut sinar, terasa seperti
berada di atas awan.
Pelbagai jenis hidangan, masakan mewah continental Melayu disediakan
kepada pelanggan harian mahupun yang menempah majlis.
Menghadiri satu majlis makan petang, tetamu dihidangkan makanan utama `Hi-Tea`
antaranya ialah nasi dan kue tiaw goreng, mihun rebus, capati, lemang dan nasi
impit.
Padanan kuah untuk nasi, lemang dan nasi impit ialah gulai kari ayam
bersantan pekat, sungguh menyelerakan.
Melengkapi hidangan tradisional, disediakan juga serunding untuk dimakan
bersama lemang dan nasi impit, sementara pencuci mulut meliputi kuih
tradisional seperti lopes, kaswi, cucur badak, getas dan kuih keria turut
dihidang.
Tidak ketinggalan menyelerakan, bubur pulut durian dan bubur gandum
masing-masing sederhana manis dan pekat, disediakan bersekali pulut dan
roti.
Minuman istimewa tentulah air batu campur . Buah-buahan tempatan juga
disediakan.
Makanan tengahari menyediakan lebih banyak pilihan meliputi masakan
Melayu kegemaran ramai iaitu nasi dan aneka lauk pauk serta sayur. Hatta hidangan untuk sarapan juga disediakan.
Tidak ketingalan restoran itu juga menerima tempahan untuk majlis perkahwinan dan sebarang majlis
keraian, di samping mesyuarat dan perbincangan dengan hidangan lauk pauk mengikut
kehendak penganjur.
Pilihan hidangan meliputi pakej Galaxi, Meteor, Phoenix dan
Complementary dengan harga RM35 hingga RM55 sekepala untuk tetamu 500 orang,
membabitkan tiga kategori hidangan iaitu, makanan utama, pemanis dan minuman.
Harga termasuk hiasan untuk ruang acara, meja pengantin dan tetamu
kenamaan.
Tarikan makanan dan persekitaran sama hebat, masing-masing dengan
kelebihan tersendiri. Paling teruja, melihat Menara Berkembar Petronas, kemegahan
negara di samping bangunan lain, yang
tinggi rendah.
Pemandangan sewaktu makan pada waktu senja dan malam, lebih lagi menarik
apabila diwarnai simbahan cahaya lampu.
Sesuai dengan lokasi dan kedudukannya di aras ke-20,
restoran D'Arina Sky view yang dimiliki Arina Development
Sdn Bhd bakal menjadi bualan di kalangan peminat.
Dibuka sebelum bulan Ramadan lalu (2016), restoran itu mengadakan
pelbagai tawaran promosi dari semasa ke semasa dan menerima tempahahan
untuk pelbagai acara.
Masakan disediakan oleh Chef Sabirin Yusof yang lebih dikenali Cef Bai
yang berpengalaman selama 20 tahun bekerja di Restoran Seri Melayu dan Restoran
Berputar Seri Angkasa.
Labels:
Advertorial,
Aktiviti Kerja Tangan,
Terkenang-kenang
AGRA FORT
Di hadapan Istana Jahangir
Taj Mahal yang ingin penulis terokai, namun Agra Fort pula jadi
pengganti, gara-gara masalah kabus tebal, penerbangan kami seramai 20 orang
dari Kashmir ke New Delhi pada Disember lalu dibatalkan. Kerugian sehari
menyebabkan jadual lari. Percutian tujuh hari kami di India bermula di Kashmir.
Sampai di Agra hari Jumaat, diberitahu pemandu pelancong yang menunggu
kami sejak semalam bahawa Taj Mahal ditutup hari itu. Kesemua 20 peserta kecewa
namun siapakah yang dapat melawan ketentuan-Nya?
Tidak jauh dari Taj Mahal, terdapat sebuah kompleks
dikenali Agra Fort atau Kubu Merah Agra iaitu monumen Mughal atau Mogul abad ke-16 yang juga tersohor dan
menjadi tumpuan pelancong dari serata dunia. Dulunya, ia sebuah kubu paling penting di India.
Bangunan utama dalam kawasan Agra Fort
Mula dibina oleh Maharaj Mogul, Akbar the Great atau Akbar yang Hebat,
di dalam Kubu Agra terdapat sejumlah bangunan termasuk istana dan landskap
taman bernilai sejarah. Padanya tersimpan harta kekayaan negara,
antaranya perbendaharaan dan kilang syiling terbesar.
Terletak di kanan tebing
sungai Jamuna ke arah Timur bandar Agra, kompleks kubu dan bangunan terbina oleh dinding kukuh
dan tebal daripada pasir merah. Difahamkan Akbar membinanya menggantikan Kubu
Badalgarh daripada batu lama yang kukuh, diasaskan Raja Rajput dengan tembok
kepungan 2.5-km Tunggukan cerita lanjut dalam Harian Metro.
Di hadapan gerbang laluan masuk utama ke ruang dalaman Agra Fort. |
Thursday, September 22, 2016
Blog Yang Kian Dilupakan..Kenapa?
Sejak awal tahun, diam menyepi tiba-tiba terasa rindu untuk menjenguk blog yang sekian lama dilupakan ini.
Maaflah,
bukan sengaja hendak mengabaikannya, ini gara-gara sibuk dengan tugasan membangunkan online magazine or portal berinformasi, www.variaseri.com dan www.anjungdestinasi.comMengenai apa blog tu? Varia Seri, kononnya bertemakan kecantikan dan keindahan, dengan erti kata lain semua hal yang berkait cantik dan menarik.
Pabila ditulis berkisar dua tema saling berkait itu, terasa pula ingin memasukkan topik-topik lain, misalnya kesihatan dan pedoman. Akhirnya sudah macam tema umum pula, tetapi biarlah, alang-alang nak berblog sangat, biarlah maklumatnya meluas mencakupi pelbagai bidang.
Sementara Anjung Destinasi mengkhusus kepada Percutian atau tempat-tempat menarik yang menjadi port pelancongan, diikuti dekor dan hiasan dalaman serta makan-makan. Bidang berkenaan juga saling berkait, dan dirasakan sesuai untuk diutarakan di bawah satu blog.
Walaupun sejak dulu terasa tiada siapa pun sudi untuk singgah di blog perbadi ini dan menganggap hanya untuk shok sendiri, tetapi termalu juga apabila terjumpa kawan-kawan, ada yang bertanyakan, kenapa tak update blog?
Teringat pesanan si anak sulung, katanya tidak bagus untuk mendedahkan kisah sehari-harian kepada umum, semacam sudah tidak ada rahsia lagi dalam kehidupan kita apabila semua benda diketahui oleh orang ramai.
Itu pendapatnya... saya boleh bersetuju dengan kata-katanya itu malangnya tidak dapat menahan diri daripada menulis, Bagaimanapun mengambil kira peringatannya, cuba juga berusaha dihadkan kepada yang mana patut saja. Tentunya anak saya itu tetap tidak berkenan.
Ah, biarlah dengan pendapatnya. Sebagai penulis selama berpuluh tahun, pekerjaan menulis ini memang tidak dapat dipisahkan walaupun tidak mendatangkan apa-apa hasil, terus juga menulis.
Bak kata kawan sekerjaya, Kartini Mohd Noor, "menulis itu satu terapi bagi orang macam kita." Betullah tu.. walaupun diakui bukanlah mudah untuk menghasilkan satu penulisan, lebih-lebih lagi yang informatif seperti di dua blog yang disebutkan tadi.
Sebaliknya, menulis kisah pengalaman sendiri adalah lebih mudah, orang kata `semacam makan kacang!' Tapi sebenarnya tidaklah semudah itu. Melainkan kalau menulis tanpa mempedulikan struktur ayat, salah dan silap tatabahasa. Orang kata main boh je. Boleh gitu???
Jemputlah berkunjung ke
www.anjungdestinasi.com
www.variaseri.com
Labels:
asam kehidupan,
Luahan rasa,
Rancangan dan Impian
Wednesday, January 6, 2016
Hadiah dan Cenderahati: Rahsia Agar Penerima Hargai Pemberian.
4 Disember
2015
: Semua kita
pernah menerima hadiah atau cenderahati namun ada kalanya pemberian itu tidak
kita hargai kerana barang yang diterima tidak penting atau tidak kita sukai.
Berlainan pula jika barang itu amat anda perlukan, tentunya ia disayangi, diguna,
disimpan dan dijaga dengan baik.
Pemberian hadiah
atau cenderamata pada dasarnya untuk membina ikatan sesama rakan sebaya,
sahabat, pelanggan, ahli keluarga dan orang disayangi.
Hakikatnya, hadiah
diberi untuk pelbagai acara sepanjang tahun, termasuklah sebagai cendera hati
korporat, majlis perkahwinan, hari jadi, ulang tahun perkahwinan, graduasi,
undangan makan malam, pesta keraian dan majlis menyambut kelahiran bayi.
Kesukaran
memberi hadiah dan cenderahati menepati kehendak penerima diatasi oleh Qashgift
yang menggabungkan konsep kefleksibilan tunai dan ketulusan niat memberi
hadiah dengan cara memberi peluang kepada penerima memilih sendiri melalui
beberapa klik mudah pada telefon bimbit atau komputer.
Dibawakan
untuk anda oleh syarikat pereka dan pembangunan web berdaya maju, Kemuncak Jaya
Teknologi, QashGift adalah penyelesaian digital yang mengubah pembelian hadiah
menjadi suatu pengalaman yang indah untuk semua.
Dengan
QashGift, kejadian tersilap beli boleh dielakkan kerana penerima berpeluang
memilih hadiah yang mereka terima menggunakan Kod QR akaun QashGift!
Ideal untuk warga urban yang celik teknologi dengan gaya hidup serba
pantas dan jadual harian yang sentiasa sibuk, QashGift memang sesuai dengan
ciri-cirinya yang mudah digunakan, menjimatkan masa, dengan proses pemberian
hadiah bijak dan selamat.
Proses QashGift bermula dengan
1. Pembeli menghantar sesuatu hadiah kepada seseorang dengan menggunakan
alamat emel dan nombor telefon bimbit. Hadiah itu akan terus dihantar ke akaun
QashGift mereka. Jika mereka tidak mempunyai akaun QashGift, mereka boleh terus
membuka akaun dengan percuma.
2. Penerima hadiah boleh terus pergi ke kedai pedagang dan memberikan Kod
QR QashGift itu.
3. Kemudian, juruwang akan mengimbas
Kod QR QashGift itu dan meminta penerima memasukkan nombor pin pengesahan 6
digit.
4. Apabila mendapat kelulusan, mereka akan memasukkan jumlah wang yang
ditebus dan mereka akan menerima resit digital yang mengesahkan penebusan
mereka.
Pelaksanaan membabitkan kedai pedagang terkemuka seperti EHSAN Living Style, Gloria Jeans, Circle K, Airwheel Malaysia, Garden of Eden Organic Skincare, My Eye Optometry, Raqtive, Original Omin dan banyak lagi. Melalui kedai pedagang ini, kedua-dua pembeli dan penerima hadiah akan mempunyai banyak pilihan.
Pelaksanaan membabitkan kedai pedagang terkemuka seperti EHSAN Living Style, Gloria Jeans, Circle K, Airwheel Malaysia, Garden of Eden Organic Skincare, My Eye Optometry, Raqtive, Original Omin dan banyak lagi. Melalui kedai pedagang ini, kedua-dua pembeli dan penerima hadiah akan mempunyai banyak pilihan.
Dari harga
serendah RM20, andai boleh membeli pelbagai hadiah daripada pedagang dengan
mudah dan selesa daripada rumah masing-masing, disertai ucapan peribadi dalam
bentuk suara dan video.
“Kedua-dua pembeli dan penerima lebih menggemari transaksi tunai kerana
ianya tidak melecehkan. Dengan ini, semuanya berpuas hati!” kata Encik Samir
Younes, Pengarah Pembangunan Perniagaan, Kemuncak Jaya Teknologi.
“QashGift mudah, menjimatkan masa dan suatu cara bijak untuk membeli
hadiah untuk sebarang acara bila-bila masa! Dengan perayaan Krismas dan Tahun
Baharu yang bakal menjelma, inilah masa yang terbaik untuk menyertai QashGift!”
Bukan
pembeli hadiah dan penerima sahaja yang mendapat manfaat melalui konsep jualan
QashGift ini, ia memberi peluang kepada pedagang untuk menjadi sebahagian
daripada dunia digital berteknologi tinggi yang semakin berkembang pada kos minimum.
QashGift boleh didapati melalui versi
komputer meja & mudah alih. Sementara itu, para pengguna Android dan iOS
akan menikmati aplikasi QashGift ini bermula dari 15 Disember 2015.
Wednesday, December 23, 2015
Bagaimana Atasi Masalah Anai-Anai?
Kejadian berlaku sekitar empat tahun lalu. Saya ada
banyak khazanah tersimpan dalam stor, nak dibuang sayang. Saat berpindah ke rumah lain, barang itu ditinggalkan termasuklah
himpunan majalah Anjung Seri kesayangan. Almaklum bekerja sejak keluaran
pertama, maka himpunan pun majalah itu pun bertimbun.
Majalah dan buku disusun kemas dalam almari cip bod
berpintu, sangkaan saya ia selamat di dalamnya. Tidak disangka, `buah cempedak
menjadi nangka` - rupa-rupanya kabinet itu telah dimasuki anai-anai. Sebaik dibuka suatu hari, alangkah terkejut, ia penuh dengan sarang anai-anai.
Pertama kali melihat keadaan seperti itu, alahai
geli-geleman. Terpaksalah juga dibelek satu persatu dan dibuang majalah yang rosak. Selepas itu, mulalah mencari perkhidmatan memusnahkan anai-anai di internet. Dipendekkan cerita, datanglah seorang lelaki yang memberikan perkhidmatan itu secara solo.
Yang pernah didengar sebelum ini ada rawatan menebuk lubang lantai dan memasukkan
ubat anai-anai namun dia mengsyorkan kaedah memberi umpan.
“Saya akan letak umpan supaya dimakan anai-anai.
Askarnya akan mengambil makanan itu dan diberikan kepada ratunya. Dengan
memakan umpan beracun itu, lama-lama kelamaan anai-anai dan ratu akan mati.
Apabila ratu sudah dihapuskan, akhirnya musnahlah seluruh koloni anai-anai," ujarnya sambil menambah kaedah itu mengambil masa
beberapa bulan, harga rawatan berkenaan adalah seribu lebih.
Langkah rawatan, paket umpan dilekatkan pada dinding.
(Antara hendak percaya dengan tidak keberkesanannya. Tidak sabar mahu melihat kesannya, Dua tiga bulan kemudian, mulai cuak kerana tiada tiada apa-apa kesan, anai-anai masih aktif.
“Biarkan anai-anai
itu makan umpan itu sampai habis,” ujar lelaki itu sewaktu datang kali
kedua. Ternyata ada kesan umpan dimakan,
tetapi paket masih kembung dan tegang. “Tunggulah sedikit masa lagi”, ujarnya.
Namun saya semakin tidak sabar, kali ketiga dia
datang pun sama, anai-anai masih ada walaupun umpan semakin habis. Saya mula
membebel tidak puas hati, sehingga sanggup panggil orang lain datang memeriksa,
adakah kaedah itu betul.
Saat lelaki pertama datang sekali lagi, saya
marah-marah kepadanya kerana rawatannya seoalah-olah tidak menjadi. Dari raut
wajahnya , dia agak kecewa dengan sikap saya, apatah lagi apabila
diketahui ada orang lain datang mengalih kedudukan umpannya
Lelaki itu berkata,
tunggu sedikit hari lagi...dipendekkan cerita
selepas sekitar enam bulan lebih barulah, terserlah keberkesanan rawatan, memang betul setelah
semua umpan habis dalam sebulan kemudian tiada lagi anai-anai.
Rasa bersalah pula marah-marah pada lelaki berkenaan kerana sifat tidak sabar saya.
Monday, December 14, 2015
Makanan Terbaik Untuk Mengatasi Athritis
http://www.carakhasiatmanfaat.com/artikel/makanan-terbaik-untuk-mengatasi-arthritis.html
Rematik atau yang juga disebut Rheumatoid arthritis adalah penyakit yang menyerang per sendian, sehingga sendi menjadi meradang dan nyeri yang sangat menyakitkan; yang pada akhirnya membatasi fungsi gerak penderita. Beberapa makanan ditemukan baik untuk membantu arthritis, walaupun tidak menyembuhkan, tapi bisa mengurangi rasa sakit, meredakan karakteristik penyakit, dan mencegah perkembangannya menjadi lanjut. Ya, makanan memang tidak bisa menggantikan obat penghilang rasa sakit, tapi pasti akan membantu mengurangi rasa sakit dan meningkatkan kualitas hidup penderita sakit radang sendi, atau yang disebut rematik atau arthritis. Baca juga : Makanan terbaik Untuk Penderita Asam Urat - See more at: http://www.carakhasiatmanfaat.com/artikel/makanan-terbaik-untuk-mengatasi-arthritis.html#sthash.C51pPjjV.dpuf
Berikut beberapa makanan , bijian, buah-buahan, sayuran, termasuk ikan yang bagus untuk membantu mengatasi sakit akibat radang sendi atau rematik
Makana kaya beta karoten
Karoten merupakan pigmen tumbuhan yang memberikan manfaat antioksidan, yang banyak terdapat dalam buah-buahan dan sayuran yang berwarna merah, kuning atau oranye , seperti contoh ubi jalar, wortel, labu kuning, ubi bit, dll. Sertakan makanan tinggi karoten dalam diet Anda untuk mengurangi risiko pengembangan rheumatoid arthritis. Bahkan penelitian telah membuktikan bahwa hal ini dapat mengurangi hingga 50%, jika dikonsumsi secara teratur.
Teh Hijau
Teh hijau terkenal baik untuk kesehatan secara keseluruhan, kaya akan antioksidan yang sekarang dikenal memiliki sifat menyembuhkan. Dalam beberapa tahun terakhir, ilmu pengetahuan telah menemukan bahwa mengkonsumsi teh hijau bagus untuk mempromosikan kesehatan. Dalam kasus arthritis, teh hijau merupakan antioksidan yang disebut epigallocatechin-3-gallate (EGCG), yang bertindak sebagai agen anti-inflamasi, mengurangi rasa nyeri sendi, dan catechin dalam teh hijau juga meningkatkan kesehatan dan mencegah penyakit.
Makanan kaya Omega 3
Tak hanya bagus untuk otak dan jantung, omega 3 juga memiliki efek anti-inflamasi alami, sehingga sangat dianjurkan untuk orang dengan arthritis. Penggunaannya secara teratur dapat membantu mengurangi peradangan dan membantu menyehatkan persendian. Beberapa studi telah menunjukkan bahwa konsumsi omega 3 banyak manfaatnya, tetapi dianjurkan untuk mengkonsumsinya dari sumber-sumber alami seperti ikan atau biji-bijian seperti biji bunga matahari, almond, atau kacang kenari.
Makanan yang kaya vitamin C
Vitamin C adalah antioksidan yang sangat banyak ditemukan dalam buah-buahan dan sayuran, selain bermanfaat mengoptimalkan sistem kekebalan tubuh, juga mengoptimalkan metabolisme kolagen, dan protein yang merupakan kunci untuk kesehatan sendi. Kurang vitamin C dalam dieta dapat mempromosikan pengembangan arthritis, oleh karena itu Vitamin C juga dianjurkan untuk keperluan ini. Makanan yang kaya vitamin C adalah buah jeruk, lemon, buah kiwi, dan sayuran seperti brokoli, kembang kol, dll.
Minyak zaitun
Minyak zaitun atau olive oil terkenal baik untuk kesehatan jantung, namun juga mengandung oleocanthal, yaitu senyawa alami yang membantu mengurangi peradangan pada sendi – mirip seperti kerja aspirin atau obat penghilang rasa sakit.
Sangat mudah untuk menambahkan olive oil kedalam makanan kita, dari mulai untuk dressing salad, dan lain-lain. Baca juga : Cara Menggunakan Minyak Zaitun yang sehat
Makanan mengandung Antosianin
Senyawa ini adalah antioksidan yang banyak ditemukan dalam buah ceri, blueberry, stroberi dan blackberry. Antosianin juga ditemukan alam buah anggur merah dan terong. Antioksidan ini bermanfaat menghambat produksi zat pro inflamasi, atau zat yang menyebabkan peradangan. Ambil beberapa buah ini tiap hari untuk menghilangkan rasa sakit karena arthritis.
Jahe
Jahe adalah rimpang herbal yang banyak digunakan dalam bumbu kebanyakan masakan Asia termasuk Indonesia. Jahe juga berkhasiat sebagai anti-inflamasi dan dapat digunakan untuk beberapa pengobatan. Sangat mudah mengkonsumsi jahe, cukup dimemarkan sedikit lalu ditambahkan kedalam air hangat untuk diminum.
Kunyit
Kunyit juga herbal dari rimpang tanaman, juga banyak digunakan dalam bumbu masakan terutama masakan Asia. Kunyit seperti halnya jahe, ia juga memiliki sifat anti-inflamasi yang membantu menghilangkan rasa sakit terkait dengan rematik atau nyeri sendi.
Bawang Putih
Bawang merah memiliki manfaat untuk memerangi peradangan, termasuk pada sendi akibat arthritis. Hal ini karena bawang merah merupakan sumber quercetin, yaitu zat yang bersifat antioksidan. Zat ini juga terdapat dalam bawang putih, tomat, anggur dan buah apel. Disarankan untuk mendapatkan makanan yang kaya akan quercetin dalam harian diet kita
- See more at: http://www.carakhasiatmanfaat.com/artikel/makanan-terbaik-untuk-mengatasi-arthritis.html#sthash.C51pPjjV.dpuf
Subscribe to:
Posts (Atom)