Tuesday, December 1, 2009

Bersama mama

Mama, Bidah binti Isa bertudung merah jambu.

Kenangan beraya di kampung Pulau Mansuk, Jerantut, Pahang.


Pada Hari Raya Eidul Adha ini, kami sekeluarga beraya sakan kerana ibu yang koma pada Aidilfitri lalu sudah beransur sihat. Kini dia boleh berjalan, bercakap, membaca dan mengaji. Masih terbayang betapa hambarnya perasaan apabila terpaksa beraya di hospital dulu. Selesai solat sunat Aidilfitri dan makan pagi, kami semua berkejar ke hospital di Temerloh untuk berada di sisinya. Hari raya kali ini lebih meriah kerana mama ada bersama-sama Biarpun sudah boleh berjalan, biasalah orang baru pulih dari sakit, perlu sentiasa diawasi. Seronok melihat dia sentiasa tersenyum, walapun dalam kepayahan mengingati sesuatu. Ayah orang yang paling gembira kerana kami dapat berkumpul beramai-ramai.

2 comments:

  1. Salam,
    Shidah ... di alam maya rupanya dapat jumpa. Apa khabar? Punya jauh link utk jumpa, menerusi orang di Espana (Patin & Pasta)saya terjumpa comment Shidah pasal Clifford School. Tengok nama macam kenal, bila masuk link blog Shidah, dah sah dah `ghodong' masa sekolah dulu. Yang selalu saya jumpa kalam ke PM tu ialah mak anjang. Wasalam Manisah (aka Chah, sepupu Mok de Jah)

    ReplyDelete
  2. Salam chah, tah perasan ada komen... baru nampak... terima kasih tinggalkan jejak di sini..

    ReplyDelete