Thursday, May 21, 2015
Salah Sangka!
Pada malam itu saya menangis teresak-esak selepas terbaca satu status seorang kawan, sangka saya dia menujukan perkataan negatif itu kepada saya, pagi esok apabila terjumpa dia.. seperti biasa sahaja lagaknya...menegur saya seperti tidak ada apa-apa yang berlaku...sedang saya sudah membuat keputusan untuk menjauhkan diri daripadanya... akhirnya dalam diam saya mengetahui yang dia tidak langsung menujukan kata-kata itu kepada saya... percuma sahaja mengalirkan air mata pada malam itu... rasa malu sendiri dan terbit rasa bersalah kerana silap anggap, namun saya merahsiakan perkara itu daripadanya.... mungkin anda juga pernah melalui pengalaman seperti ini.
Idarashida@blogspot.com
Thursday, May 7, 2015
Koleksi Tudung Terkini Artis Malaysia
Menonton
sebuah rancangan anugerah hiburan yang cukup berprestij beberapa minggu lalu,
saya sangat teruja, terutama kerana dapat melihat pakaian fesyen yang beraneka
rekaan.
Apa yang
saya suka tentang majlis itu adalah ianya adalah ibarat platform untuk peminat
fesyen seperti saya mendapatkan rujukan ilham penggayaan diri. Pada majlis
anugerah seperti itu kita dapat melihat selebriti terkenal tanah
air berjalan di laluan karpet merah dengan persalinan masing-masing yang
cukup menyerlah. Tidak keterlaluan untuk saya katakan, acara karpet merah
sebenarnya adalah antara segmen kegemaran saya!
Pada
edisi tahun ini saya lihat banyak artis dalam kalangan selebriti yang hadir
mengenakan tudung. Pemakaian tudung ini bukanlah satu yang asing kerana
terdapat banyak selebriti wanita Malaysia yang sudah berhijrah dan mengenakan
pemakaian yang lebih sopan, sesuai dengan status dan perubahan imej
masing-masing.
Koleksi tudung
terkini artis Malaysia memperlihatkan
pemilihan pelbagai jenis tudung baru yang serba cantik! Tudung Siti Nurhaliza
dan tudung Neelofa yang terkenal dengan jenama tudungnya iaitu Neelofar adalah
antara yang menjadi perhatian ramai.
Kalau
dilihat koleksi tudung terbaru yang kini boleh didapati dalam pasaran mempunyai
sifat yang cukup versatile. Ini kerana tudung moden wanita boleh dipadankan dengan
hampir apa sahaja untuk membentuk persalinan yang sempurna. Antara pilihan
padanan yang popular adalah pakaian tradisional seperti baju kurung, jubah dan
baju kurung peplum.
Koleksi hijab terkini wanita juga boleh didapati dengan pelbagai warna menarik. Sebut apa sahaja tona warna tudung, pasti akan ada yang bersesuaian dengan kehendak anda. Jika inginkan tudung yang boleh dipadankan dengan mudah bersama apa sahaja yang anda ada dalam almari pakaian, pilih warna yang lebih neutral seperti hitam, coklat dan juga putih.
Idarashida@blogspot.com
Sunday, May 3, 2015
Rumah Sewa di Bandar Jengka
Bilik untuk disewa?
This place was renovated for the convenient of students to stay.
Dilengkapi kemudahan mesin basuh, dapur ringkas, peti ais, katil, tilam, sette dan meja serba guna.
Sms/Whatsapp: 013-3310221
Lokasi. Nadi Kota: Di belakang pejabat Lembaga Urusan Tabung Haji.
Shop lot di tingkat atas kedai Shoes & Bags.
Tangga ke tingkat atas.
Ruang lapang
Ruang lapang di hadapan bilik
Meja serba guna
Bilik katil double decker
Bilik katil setingkat
Bilik katil double decker
Bilik with built in bathroom
Washing and drying cloths area.
Washroom@toilet.
Friday, May 1, 2015
Novel: Dua Garis Cinta
Dapatkan Novel Cinta Legend.
Dua
Garis Cinta
Raiza
Ruhila
RM20 sahaja (Termasuk kos poslaju)
Cinta yang tidak kesampaian ibarat luka yang membekam.
Sanggup menjeruk perasaan sendiri dengan mengimpikan sesuatu yang tidak pasti.
Begitulah derita yang ditanggung Rosmila sejak sekian lama.Tetapi, Azli, lelaki
pujaannya masih tidak mengerti. Mereka akhirnya berpisah membawa haluan
sendiri.
Suratan tadir menemukan mereka kembali. Rosmila tetap setia
menyimpan rasa. Dia masih berteka-teki mengenai perasaan sebenar Azli.
Akhirnya, lelaki itu melafazkan bahawa Rosmila adalah rindu dan cinta di
hatinya sejak dulu lagi.
Namun adakah laut yang tenang, akan bergelora diamuk badai. Mungkinkah
terbit rasa ragu-ragu di hati Rosmila terhadap kejujuran Azli? Mulut kata cinta
tapi kemesraannya dengan orang lain? Adakah Azli masih mengingati bekas
kekasihnya? Inilah persoalan di hati Rosmila.
IkhlaskahAzli menerima cintaku? Soal hatinya.
Segala ranjau yang didepani membuat Rosmila terfikir
sejenak, Sudahkah dia bersedia untuk mendakap cinta yang datang? Atau cinta itu
sebenarnya yang cuba
menjauh?
Trionovel
Semenanjung RM16.00
Sila pesan, Termasuk kos poslaju RM20 sahaja!!!!
Nilai
Cintamu
Eka
Fahara
RM20 !!! (Termasuk kos poslaju ke Semenanjung Malaysia )
Sinopsis:
Suatu ketika dahulu Nana merasakan, Hisyam adalah pasangan
serasinya. Dianyam mimpi-mimpi indah untuk hidup bersama. Dibaja benih kasih
agar subur segar meniti hari bahagia. Ketika kelopak cinta mekar mengharum,
Hisyam pergi tanpa secebis berita. Saat itu segalanya mula berubah, perjalanan
hidupnya mula dihimpit resah dan ketenangan jiwanya mula berkocak.
Membuka kembali cerita tentang Hisyam, umpama sengaja
mengguris hati yang telah parah. Kemunculan Tasya sebagia adik tiri, mengggugat
segala kesabaran dan kesetiaan. Tanpa setitis hubungan darah antara dia dan
Tasya, Nana terpaksa melakukan pengorbanan sebenar ini. Melepaskan sesuatu yang
tak mungkin ada galang gatiinya.
Akhirnya Nana pasrah. Dia mula mengalah dan sedar diri, lalu
membuat kesimpulan, kasih Hisyam telah beralih arah. Hubungan cinta mereka cuma
tinggal sejarah, kalau nak dikata rebah telah lama dia jatuh tersungkur. Pintu
hatinya telah terkunci dan dia bangun dari kerebahan semalam. Hari ini walaupun
dia masih mampu berdiri tapi dia hidup tanpa hati dan tanpa perasaan.
Biarlah…sesungguhnya apa yang terjadi adalah ketentuan-NYA.
Jjika ada sinar bahagia untuknya dia menyambutnya dengna senyuman, jika tidak…siapa
dia untuk mempertikaikannya???
Idarashida@blogspot.com
Wednesday, April 29, 2015
Bual Bicara Mesin Basuh Samsung Activ Dualwash Bersama Tiga Selebriti
RABU
KUALA LUMPUR:
Tiga selebriti wanita
popular tanah air, Serena C, Daphne Iking dan Aishah Sinclair berkongsi
pengalaman susah senang membasuh pakaian di majlis Perjumpaan Bersama Activ
Dualwash di Cosans Coffee, Mont Kiara petang ini.
Masing-masing bersetuju, sebagai wanita bekerjaya, melakukan kerja rumah memang memenatkan. Biarpun bertuah mempunyai pembantu rumah,
tetapi mereka mengakui tetap tidak boleh lari daripada menjalankan sedikit
sebanyak kerja tetapi dengan adanya mesin basuh Samsung Activ Dualwash, tiada
lagi kerumitan dalam bab memasuh pakaian.
Kotoran degil menurut Aishah
Sinclair, perlu direndam atau dibasuh awal dengan tangan. Seandainya perlu
direndam dan dicuci dahulu di dalam bekas lain, kerjanya agak cerewet. Kebanyakan mesin, tidak
mempunyai tempat untuk membasuh dengan tangan sebagaimana yang ada pada Samsung Activ
Dualwash.
Daphne
Iking yang gemar melakukan kerja-kerja spring
cleaning pula mencelah: “Sebagai anak kelahiran Kadazan Dusun, saya tidak
lupa pengalaman membasuh baju di sungai… kerjanya kasar…perlu menyental, memijak,
menghempas sebelum memerah,” katanya sambil turun daripada kerusi dan duduk mencangkung
untuk menunjukkan aksi yang disebutkan.
Kiri sekali: Serena, kanan Aishah Sinclair dan Daphne
Dengan
mesin Mesin Basuh Samsung Activ dualwash, semua itu dapat diatasi. Pengguna
hanya perlu menekan butang tertentu yang disedikan untuk membasuh secara
automatik
Beliau
membayangkan betapa senangnya menggunakan mesin basuh keluaran baru Samsung
yang dilengkapi banyak kemudahan antaranya sink dan laci serbuk pencuci
yang tidak meninggalkan kesan pada pakaian.
Ruang dalam mesin basuh
Menariknya mengenai mesin itu,
turut menyediakan tempat khas untuk membasuh awal (pre-wash). Dengan sink
bentuk takungan beralun dan bergerigi di bahagian permukaan lubang mesin, kerja
membersih awal dan menyental kotoran degil pada pakaian misalnya pada bahagian
dalam leher baju, boleh dilakukan sebelum dibasuh putar dalam mesin basuh.
Serena turut mengakui, semakin
berusia, pinggangnya tidak tahan apabila perlu banyak menunduk untuk melakukan
kerja. Dengan pintu mesin basuh di bahagian atas, kerja lebih mudah dilakukan
kerana tidak perlu duduk bangun, sekali gus tekanan kerja semakin berkurangan.
Sink di permukaan mesin basuh
Beliau turut memuji mutu
teknologi mesin berkenaan yang beroperasi dengan gaya putaran lembut beralun yang tidak
merosakkan tekstur fabrik
Samsung Activ Dual Wash boleh
didapati di pasaran dari Mac 2015, pada harga daripada RM1,499 hingga RM2,999 untuk muatan 9 hingga 16
kg.
Bersama Aishah Sinclair
Innovative Features of Samsung Activ Dualwash:
The top of the activ dualwash
washing machine includes a built-in sink with water jet and gentle srubbing
surface. This convenient sink provides a separate space to pre-treat tough
stains, like heavily soiled sports uniforms or hand wash items like delicate
sweaters and shirt collars.
Once finished, the laundry and
water can easily be poured into the machine by simply lifting the tray. This
all-in-one solution allows consumers to handle the entire wash process in the
laundry unit instead of having to spread it out over multiple locations,
avoiding mess, reducing effort and saving time.
Superior Technology
- Additional convenience and peace of mind with Magic
Dispenser. A propeller inside the dispenser creates a powerful water
vortex to dissolve and spread detergent evenly. It also cleans leftover detergent
in the dispenser itself.
- With wobble technology that prevents tangles, twist, knots
which reduce the physical stress from grappling with tangled laundry and
avoiding fabric damage.
Idarashida@blogspot.com
rashida.ibrahims@gmail.com
Sunday, April 26, 2015
Kembara Ladang Gaharu
17 April 2015
Cuti 6 hari + 4 hari.
Maksud tajuk di atas, hari cuti berekod enam hari campur dua
kali Sabtu dan Ahad, menjadi 10 hari.
Itulah bilangan cuti yang saya dapat kali ini. Lama juga tu. Mana nak
pergi? Kerana sudah lama tidak balik ke kampung suami di Negeri Cik Siti Wan
Kembang, kami mencapai kata sepakat untuk balik ke
Pada pagi jumaat sekitar jam 10 pagi, kami berlepas daripada
Gombak, melalui jalan ke pantai timur ikut Gua Musang. Biasalah, perjalanan
ikut lebuh ini agak membosankan. Tidak seperti jalan Kuantan – Terengganu –
Kelantan, yang terdedah dengan panorama pantai biru syahdu. Ikut laluan Gua
Musang, hanya pemandangan hutan dan apabila sampai di Gua Musang, disajikan
dengan panorama bukit batu kapur di sana
sini.
Setelah empat jam memandu sampailah ke kawasan ladang itu.
Tidak ada pegawai berkenaan di situ, jadi kami tidak dapat masuk ke kawasan lot
tanah yang hendak dilihat.
“Saya tidak tahu lot mana lot mana.. bos saya tahulah, dia
boleh tunjuk,” ujar petugas yang menyambut kedatangan kami. Dia memang menunggu
ketibaan kami kerana sudah dimaklumkan kepadanya melalui dua orang bosnya.
“Mana pokoknya?” Kami menyoal.
Petugas itu membawa kami ke tempatnya. Di sekitar kawasan
itu terdapat beberapa jenis pokok buahan termasuk rambutan ciku, duku dan limau
yang telah besar. Yang ketara adalah tapak semaian kelapa sawit dan gaharu.
Anak-anak pokok itu ditanam dalam poli beg berwarna hitam, ada ke poli beg
berwarna lain? Setahu saya, semuanya hitam kan
kan ?
“Inilah pokoknya,” ujar petugas itu sambil menunjukkan
sebatang pokok besar yang kelihatan condong. Hanya ada satu pokok gaharu
sekitar kawasan pejabat ini, ditanam oleh arwah Menteri Besar, Tuk Guru Nik
Aziz, dalam upacara pelancaran lebih lima
tahun lalu.
Si dia memotong satu dahan kecil untuk ditunjukkan kepada
sesiapa sahaja yang berminat ingin tahu mengenai pokok berkenaan. Setelah
berjanji dengan petugas berkenaan untuk datang lagi, kami meneruskan perjalanan
ke Machang.
Bersambung.
Idarashida@blogspot.com
rashida.ibrahims@gmail.com
Kucing Sakit Saraf
Meow Meow...
18 April 2015
Comel sahaja `dia`. Dengan bulu panjang gebu. Nampak
biasa tetapi menurut tuannya, kucing ini sakit. Sakit saraf…pergerakannya terbatas. Tidak
tahu punca. Mungkin kerana dia bercerai susu terlalu awal daripada ibunya.
Tidak cukup khasiat susu ibu, agaknya, terang tuannya.
“Kenapa dengan ibunya?”
“Ibunya mati semasa dia berusia seminggu. Sewaktu kecil, kucing ni kelihatan sihat. Lama kelamaan semakin lembik. Kalau terlepas panjat di atas kerusi atau
pokok, ia tidak boleh turun, jika ia cuba badannya akan jatuh berdebub. Jadi, setiap pergerakannya kena dibantu. Kalau dia
berjalan dan kukunya terlekat pada tikar, kami kena bantu tanggalkan,” demikian
ulas tuannya lagi.
“Sudah dibawa ke doktor haiwan. Malangnya doktor tidak dapat
mengesan penyakitnya. Elok lagi pemilik pusat jagaan haiwan, tahu juga dia
pasal masalah kucing ini. Setelah dicucuk kalsium dan diberi ubat, ada
perubahan pada anak kucing ini. Dia sudah tidak monyok lagi. Sudah cergas
sedikit. Tapi nak bagi makan ubat bukan main susah. Bayangkan bagaimana nak
beri makan dalam bentuk pil,” cerita mereka lagi.
Bagaimana sukar sekali untuk menjaga kucing berkenaan,
pasangan suami isteri yang menjadi tuan kepada kucing ini tetap bersabar dan
menjaganya dengan penuh kasih sayang. Beberapa kucing yang ada di dalam rumah
itu ibarat anak mereka sendiri. Pasangan yang
sudah berkahwin beberapa tahun itu, belum dikurniakan anak. Kerana itu kasih
mereka tertumpah pada haiwan peliharaan mereka itu.
Gambar: Kebetulan sewaktu hendak diambil gambar, kucing sakit saraf sedang ditahan di klinik, Yang tinggal adalah adik-beradiknya.
Idarashida@blogspot.com
rashida.ibrahims@gmail.com
Subscribe to:
Posts (Atom)





















.jpg)


