Thursday, March 21, 2013

Sejenak di istana


Kunjungan ke Istana Kota Beram, Pekan Pahang yang kini dijadikan muzium, tunggukan ceritanya ya!


                                                  













PEKAN: Muzium perlu diubah suai mengikut peredaran masa supaya cara penyampaian dan bahan yang dipamerkan dapat menarik pengunjung untuk terus datang, titah Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah.

Titah baginda, pengubahsuaian itu perlu kerana muzium adalah tempat yang sesuai bagi mengkaji sesuatu sejarah bangsa dan negara, sekali gus dapat melahirkan bangsa yang bertamadun serta mewujudkan budaya tinggi dalam masyarakat. 
"Pelbagai bahan ilmiah seperti tulisan, artifak dan sejarah lama yang boleh dikaji khususnya oleh pelajar sekolah dan penuntut pengajian tinggi. 


"Beta percaya, pengubahsuaian ini mampu menjadi sebagai pusat sumber terhadap penyelidik, pelancong dan para pelajar mengkaji sesuatu sejarah negeri ini," titah baginda pada majlis perasmian penjenamaan Muzium Sultan Abu Bakar di sini, hari ini.

Sultan Ahmad Shah bertitah, penjenamaan Muzium Sultan Abu Bakar bakal memberi suasana baru dalam melihat pelbagai artifak yang terdapat di situ.

Titah baginda, bangunan tersebut bukan sahaja melalui proses pengubahsuaian tetapi juga kawasan persekitaran indah menjadi faktor penarik pengunjung ke muzium berkenaan.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER), Muzium Sultan Abu Bakar yang dibina pada 1888, adalah kediaman British yang pertama di Pahang dan pernah digunakan sebagai markas tentera Jepun ketika Perang Dunia Kedua, seterusnya dijadikan istana Almarhum Sultan Abu Bakar sebelum menjadi sebuah muzium negeri pada 1976.
Muzium yang sudah lama terkenal sebagai satu daripada destinasi pelancongan utama di Pekan itu ditutup buat sementara sejak 2005 bagi kerja pemuliharaan dan renovasi yang dilihat memberi kesan kepada kedatangan pelancong ke Pekan yang merosot kepada 16,000 orang tahun 2009 berbanding 56,000 orang tahun 2007.

Pelancaran penjenamaan semula muzium itu oleh Sultan Pahang menandakan pembukaan semula muzium tersebut secara rasmi selepas menjalani kerja menaik taraf dan membaik pulih selama setahun dengan kos RM16 juta yang dijalankan oleh ECER dengan kerjasama kerajaan negeri Pahang.

Muzium yang baru diubah suai itu mengetengahkan konsep 'Taman Intelektual' yang turut memperkenalkan penggunaan teknologi moden seperti paparan skrin sentuh di dewan pameran. - BERNAMA 

Monday, March 18, 2013

Rumpai Laut/ Pure Marine Collagen: Apakah dia Kolagen?




Sekarang  ini semakin ramai yang mengambil pemakanan rumpai laut - pure 

marine collagen (PMC) atau kolagen rumpai laut asli. Sesetengah orang 

menamakannya ibu  kolagen. Masing-masing sudah taksub dengan pemakanan ini 

kerana tertarik dengan  kesan yang dikatakan bagus untuk kesihatan. Tahukah anda 

apakah sebenarnya  kolagen? Apakah kepentingannya kepada tubuh?  Bagi yang 

tidak tahu, di bawah ini ada sedikit penjelasan mengenainya.



.



Apakah Kolagen?

Kolagen ialah sejenis protein. Bersifat seperti fibrus secara semulajadi, ia menyambung dan menyokong tisu tubuh seperti kulit, tulang, tendon (urat tebal), otot dan rawan. Kolagen juga terdapat di bahagian lain tubuh seperti gigi, kornea, tulang, jantung dan organ dalaman penting yang lain.


Berfungsi bersama-sama protein lain seperti elastin, kolagen penting untuk kegunaan menyambung dan menyokong tisu tubuh. Gandingan kolagen dan elastin sangat penting dalam kebanyakan bahagian tubuh bukan sahaja kepada jantung, tulang dan tendon, bahkan saluran darah juga bergantung kepada kedua-dua kolagen dan elastin.

Terdapat lebih 25 jenis kolagen yang terjadi secara semulajadi di dalam tubuh.

Jumlah protein dalam tubuh seseorang dibentuk oleh 25 hingga 35 peratus kolagen.
Sesetengah orang mengibaratkan kolagen sebagai glue (gam) yang menampung struktur tubuh, tanpanya tubuh boleh terurai.

Kolagen bekerja bersama keratin untuk menguatkan kulit, fleksibel dan kenyal.  Semakin berusia, bagaimanapun berlaku kemerosotan (degradasi) kolagen, yang menyebabkan berlakunya kedutan.

Pertambahan usia, ada kaitan dengan kolagen. Bila usia anda semakin tua, pengeluaran kolagen semakin berkurangan, justeru kulit anda mula kehilangan keanjalan.
Daripada usia 25 tahun ke atas, pengeluaran kolagen mula berkurangan dan anda akan dapati kesan garis halus, kedut dan lain-lain tanda penuaan.


(Pengambilan PMC, diharapkan dapat menggantikan kehilangan kolagen semula jadi dalam tubuh. Pengambilannya juga diharap dapat mengekalkan tahap kecergasan, keanjalan kulit dan kekuatan seluruh anggotan tubuh).



Rencana asal dalam bahasa Inggeris.

What is Collagen?
Collagen is a type of protein
.  Fibrous in nature, it connects and supports other bodily tissues, such  as skin, bone, tendons, muscles, and cartilage. Collagen can also be  found in other parts of the body such as teeth, cornea, bone, lungs and  other important internal organs.

By working with other proteins like elastin, collagen connects and supports body tissues. This combination of collagen and elastin is very important in many  parts of the body, including, but not limited to, the lungs, bones, and  tendons. Even the blood vessels rely on both collagen and elastin.

There are more than 25 types of collagens that naturally occur in the body.

Collagen makes up about 25% to 35% of the total amount of proteins in the body.  Some people refer to collagen as the glue that holds the body together.  Without it, the body would, quite literally, fall apart.

Collagen  works with keratin to provide the skin with strength, flexibility, and  resilience. As people age, however, collagen degradation occurs, leading  to wrinkles.

Aging is related to collagen directly. When you age or become older, the collagen production becomes slower. Therefore, your skin begins to lose their elasticity.
From age 25 onwards, collagen production starts to slow down and you'll notice fine lines, wrinkles and other signs of aging.

Saturday, March 16, 2013

Restoran Comel....




Suatu hari, berlangsung majlis Bicara Anjung di Restoran Little Pantry IOI Mall Puchong. Sebaik sampai di muka pintu restoran terpegun juga melihat suasana dalamannya yang dihias seperti gaya di rumah.
Ada sudut untuk kanak-kanak, sudut taman, ruang makan dan sudut bersantai. Bahagian tengah restoran yang menampakkan tiang direka bentuk berasaskan metafora pokok di taman menjadi titik tumpuan.
Tak payah cerita banyak-banyaklah, tengok saja gambar-gambarnya. Yang penting makanan yang dihidangkan memang enak-enak!
Cerita lanjut dalam Majalah Anjung Seri April 2013.

Pintu masuk


                                                                   sudut kanak-kanak

                                                             Nama restoran Little Pantry


                                                         Alahai comelnya hiasan basikal ni~

                                          Tiang yang direka bentuk berasaskan metafora pokok

                          Bilik makan direka bentuk seperti ruang makan di rumah. - untuk mereka yang inginkan suasana privasi.

                                   
                                                     Hiasan dinding  kiut miut!
     
                                 
                                                                     Krew Bicara Anjung

                                                

Friday, February 8, 2013

Rahsia Khasiat Rumpai Laut

Mengandung selepas makan rumpai laut!

Bercakap pasal kolagen rumpai laut asli/pure marine collagen (pmc), ada satu berita baik yang hendak saya kongsi dengan kawan-kawan. Tidak pernah pula terfikir, tingginya khasiat tumbuhan laut ini. Dengan izin Allah, dua wanita yang dikatakan sudah sekian lama menunggu kehadiran cahaya mata, tup tup baru sahaja disahkan mengandung!

Seorang kawan berbisik, "Eh kawan kita tu dah mengandung, dia kata sebab makan rumpai laut tu la. Kawan kepada kawannya juga makan benda alah tu dan juga disahkan mengandung!" Kalau benarlah begitu, Alhamdulillahlah...dengan izin Allah, pemakanan itu memberi kesan yang sangat positif. Pada hal mereka  makan, sekadar untuk penjagaan kesihatan. Tidak pula mereka mahupun kami tahu bahawa khasiatnya sampai ke situ.

Apa pun, seperti yang saya katakan tadi, semuanya dengan izin Allah. DIA yang menggerakkan hati kawan-kawan itu untuk memakan pmc, DIA juga yang menjadikan benda itu bermujarab.

Mengapa kami mengaitkan `kejadian` itu dengan rumpai laut/pmc ialah, kesan ke atas sesetengan perempuan yang memakannya adalah perubahan lumrah kitaran haid. Yang ada masalah pengeluaran tidak lancar, misalnya hanya sehari atau dua hari , bila makan keluar agak normal, iaitu lima hari. Yang kebiasaan warna hitam, bila makan, kemudian keluar warna darah (maksud bersih). Yang dah berhenti haid seminggu, bila makan keluar lagi. Maksud, keluar tak habis, bila makan, ia akan mengeluarkan saki baki, maksud membersihkan bahagian dalaman yang kita tidak nampak.

Kita tunggu cerita-cerita lain mengenai rahsia khasiat kolagen rumpai laut asli/pmc.

Saya memperkenalkan rumpai laut kepada kawan itu. Dia membeli dengan saya, kemudian dikhabarkan dia turut menjual pmc.



Sengaja beli lebih, senang nak beri kawan-kawan kalau mereka nak cuba.  Masak sampai cair, kemudian tapis ke dalam bekas dan masukkan ke dalam peti ais supaya cepat beku, menjadi jeli. Pertanyaan lanjut: 013-03310221







Friday, February 1, 2013

Kesan Rumpai Laut Asli - PMC



Apa kata pengguna lepas makan Rumpai Laut (Pure Marine Collagen  - PMC)

Testimoni  I.
“Kak, rumpai laut memang ada tidak balas ya kalau makan, saya baru sekali makan, terasa pening, lepas tu tiba-tiba datang bulan, pada hal period saya dah seminggu berhenti. Kalau sebelum ini warnanya hitam, tetapi kali ini merah!”  Itu kenyataan salah seorang daripada pengguna yang juga kawan saya. Dia baru saja membeli rumpai laut yang siap dimasak.
Saya memberitahu kawan saya itu, mungkin darah period tak keluar habis. Warna hitam tu menunjukkan darah sangat kotor. Rumpai laut membantu membersihkannya. Kawan saya itu baru saja membeli rumpai laut yang siap dimasak.  


Testimoni II.   Seorang lelaki India, pernah menjadi mangsa kemalangan jalan raya.
“Sh, saya nak beli lagi rumpai laut tu… ada tak?”
“Oh, ada tetapi kena tunggu dulu. Saya bawa yang lain, yang ada ni untuk orang lain, dia nak datang ambil.”
“Bagi saya dululah, saya punya dah habis.”
“Okey.. ambillah. Saya bawa yang lain untuk kawan seorang lagi tu.”
“Bagus kah benda ni dengan you?”
“Baguslah,” ujar Bala.  “Isteri saya pun makan juga.”
“Bagaimana kesan yang terasa?”
“Okey la, rasa letih lesu, rasa berat badan dan urat tegang hilang.  Isteri saya ada masalah datang bulan. Dulu, datang dua tiga hari saja… bila makan rumpai laut ni, keluar lama sedikit, hingga lima enam hari,” ceritanya.
·         Jika  darah kotor tidak keluar habis, saki baki yang tertinggal setiap bulan akan berkumpul, lama kelamaan bertukar menjadi ketulan atau ketumbuhan.  Kalau begitu eloklah makan rumpai laut jika ia dapat menghalang  daripada masalah itu.

Monday, January 14, 2013

Rumpai Laut (PMC) - Panggilan Ucapan Terima Kasih!



Biarpun tiada seorang pun meletakkan komen pada tajuk mengenai kesan pengambilan rumpai laut@ Pure Marin Collagen (PMC) yang saya tulis, saya percaya ramai yang membacanya. Saya telah memberikan maklumat daripada pengalaman sendiri, jadi mereka yang ingi mencuba atau sedang mengambilnya bolehlah membandingkan apa yang mereka rasa dengan apa yang saya rasa.

Siang tadi saya menerima satu panggilan telefon daripada seorang lelaki dari Tawau, Sabah...dengan merujuk kepada tajuk catatan saya mengenai rumpai laut dalam blog ini, dia mengucapkan terima kasih. Pada mulanya hairan juga saya... katanya, "terima kerana menulis mengenai kesan pengambilan rumpai laut." Menurutnya, apa yang saya rasa - sama dengan apa yang dia rasa terutama bab kurang enak dalam perut, seakan terkena gastrik menyebabkan dia juga hampir ingin berhenti daripada mengambilnya.

Setelah terbaca catatan saya itu, katanya barulah dia faham bahawa ia adalah kesan tindak balas daripada pemakanan berkenaan. Sekali gus membuatkan dia mahu meneruskan semula pengambilan, cuma saya menasihatkan kepada pemanggil itu agar mengurangkan kadar pengambilan jika tidak tahan dengan kesan tindak balasnya.

Menurutnya lagi, dia juga cuba mengamalkan petua minum susu atau makan benda berserat seperti oat selepas mengambil rumpai laut seperti yang disarankan oleh kawan saya, katanya: "Memang betul, amalan itu menjadi, bila saya minum susu selepas makan (rumpai laut), kurang sikit rasa sakit atau berangin dalam perut."

Saya memberitahu pemanggil itu, jika ada tindak balas, bermaksud sesuatu yang positif kerana ia sedang berusaha untuk `membaiki' apa-apa yang bermasalah dalam diri kita.


Wallahualam...




Sunday, January 6, 2013

Rumpai Laut (PMC), Panik dengan Kesan Awal


Rumpai Laut Asli@Ibu Kolagen@Pure Marine Collagen (PM). PANIK DENGAN KESAN AWAL


Selepas sebulan mengamalkan makan rumpai laut asli warna ungu yang disebut sebagai kolagen atau ibu kolagen atau dalam bahasa ringkasnya disebut PMC (Pure Marine Collagen) banyaklah kesan yang dirasai. Selain kesan-kesan positif yang saya sebutkan mengenai penegangan kulit dan wajah serta meringankan tubuh daripada sakit-sakit sendi dan urat tegang, terdapat juga kesan yang sedikit mengganggu keselesaan. Biasalah kata orang apabila mengambil makanan yang memberi kesan detox, akan adalah tindak balas ke atas diri si pemakan. Hakikatnya kesan tindak balas inilah yang digeruni oleh saya menyebabkan tidak berani untuk makan pemakanan kesihatan atau ubat-ubat tradisional sejak dulu. Namun apabila umur sudah semakin meningkat kita tidak dapat lari daripada teringin mencuba sementelah keadaan badan pun sudah kian beragam.

Berbalik kepada kisah saya makan rumpai laut asli ibu kolagen ni, mula-mula dalam seminggu okey kecuali cepat lapar dan tekak kering, apabila masuk minggu kedua terasa berdenyut dan menyucuk di bahagian dada.. itu saya sudah ceritakan sebelum ini iaitu disebabkan faktor proses penegangan. Ini saya boleh tahan lagi tetapi bila dalam perut terasa pedih dan menyucuk dan keluar angin banyak menerusi mulut-kadang berterusan beberapa ketika, mulalah terasa risau. Adakah saya ni sudah diserang gastrik? Ini kerana apabila selidik di internet, saya dapati seakan tanda gastrik atau ulser. Disebut bahawa sakit bila perut kosong itu adalah gastrik tetapi apabila sakit perut selepas makan itu adalah ulser. Anda tentu tahu kan yang ulser boleh membawa kepada kanser. Wah bukan main panik lagi saya. Lantas mengambil keputusan untuk berhenti selepas makan sebulan lebih. Saya mengumumkan ini di laman Fb  dengan harapan ada sesiapa yang sudi memberi komen/ulasan. Maklumat testimoni daripada orang lain yang pernah makan sangat perlu untuk memberi keyakinan kepada saya mengenai baik buruk benda ini.

Satu lagi sebab saya berhenti juga adalah atas nasihat seorang kawan, katanya berhentilah dulu sekejap. Kalau terlalu banyak makan berpanjangan juga jadi tidak elok. Masalah bila sepatutnya berhenti? Saya teringat satu maklumat yang dibaca bahawa rumpai laut asli ini mengandungi iodine - jika diambil dalam jumlah banyak boleh menyebabkan keracunan. Suami berkata, sewaktu dia ditahan lama dahulu, ada seorang pesakit yang dikesan mempunyai terlebih kandungan iodine di dalam badan. Akibat daripada itu badannya jadi hitam seperti hangus/kesan terbakar. Oh tidak, takutnya bisik hati. Adakah iodine sudah banyak dalam badan, adakan sakit perut itu disebabkan kesan iodine yang telah menghakis dinding perut.

Dalam pada seribu persoalan timbul di benak, mujurlah seorang kawan saya memberi komen pada posting saya itu, katanya eloklah diteruskan makan untuk kebaikan tubuh dan jangan berhenti terus. Menurutnya rumpai laut memberi tindak balas secara biologi ke atas tubuh. Saya kurang faham sebenarnya ayat ini. Lantas saya pm dia dan kami berchatting panjang. Hasilnya saya mendapat maklumat yang sangat penting. Katanya, memang ada kesan tindak balas bila kita makan. Itu adalah perkara biasa. Bila melalui rasa tidak selesa bermakna sudah ada kesan positif, kesan tindak balas itu menunjukkan rawatan ke atas bahagian-bahagian tertentu sedang aktif.

“Saya juga mengalami kesan yang sama. Cepat lapar, tekak kering dan selalu dahaga. Bila saya beritahu anak, dia berkata memanglah kalau makan kolagen akan terasa begitu. Anak saya di bidang sains, jadi dia  tahulah..,” ujar kawan saya itu. Jadi katanya, kena minum banyak air. Selepas makan kolagen, minum susu skim atau ambil makanan berserat seperti oat dan buah-buahan untuk mengurangkan rasa cepat lapar atau sakit perut.

Kata kawan itu: “Baru-baru makan dulu saya pun pelik, mengapalah cepat, lapar dan haus, mengapalah perut pedih, menyucuk-nyucuk? Hakikatnya yang sakit pedih-pedih dalam perut itu adalah tidak balas detox, maksud ia sedang bekerja untuk membersihkan segala yang telah tepu dan melekat pada dinding usus kita. Membuang pun jadi lawas. Ada ketika akan keluar ketulan-ketulan bulat kecil warna gelap bersama najis.. itu adalah bahan yang dihakis daripada dinding usus. Ia keluar menerusi najis dalam bentuk begitu. Lama kelamaan, apabila usus sudah bersih, tak rasa sakit perit atau menyucuk-menyucuk lagi,” jelas kawan saya itu.

Bagimanapun dia juga mengingatkan kalau sudah ada kesan positif ke atas tubuh dan kesihatan badan secara keseluruhan, eloklah dikurangkan kekerapan pengambilan. Kalau pada peringkat awal diambil setiap hari pagi dan malam, kurangkan menjadi sekali sehari.. kemudian selang dua atau tiga atau empat hari sekali.
“Bila sudah betul-betul berkesan ke atas kesihatan, doktor saya juga menasihat berhenti mengambil sesuatu jenis kolagen dan gantikan dengan jenis kolagen lain pula. Misalnya saya makan kolagen rumpai laut jenis pil dari Jepun, selepas habis tiga bekas kolagen rumpai laut, saya gantikan denga kolagen soya. Ini katanya untuk mengelakkan bahan tidak elok berkumpul banyak dalam badan yang boleh menyebabkan risiko lain pula,” ujarnya.

Rupa-rupanya kawan saya itu sudah lama mengambil pemakanan kesihatan yang ajaib ini.  Punca yang menyebabkan dia mengambil kolagen rumpai laut katanya, ialah pada suatu ketika dulu sewaktu mengajar budak-budak bersenam lututnya kaku, hampir dibedah oleh doktor. Namun dia mencari alternatif lain dan seorang kakak memberitahunya agar mengambil pemakanan semula jadi seperti rumpai laut yang dikatakan sangat baik untuk penyakit sendi. Alhamdulillah katanya, kerana rajin makan, lututnya kembali normal dan tidak jadi dibedah. Kerana itu juga dia terus dengan pemakanan rumpai laut jenis pil itu.

“Selain kulit tegang, tak sakit-sakit sendi, lawas membuang dan rasa sihat , rambut pun semakin lebat, macam orang muda. Cepat panjang!” Begitulah ulasan panjang lebar daripada kawan saya itu yang akhirnya meyakinkan saya untuk meneruskan pengambilannya secara yang diajar oleh kawan saya itu. (Mula-mula makan setiap hari, bila dah nampak kesan positif seperti dikehendaki, jarangkan kekerapan makan sedikit demi sedikit dan seterusnya bertukar kepada jenis kolagen lain, beberapa ketika sebelum kembali kepada jenis berkenaan).
Selain itu juga menurutnya, dia juga mengamalkan makan nasi atau sup yang dicampurkan dengan rumpai laut. Budak-budak Tadika di sekolah saya, kebanyakannya Cina.. mereka disediakan makanan nasi dan sup yang dicampurkan rumpai laut dari Jepun, yang warna hijau halus-halus seperti yang kita lihat pada makanan shushi tu.. Sebab itu kulit mereka licin, putih dan halus, tambahnya.

 Wah lama juga kami berchatting. Dia mengakhiri perbualan dengan bertanyakan mengenai jenis rumpai laut asli yang saya makan, katanya dia pun nak cuba jenis rumpai laut asli warna ungu dari Semporna pula.
“You simpan untuk saya ya, yang sudah dimasak dan yang belum dimasak, nanti saya datang ambil,” katanya.

Wah saya berterima kasih kepada rakan saya itu – dia ialah bekas rakan sekuliah saya sewaktu di UiTM, Shah Alam. No wonder, saya nampak wajahnya muda dan berseri-seri dalam gambar FBnya. Sekarang terbongkar sudah rahsia yang selama ini ingin saya ketahui… adakah itu gambar lama atau gambar terkini? Apakah yang dia makan yang menyebabkan wajahnya bersih bersinar? Rupa-rupanya kerana rajin makan rumpai laut!