Thursday, March 21, 2013

Sejenak di istana


Kunjungan ke Istana Kota Beram, Pekan Pahang yang kini dijadikan muzium, tunggukan ceritanya ya!


                                                  













PEKAN: Muzium perlu diubah suai mengikut peredaran masa supaya cara penyampaian dan bahan yang dipamerkan dapat menarik pengunjung untuk terus datang, titah Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah.

Titah baginda, pengubahsuaian itu perlu kerana muzium adalah tempat yang sesuai bagi mengkaji sesuatu sejarah bangsa dan negara, sekali gus dapat melahirkan bangsa yang bertamadun serta mewujudkan budaya tinggi dalam masyarakat. 
"Pelbagai bahan ilmiah seperti tulisan, artifak dan sejarah lama yang boleh dikaji khususnya oleh pelajar sekolah dan penuntut pengajian tinggi. 


"Beta percaya, pengubahsuaian ini mampu menjadi sebagai pusat sumber terhadap penyelidik, pelancong dan para pelajar mengkaji sesuatu sejarah negeri ini," titah baginda pada majlis perasmian penjenamaan Muzium Sultan Abu Bakar di sini, hari ini.

Sultan Ahmad Shah bertitah, penjenamaan Muzium Sultan Abu Bakar bakal memberi suasana baru dalam melihat pelbagai artifak yang terdapat di situ.

Titah baginda, bangunan tersebut bukan sahaja melalui proses pengubahsuaian tetapi juga kawasan persekitaran indah menjadi faktor penarik pengunjung ke muzium berkenaan.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER), Muzium Sultan Abu Bakar yang dibina pada 1888, adalah kediaman British yang pertama di Pahang dan pernah digunakan sebagai markas tentera Jepun ketika Perang Dunia Kedua, seterusnya dijadikan istana Almarhum Sultan Abu Bakar sebelum menjadi sebuah muzium negeri pada 1976.
Muzium yang sudah lama terkenal sebagai satu daripada destinasi pelancongan utama di Pekan itu ditutup buat sementara sejak 2005 bagi kerja pemuliharaan dan renovasi yang dilihat memberi kesan kepada kedatangan pelancong ke Pekan yang merosot kepada 16,000 orang tahun 2009 berbanding 56,000 orang tahun 2007.

Pelancaran penjenamaan semula muzium itu oleh Sultan Pahang menandakan pembukaan semula muzium tersebut secara rasmi selepas menjalani kerja menaik taraf dan membaik pulih selama setahun dengan kos RM16 juta yang dijalankan oleh ECER dengan kerjasama kerajaan negeri Pahang.

Muzium yang baru diubah suai itu mengetengahkan konsep 'Taman Intelektual' yang turut memperkenalkan penggunaan teknologi moden seperti paparan skrin sentuh di dewan pameran. - BERNAMA 

No comments:

Post a Comment