Wednesday, August 25, 2010

Panduan,,,,

Terjumpa artikel kat fb.... penulisny minta berkongsi info ngan semua


Mandi Junub

by Azarudin Bocheh on Thursday, August 5, 2010 at 11:36am
Telah dipastikan bahawa terdapat terlalu ramai dari kita yang tidak sah mandi wajibnya...saya kongsikan artikel ini untuk semuanya...sila share atau copy di blog masing-masing..terima kasih-azarudin bocheh.

Assalamualaikum,
Berkongsi sedikit ilmu… dari JAKIM.

Mandi wajib yg betul…..
Mandi wajib merupakan perkataan yang mudah disebut, tetapi jangan terkejut jika dikatakan banyak umat Islam di tanahair kita yang tidak sah mandi wajibnya kerana tidak melakukannya dengan betul.

Untuk melakukan mandi wajib yang betul, seseorang itu tidak boleh melakukannya dengan hanya mandi secara berdiri atau duduk mencangkung sahaja. Sebaliknya, ia mesti dilakukan dalam kedua2 keadaan bagi membolehkan seseorang itu meratakan air ke seluruh anggota badannya yang zahir.

Penolong Pengarah Bahagian Dakwah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Uztaz Haji Mat Jais Kamos, 49, menegaskan, bagaimanapun, berdasarkan pengalamannya sebagai bekas kadi di Pejabat Agama Islam Gombak Timur dan penceramah, didapati banyak umat Islam yang tidak mengetahui perkara ini.

“Akibatnya, mandi majibnya menjadi tidak sah kerana tidak memenuhi salah satu rukun mandi wajib iaitu meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir. Apabila mandi wajib tidak sah, ibadat yang dilakukan oleh seseorang itu juga turut tidak sah. Itulah akibatnya jika tidak melakukan mandi wajib dengan betul,” tegas beliau ketika ditemui di rumahnya di Taman Sri Keramat Kuala Lumpur .

Mandi wajib yang juga sebagai mandi junub atau janabah tidak boleh dipandang ringan oleh umat islam. Setiap orang yang mlakukannya mestilah mengetahui dan memenuhi rukun2nya. Jika tidak mandi wajib seseorang itu tidak akan sah.
Rukun mandi wajib ada 3 perkara. Pertama, niat. Kedua , menghilangkan najis di badan.Ketiga , meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir.
Niat mandi wajib: “Sahaja aku mengangkat hasar besar kerana Allah Taala.”
Atau ” Sahaja aku mandi wajib kerana Allah Taala.”

Niat itu di dalam hati dan ia hendaklah disertakan ketika air sampai ke mana2 bahagian anggota badan.
Bagi perempuan yang habis haid, niat mandi wajib ialah: ” Sahaja aku mengangkat hadas haid kerana Allah Taala.” Manakala bagi perempuan yang habis nifas, niat mandi wajibnya ialah: ” Sahaja aku mengangkat hadas nifas kerana Allah Taala”.

Niat itu jika dilambatkan atau ketika seseorang itu memulakannya selepas dia telah membasuh salah 1 anggota badannya akan menjadikan mandi wajibnya tidak sah. Oleh itu dia mestilah memulakan kembali niatnya ketika dia mula menyampaikan air keseluruh anggota badannya. Sekiranya dia berniat sebelum air sampai ke badan, niat itu juga tidak sah. Oleh itu mandi wajibnya tidak sah.

Mengenai rukun mandi wajib yang ke2, iaitu menghilangkan najis yang ada pada badan , menurut Ustaz Haji Mat Jais, menurut Imam Nawawi, jika kita ada najis di badan, najis itu boleh dibasuh serentak dengan mandi wajib. Ertinya membasuh najis dengan mandi itu boleh disekalikan.

Sementara rukun mandi wajib yang ke3, iaitu meratakan air ke seluruh anggota badan yang zahir , meliputi kulit, rambut dan bulu yang ada di badan, sama ada bulu2 yang jarang atau lebat. Jika rambut seseorang itu ditocang atau disanggul, sekiranya tidak sampai air ke dalamnya, tocang atau sanggul itu wajiblah dibuka. Bulu2 dalam lubang hidung pula, tidak wajib dibasuh kerana dianggap batin. Tetapi sekiranya, bulu2 di dalam hidung itu bernajis, ia wajiblah dibasuh.

Mengenai kuku pula, jika di dalam kuku ada kotoran yg boleh menghalang sampai air ke badan khususnya di bahagian bawah kuku, kotoran itu wajiblah dibuang. Membuang kotoran di dalam kuku itu pula boleh dilakukan ketika sedang mandi.

Tentang rambut yg diwarnakan pula selain inai, inilah yang merumitnya. Sebenarnya jika rambut seseorang itu diwarnakan dengan pewarna selain inai, mandi wajib seseorang itu tidak sah. Oleh itu, seseorang yang mewarnakan rambutnya dengan pewarna selain inai, jika dia hendak mandi wajib, dia mestilah membuang pewarna pada rambutnya terlebih dahulu. Tetapi untuk membuang pewarna itu pula bagaimana?..
Inilah yang rumitnya. Sedangkan pewarna pada rambut itu sebenarnya tidak boleh dibuang begitu mudah.

Yang menyebabkan mandi wajib orang yang menggunakan pewarna pada rambutnya tidak sah kerana pewarna itu akan menyalut rambutnya yang menghalang air sampai ke rambut. Ini berbeza dengan inai. Inai sebenarnya akan meresap ke rambut, tetapi pewarna pula akan menyalut rambut menyebabkan air terhalang ke rambut.

Tetapi dalam hal ini, jangan pula ada yang salah faham. Sebenarnya pewarna itu jika dikeluarkan sijil halal oleh JAKIM dan sekiranya pewarna itu tidak bernajis, bukanlah bermaksud menjadi tidak sah. Dalam hal ini, sukalah saya menyatakan bahawa sembahyang dan mandi wajib itu berbeza. Jadi, mestilah dipandang dari sudut yg berbeza.

Dalam hal ini juga, sukalah saya menyatakan, huraian mengenai rukun mandi wajib seperti yang telah saya nyatakan ini adalah merupakan perbezaan sah atau tidak mandi wajib. Jadi, ia perlulah diberikan perhatian yang lebih oleh umat Islam.

Mengenai sebab2 seseorang itu wajib mandi wajib pula, Ustaz Haji Mat Jais menegaskan, sebab2nya terdiri daripada 6 sebab. 3 sebab melibatkan lelaki dan perempuan iaitu kerana bersetubuh walaupun tidak keluar air mani, keluar air mani dan mati. Manakala 3 sebab lagi hanya melibatkan kaum perempuan sahaja, iaitu keluar darah haid, nifas dan melahirkan anak(wiladah) .

Mandi wajib boleh dilakukan di mana2 dengan menggunakan air mutlak sama ada air telaga, air paip, sungai laut dan tasik.
Bagi pasangan suami isteri yang bersetubuh pula, mereka tidak semestinya mandi selepas bersetubuh, tetapi diwajibkan mandi ketika ingin beribadat.

Selepas bersetubuh pula, jika ia dilakukan pada waktu malam, jika tidak mahu mandi wajib, seelok2nya ambillah wuduk sebelum tidur itu adalah sunat, manakala tidak berwuduk sebelum tidur adalah makruh.

Panduan Tambahan
1. Agar wajah selalu segar, berseri-seri dan cantik, cucilah minima 5 kali sehari dengan air wudhu. Jangan langsung dikeringkan, biarkan menitis dan kering sendiri. Lalu ambillah sajadah, shalat, berdzikir, dan berdo’a.

2. Untuk menghilangkan stress, perbanyaklah ‘olahraga’. Cukup dengan memperbanyakkan solat. Ketika solat, kita mengerakkan seluruh tubuh. Lalu berkonsultasilah pada Allah SWT dengan dzikir dan do’a.

3. Untuk pelembab, agar awet muda, gunakanlah senyuman. Tidak hanya di bibir tapi juga di hati. Jangan lupa bisikkan ‘kata kunci’, “Allahuma Kamma Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii” (Ya Allah sebagaimana engkau telah memperindah kejadianku, maka perindah pula akhlaqku).
(HR Ahmad).- ( DOA TENGOK CERMIN ).

4. Untuk punya bibir cantik, bisikkan kalimat-kalimat Allah, tidak berbohong atau menyakiti hati orang lain, tidak menyombongkan diri atau takbur.

5. Agar tubuh langsing, mulus, diet yang teratur dengan berpuasa seminggu 2 kali, Isnin dan Khamis. Jika kuat, lebih bagus lagi puasa Nabi Daud AS i.e. selang satu hari. Makanlah makanan halal, perbanyak sayuran, buah-buahan, dan air putih.

6. Untuk mengembangkan diri, sebarkan salam dan sapaan. Dengan demikian kita akan banyak dikenal dan disayangi.

Rahsia 13
Inilah dia rahsia as-solat, sebagai peringatan bagi yang sudah tahu atau panduan bagi yang baru tahu……


1. Niat Sembahyang Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.
2. Berdiri Betul Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.
3. Takbir-ratul Ihram Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.
4. Fatihah Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.
5. Ruqu’ Sebagai tikar kita di dalam kubur.
6. I’tidal Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika di dalam kubur.
7. Sujud Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.
8. Duduk antara 2 Sujud Akan menaung panji-panji nabi kita di dalam kubur.
9. Duduk antara 2 Sujud (akhir) Menjadi kenderaan ketika kita di padang Mahsyar.
10.Tahhiyat Akhir Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur.
11.Selawat Nabi Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.
12.Salam Memelihara kita di dalam kubur.
13.Tertib Akan pertemuan kita dengan Allah S.W.T.

Dari Abdullah bin ‘Amr R. A., Rasulullah S. A. W.bersabda : “Senarai di atas adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi / Kafir tidak sukakan angka 13 dan juga Hari Jumaat. Itulah sebab mengapa mereka mencipta cerita yang begitu seram sekali iaitu ” FRIDAY the 13th ” jika ada di kalangan kamu yang perasan!!!”
Wassalam.


“Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat…” Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafa’at kepada manusia lain…

Saturday, August 14, 2010

Malam Gala Jelita


Jumaat dua minggu lepas, menyelitkan diri ke majlis Gala Penghias Gambar Kulit majalah Jelita.. khabarnya ada satu meja yang tidak terjual, maka staff dijemput untuk memeriahkan majlis itu. Tema pakaian pada malam itu ialah hitam, merah dan putih. Maka masing-masing pun melaramlah dengan pakaian mengikut tema. Saya tidak ada masalah untuk mendapat pakaian kerana ada beberapa baju warna hitam dan merah, apa lagi putih. Jadi taklah sampai pergi membeli baru sema-mata untuk menyertai majlis yang meriah itu. Apa tak meriahnya, maklumlah dihadiri oleh artis-artis penghias gambar kulit seperti Erra Fazira, Sarimah Ibrahim, Datin Paduka Ummie Aida, Datin Ziela Jalil dan beberapa lagi, mereka menggayakan pakaian rekaan pereka fesyen tempatan, yang cantik-cantik belaka. Deme kat atas, nak bergaya seperti artis jugaklah konon...


Bergaya lagi... terima kasih kepada Shila (dua dari kiri) kerana beri gambar ini... Kamera saya tak ada bateri pada malam itu, jadi tak dapat nak merakam gambar artis yang cun melecun. Nanti kalau dapat, dari kawan-kawan, saya postkan kan blog ini. Dema artis melaram dengan barangan kemas tajaan Raflessia tetapi kome pakai ajelah rantai apa-apa aje. Saya pakai tudung putih, baju hitam, seluar merah, nampak biasa-biasa saja kan?


Terselit di belakang sekali. Nasib baiklah tidak terlindung terus oleh Ira (depan sekali) dan Faridah (tengah). Hu hu...

Thursday, August 5, 2010

Tak kering Gusi tonton Cuci The Musical 2

Poster Cuci The Musical 2

Tiga watak utama, dari kiri: Nabil, Hans Isaac, Afdlin, Awie

Iliyana and the gang- krew setting pentas... Iliyana ni belajar penulisan kreatif di ASWARA, dah tamat Diploma, bukannya nak menulis, pergi pula ikut kawan-kawan involve dalam produksi teatet. Si Dia cukup marah Iliyana ikut kawan-kawan buat kerja tu.. tapi kerana nakkan bayaran beribu ringgit untuk keseluruhan show, sambil sesekali muncul jadi pelakon tambahan, sanggup dia kerja, balik lewat malam. Hmm peringkat degree nanti akan pastikan dia ambil kursus lain pulak.

Kelmarin (2 hb 2010).

Sedang asyik bekerja di pejabat, tiba-tiba dapat panggilan daripada Iliyana: "Mama, ada tiket 2 untuk Cuci ( Cuci The Musical 2)"... tahulah saya, yang Iliyana ingin menghadiahkan tiket free untuk menonton teater berkenaan yang sedang berlangsung di Istana Budaya. Teringin jugalah menonton, maklumlah orang kata cerita tu best. Kebetulan Iliyana sedang kerja sambilan di Istana Budaya bahagian set pentas, dan setiap krew dihadiahkan dua tiket percuma untuk diberi kepada ahli keluarga atau kawan terdekat.

"Siapa pula nak teman ya?" Bisik hati saya. Si Dia ada kelas pada malam itu. Lagi pun dia tak minat tengok teater. Puaslah saya ajak kawan-kawan. Si Zurin sakit perut, Ray pula tolak sebab beritahu last minute dan Ira tak minat teater. Tak ada siapa dah nak diajak.. Dipendekkan cerita sebab semua tak nak pergi, saya pun ambil keputusan pergi sendirian. Lagi pun, kalau balik tak ada siapa kat rumah sebab Si Dia mesti balik lambat kalau dah ada kelas. Kalau beli tiket mahal, berpuluh ringgit, untunglah juga dpt tiket percuma... kalau kena bayar, memang saya tak akan pergi, kecuali kalau takat RM10..

Kali ini saya nak tonton life, Awie, Hans Isac, Afdlin Shauki dan Nabil (watak utama) serta Vanida Imran. Si Vanida Imran ni pernah satu kelas dengan saya belajar jahit manik dengan Radzwan Radziwill. Ketika itu, saya tengok muka dia biasa saja, kulit pun gelap sikit... tetapi tidak lama selepas tu, saya terjumpa lagi dia dan mata saya tak berkelip tengok, "cantiknya dia". Dengan bibir sejemput dan hidung comel, kulit pun cerah. Mungkin hari itu dia dimekap cantik kerana ada sesi fotongrafi, bisik hati saya. Tapi selepas itu saya tengok wajah cantiknya kekal, pandang tak puas. Sewaktu dia masuk program realiti Sehati Berdansa, perawakannya pun sudah cantik seperti sekrang. (Lari topik pulak sikit)..

Berbalik pada teater tadi. Dengan lone ranger saya sampai juga ke Istana Budaya (IB), terus ke surau solat. "Ramainya orang. Ini mungkin, semua nak gi tonton Cuci. Tak pun staff," fikir saya. Kemudian terus ke kaunter tiket. Tanya petugas di situ, atas nama Iliyana, alamak tak ada pula ... saya gelabah. Tengok di situ ada tanda `tiket sudah habis;' Seorang demi seorang datang beli tiket untuk hari-hari berikutnya.

`Dia tak ada tinggal apa-apa di sini, saya tak dapat tolong, telefonlah dia untuk confirm,' ujar petugas di situ. Macam mana ni? Si Dia tak sempat bayar telefon, saya tak dapat call out. Saya pun berlalu, sambil melihat sekeliling, ramainya orang... wah kiranya hebatlah sambutan teater ni. Tak sabar nak tengok. Tapi macam mana nak hubung Iliyana. Ke hulu ke hilir saya berjalan, cari mangsa nak pinjam telefon.

"Telefon awam ada, tapi semua rosak!" ujar seorang petugas dalam loghat Indon. Lagaknya seperti jaga.

Saya tengok telefon. ada mesej. "Call adik." Hemm ini mesti, sama ada tak ada tiket atau tiket pada dia, bisik hati saya. Kemudian ternampak pula seorang wanita muda berbaju seragam, kelihatannya seperti staff, IB. Manis aje dia.

"Dik, kat mana tempat budak-budak krew? Saya nak jumpa anak, nak tanya pasal tiket."

"Oh tempat mereka tak boleh masuk!" jawabnya. Mujurlah dia sudi minjam telefon bimbitnya, dapatlah hubungi Iliyana. Rupa-rupanya memang dia pegang tiket tu. Akhrinya dapatlah saya masuk.

Apabila persembahan bermula puas saya telek wajah heroin, yang bernama CT Jasmin (C J) di atas pentas, rupa-rupanya dialah Vanida Imran. Berlakon sambil menyanyi dan menari. Dia memang tidak kekok melakonkan watak sedemikian. Persembahan dari 8.30 pm hingga 12.30, am itu memanglah menghiburkan. Pendek kata tak kering gusilah mereka ketawa, termasuk saya. Saya ni, selalu susah juga nak ketawa kalau tak benar-benar lucu. Keempat-empat watak tadi memang lucu habis, begitu juga Harits Iskandar watak antagonis dlm cerita itu.

Ulasan lanjut persembahan, baca saja article di bawah:

Its side-splitting dialogue and amusing actions outshine the musical aspect of the production, providing audiences with plenty to laugh about from start to finish.

Now running at Istana Budaya un til Aug 10, the tremendously funny cast led by funnymen Afdlin Shauki and Nabil, gives audience countless laughs, making it feel more like a co medic performance than a musical.

The musical revolves around four ad opted brothers Fairil, Khai, C' Tan and Jojo who work together in their small family business Cuci-Cuci Services (M) Sdn Bhd. They move from their kam­pung to the city where they become window cleaners with dreams of one day making the windows of Petronas Twin Towers sparkle.

When they get a chance to join the Window Washing Olympics, the four some is ecstatic to get closer to the dream. Headed by Citi Jasmin or CJ and her assistant Jessie, the band of brothers go all out to battle with their competition Wira Maju, whose owner is CJ's boyfriend Wira.

Comedy reigned throughout the three-and-a-half hour performance. Some of the musical numbers were catchy, especially those sung by rock er Awie.

Malaysian idol Jaclyn Victor on the other hand, didn't get to show her singing prowess much with her small-time role Jessie. For those who did not catch the musical last year, you may be surprised by Afdlin Shauki's pleas ing voice.

Afdlin's alter-ego Fairil was also one of the more entertaining charac ters in the musical. The experi enced comedian gave the audi ence a fair share of laughs as the leader of the pack. His humour ous persona was infectious and delightful and often stole the limelight away from other actors.

Another pleasant sur prise was Awie, who portrayed the sensi tive romantic Jojo so well, one could forget that he's been a rocker for many years now. Well-known for his skill in making delicious pisang goreng, his unique talents got him the attention of the young Jessie, who is bent on getting married to a guy who makes the traditional snack.

Newcomer to the gang, Nabil, who plays the mischievous C'Tan climbs up a notch from his Raja Lawak days. Getting into his role completely, the comedian had the audience in stitch es at his comical antics.

Funnyman Harith Iskandar contin ues to do what he does best with the musical comedy. The unscrupulous big boss of Wira Maju is the winner of Window Washing Olympics numer ous times - and shows his wicked ness with zest and credibility.

His partner and long-time friend Hans Isaac - director and creator of the show - played the part of Khai, the blunt brother who ends up falling in love with Citi Jasmin or CJ (Vanida Imran). As leads from both camps, the actors play their roles sufficiently, with their best scene comprising of them having a heart-to-heart talk high up on a gondola.

Writer, journalist and now actor Re hman Rashid plays the part of a dig nified Tan Sri with quiet confidence while rapper Reefa gave his many small roles, including restaurant man ager, Pos Malaysia delivery boy and sports commentator a whole lot of character. Although the music from Douglas Lim and Pacai doesn't stand out, the choreography, led by Pat Ibrahim, is engaging. The backdrops are realistic and colourful. The first act was packed with powerful punch lines and multi-layered jokes while the second act went on for a bit too long.

Cuci The Musical 2 is value for mon ey as long as you are not expecting a traditional musical extravaganza.

Call 03-41498600 or visit www.ticket2u.biz for ticketing details.

Petikan dpd rencana:

Clean, simple jokes worked!

ANU VENUGOPAL - The Malay Mail

Friday, July 30, 2010

pelan pilihan


Nak bina rumah di kampung,
berangan-angan dengan reka bentuk Inggeris, kotej dan country seperti di bawah. Sesiapa yang sedang mencari idea reka bentuk rumah, bolehlah tiru mana yang berkenan di bawah ni....

Ceritanya, ayah sudah pun selesai membersihkan kawasan rumah di kampung, semua pokok yang ada di halaman sudah ditebang untuk memberi ruang bagi membina rumah baru.
Tak sabar dia nak tengok rumah baru tersergam di tanah miliknya di kampung. Saya pula diserahkan tanggungjawab untuk membinanya, dengan alasan "kalau ayah dah tak ada nanti, mu duduklah di rumah tu."

Hmm... siapa yang tak nak bina rumah besar dan cantik macam ni, siap dengan lanskap bagai, masalahnya `yang tu tu' .... kalau terlebih ada, apa gaya pun boleh dibina.



Yang ini, dua rumah serupa bentuk, bersambung oleh bumbung di tengah
Setakat sebiji mungkin boleh, dua biji tak tentu lagi.



Dikemasi batu bertekstur di bahagian depan.

Daripada kayu bercat hijau/

Juga daripada kayu, menampilkan kelainan menerusi bentuk patio berpagar di bahagian depan rumah.

Berdindingkan batu bata coklat, dan batu beragam warna. Seakan latarkan salji

Ini pula bertangga di bahagian hadapan. Cantik juga ek.

Yang ini juga bertangga di depan, dihiasi bumbung kecil bertingkap di bahagian depan bumbung utama . Sesuai gak dengan gaya desa. Berkenan yang mana?

Monday, July 12, 2010

Mek Mulong VS Mak Yong

Permaisuri (tengah), puteri dan putera raja di dalam Mak Yong. Selendang jaring menutupi bahu dan dada serta hiasan di kepala seperti ini juga menjadi trademark penari Mak Yong.


Penari Mek Mulong sekadar berkebaya labuh dan berselendang.

Tarian pembukaan Mek Mulong

Putera Cahaya Bulan dan Puteri Nang Mara

Aksi tiga watak pelawak ini menggeletek hati penonton.

Gergasi dan salah seorang pesuruhnya sedang berusaha untuk menculik Puteri Nang Mara.

Tamat persembahan, pelakon memperkenalkan jurulatih Mek Mulong kepada penonton.

Selepas teruja menonton teater Mak Yong yang turut disertai Iliyana, saya terpanggil pula untuk menonton satu lagi persembahan teater, Mek Mulong yang dikatakan mempunyai persamaan dengan Mak Yong.

Didorong oleh rasa ingin tahu mengenai perbezaannya, saya berazam untuk tidak ketinggalan menonton teater Mek Mulong. Terdengar sahaja daripada mulut Iliyana yang teater itu akan dipentaskan di Aswara, saya awal-awal lagi memberitahunya nak ikut menonton.

Si Dia, apabila diajak awal-awal lagi menggelengkan kepala, tak minat bab kegiatan seni persembahan. “Tak nak pergi tak apa, tinggallah awak kat rumah. Saya ikut budak-budak pergi,” bisik hati saya.

Bagi saya rugi kalau tak pergi melihat, bila lagi nak tonton dan mengenali seni persembahan tradisional kita. Kerana itu tahun terakhir Iliyana di Asrawa, saya mesti ambil peluang menonton. Sekurang-kurang kalau orang sebut Mek Mulong, tahulah saya apa dia.

Pementasan malam itu, membabitkan pelajar tahun satu Ijazah Sarjana Muda Aswara untuk projek penilaian akhir. Setelah menonton, saya dapati memang benar ada persamaaan dari segi gaya persembahan Mak Yong dengan Mek Mulung iaitu masing-masing menggabungkan persembahan tarian dan lakonan. Perbezaan ketara ialah dari segi;

· Mak Yong dipersembahkan dalam loghat negeri Cik Siti Wang Kembang (Kelantan) manakala Mek Mulong mirip loghat, Kedah.

· Penari Mak Yong memakai pakaian tarian di istana, indah bergemerlapan dengan hiasan di atas kepala manakala penari Mek Mulung sekadar memakai baju kebaya pelbagai warna dan berselendang.

· Tarian Mak Yong lebih santun dan lemah gemalai, manakala tarian Mek Mulung agak keras dan kasar.

· Tarian Mak Yong mengasyikkan manakala tarian Mek Mulong agak lama dan berulang-ulang gerak langkahnya.

Secara peribadi, saya lebih selesa dengan penceritaan dalam loghat Kelantan Makyong berbanding loghat Kedah Mek Mulong. Kerana tarian pembukaan Mek Mulong terlalu lama, timbul rasa sedikit bosan untuk menunggu bab lakonan. Babak awal dalam Mek Mulong agak menjemukan tetapi apabila di peringkat pertenghahan dan akhir, persembahan laju dan menghiburkan. Terutama sewaktu muncul watak pelawak.

Memetik risalah tidak bertarikh mengenai asal-usul persembahan, pada zaman dahulu ada satu keluarga miskin yang menjadikan bidang hiburan sebagai sumber hidup. Si ayah yang bernama Pak Mohor, membuat sejenis alat muzim bernama `geduk’ dan memalunya dengan gaya menora, si ibu pula membuat `gendang’ dan memalunya menurut cara Mak Yong, sementara anak mereka, Mek Julung membuat sejenis alat muzik diberi nama `semborong’ dan memalunya sekeliling kampung.

Pada suatu hari, dalam keghairahan memalu semborongnya, Mek Julung sampai ke tengah hutan dan bertemu seorang anak raja bernama Cahaya Bulan. Baginda dibuang negeri lantaran hasutan seorang ahli nujum yang meramalkan bahawa dia akan menimbulkan mala petaka di dalam negeri Cahaya Bulan.

Tertarik dengan permainan Mek Julung, lalu baginda dan pengikut pengikut-pengikutnya turut bermain dengan menambahkan lagi jenis alat muzik sehingga akhirnya kumpulan itu dinamakan Mek Mulong.

Permainan Mek Mulong dikatakan berasal dari sempadan Legor, Siam kemudian diperkenalkan di Kedah ketika berlaku persengketaan antara Kedah – Siam. Tempat mula-mula Mek Mulong diperkenalkan ialah di Kampung Perit Mukim Kurung Itam, jajahan Kuala Nereng. Seterusnya peremainan itu berkembang ke kampung Belukar Mulung, Kampung paya Keladi dan akhir sekali Kampung Yang Tepus Jitra, Kedah.

(Kalau ada silap ejaan nama tempat dll, harap diperbetulkan kerana maklumat (tulisan) dalam risalah kurang jelas).

Berikut pula Sinopis Cahaya Bulan.

Cahaya Bulan yang dipersembahkan pada malam itu mengisahkan seorang anak raja dikenali Putera Cahaya Bulan dan permaisurinya, Puteri Nang Mara. Putera itu berperasaan permaisurinya yang rupawan dan mempunyai kesaktian akan dilarikan Raja Gergasi yang memerintah benua Pak Kin. Raja Gergasi berpendapat dengan menawan Puteri Nang Mara, dia juga berjaya meluaskan kuasa pemerintahannya tanpa saingan, kerana selama ini Puteri itu adalah penghalang utama kejayaannya.

Putera Cahaya Bulan meminta agar rakyat berjaga tujuh hari tujuh malam bagi menggagalkan niat jahat Raja Gergasi. Bersama pengikutnya, baginda berjaya memasuki pintu kota Negeri Selindungan Bulan. Apabila semua rakyat tertidur hasil permainan sakti raja gergasi, mimpi Putera Cahaya Bulan menjadi kenyataan. Baginda dibunuh oleh panah pesuruh Raja Gergasi. Sena dan Amat berjaya memujuk Puteri Nang Mara untuk ke Benua Pak Kian. Manakala Putera Cahaya Bulan dihanyutkan dalam sungai, tetapi dijumpai penduduk kampung, Epong dan Edeng yang merawat baginda dengan air mawar hingga pulih.

Di Benua Pak Kian, Puteri Nang Mara diseksa kerana enggan menerima lamaran untuk berkahwin dengan Raja Gergasi. Sebaik pulih, dengan berani Putera Cahaya Bulan berangkat ke Benua Pak Kian untuk menyelamatkan permaisurinya.

Jurulatih

Saad bin Taib, lebih dikenali Pak Saad adalah tenaga pengajar subjek Mek Mulung bagi pelajar ijazah sarjana muda tahun satu semester satu Asrawa. Belia dilahirkan di Kampung Ijang Tepus, Jitra, Kedah pada 14 julai 1947. Pak Saad bergiat dalam bidang Mek Mulung sejak berumur 16 tahun sehingga sekarang. Bermula dengan mengikut arwah bapanya, sehingga sekarang terbabit dalam bidang ini. Beliau juga adalah tenaga pengajar di Taman Budaya Makam Mahsuri di Langkawai dan berpengalman dalam bermain dalam muzik gendang.

Pada 2002 belia bersama rakan Mek Mulungnya, telah mengadakan persembahan Mek Mulung diadakan di Menara KLCC Petronas yang merupakan persembahan pertama pernah diadakan. Kumpulan Mek Mulong sememangnya paling tua, berasal dari Ijang Tepus, iaitu tempat terawal Mek Mulung.

Rakan tenaga pengajar, Kamarusdin bin Debak, lebih mesra Pak Din, lahir pada 5 Me 1955 di kampung Lembah Arang, mukin Wang Tepus, Jitra. Bergiat sejak 18 tahun dengan bermain alat muzim serunai dan gendang selain turut berbakat di bidang lakonan dan nyanyian. Seperti Pak Saad, beliau turut menjadi tenga pengajar di Taman Budaya Negeri Kedah.

Thursday, July 8, 2010

Tugasan di satu lokasi nan indah

Hari ini pergi assignment sambil mencuci mata melihat keindahan lokasi tugasan yang jauh daripada kesesakan ibu kota. Tempatnya, di PULLMAN Putrajaya. Kiranya pertama kalilah saya sampai di sini. Selepas selesai tugasan pelancaran produk baru Electrolux, kami tidak melepaskan peluang bergambar sakan, macam pergi melancong.

Tertarik dengan keindahan seni bina bangunan yang menyerlahkan ciri trdisional Melayu menerusi kemasan ukiran, bumbung dan tangga. Suka dengan aksi kadid deme berdua ni.


Beratnya, kiri kanan bawa barang. Tersangkut dilengan ialah hadiah penyedut hampagas yang saya menangi. Selepas mendengar keterangan mengenai setiap satu produk baruyang dilancarkan, press diberi peluang menjawab soalan. Jeles dengan orang di sebelah yang menang dapur induction, saya berazam untuk menjawab soalan-soalan selepas itu. Makan saya pun mendengar dengan penuh prihatin sewaktu penerangan sambil memilih `soalan spot'. Memang betul salah satu soalan itu terkeluar, lalu saya cepat-cepat angkat tangan. Jawapannya mengenai slogan salah satu produk. Tetiba dua orang pula menjawab serentak, saya tak perasan dia pun angkat tangan. Mujurlah Editor dpd majalah rival yang duduk di sebelah saya (yang memberi jawapan serupa serentak) mengalah dan memberi peluang kepada saya mengambil hadiah)
Dia sangat bertimbang rasa kerana sebelumnya, sudah pun mendapat satu hadiah. Sewaktu hendak keluar dpd majlis, setiap seorang diberi cenderamata, sebuah cerek elektrik Electrolux warna hitam reka bentuk canggih. Jadi kami berdua (di atas) masing-masing berbondong-bondong keluar membawa hadiah. (Bukan pergi shopping ya!)

Bergambar lentok di hadapan Pullman, menampakkan keindahan seni bina tangga berciri tradisional Melayu.


Ini pula menara berseni di tengah-tengah kawasan hotel yang menjadi penyeri lanskap. Ada masa nanti saya publish kan gambar-gambar hadiahnya.



Tuesday, July 6, 2010

Ketemu Dr Azizan.

Macam nilah ramainya peserta seminar Dr Azizan

Alahai, kita nak gambar berlatarkan kolam renang di situ... kawan pergi snap menghala ke rumah jiran Dr Azizan.

Rumah beliau dari sudut depan
Pandangan dari sisi
Suasana di dalam, akan disiarkan di dalam Anjung Seri, bila belum tahu lagi.


Bergambar di ruang tamu.


2 julai 2010.

Apabila client, Dreamwood Design Sdn Bhd menyebut bahawa mereka akan membawa kami untuk mengadakan sesi fotografi di rumah pakar motivasi, Dr Azizan, saya lantas teringatkan lelaki bertubuh sasa yang sering muncul menerusi iklan seminar `hidup luar biasa' di dada akhbar. Telahan saya itu tepat sekali, rupanya dialah orangnya. Dr Azizan Osman.

Teruja jugalah ingin bertemu dengan orang hebat yang berjaya menarik puluhan ribu penyertaan ke seminarnya. Beberapa kereta mewah yang tersergam di hadapan rumah, membuktikan tahap kejayaan hidupnya dalam usia yang muda (belum sampai 40). Isterinya juga masih muda, dalam pertengahan 20-an. Sopan, bertudung dan manis sekali.

Saya mewawancara mereka sambil duduk di atas kerusi empuk di ruang tamu, ditemani rakan sepejabat Zurin. Pemilik syarikat rekaan dalaman, Hamdan Ahmad dan pembantunya Azman turut berada di situ. Mereka saling memuji. Dr Azizan dan isterinya masing-masing gembira dengan hasil kerja Dreamwood Design. Hamdan dan Azman pula memuji pasangan itu sebagai pelanggan yang mudah untuk berurusan. Saya juga senang melihat hasil penataan dalamannya.

Paling gembira apabila Dr Azizan memberikan kami tiket percuma untuk menyertai seminarnya. Saya tidak lepaskan peluang untuk menyertainya pada hari terbabit. Di situ saya terkejut melihat betapa ramai orang yang berpusu-pusu datang untuk mendengar ceramah motivasinya.

Menurut Dr Azizan tujuan beliau mengadakan seminar dan sesi kursus, adalah untuk membantu anak bangsa supaya berjaya dan kaya seperti dirinya.

"Jiwa anak bangsa kita lemah! Kita pengecut dan takut untuk bertindak merubah nasib diri dan generasi kita yang jauh tertingglan kebelakang terutamnya dari segi kuasa serta kekuatan ekonomi dan perniagaan. Untuk merubah anak bangsa kita menjadi generasi hebat, kita perlu fokus kepada usaha reporgram semula minda serta menyuntik semangat berjiwa besar."

Begitu ujarnya dalam salah satu iklan yang disiarkan.