Friday, January 8, 2010

Satu kisah

1. Hari yang membawa rezeki. Seorang rakan berjaya close deal berpuluh ribu. Tidak sia-sia membawa saya untuk memberi keyakinan kepada client terbabit sehingga bersetuju untuk terus menghulurkan cek sebanyak itu.... bermakna murahlah rezeki kawan saya itu bakal mendapat dot dot dot, jika diizinkan Allah. Beberapa bulan lepas dia dapat berpuluh ribu juga daripada satu client, saya turut berada di sisinya sewaktu sesi perundingan... Itulah berkat kerjasama berdua tetapi saya hanya membantu... Hasilnya, bukan untuk faedah rakan itu seorang, bahkan untuk manfaat ramai lagi....

2. Alhamdulillah dipertemukan dengan client yang banyak modal dan pemurah itu. Ibarat bulan jatuh ke riba, client itu mencari rakan saya itu untuk tujuan melaburkan sejumlah wangnya bagi tujuan mengembangkan bisnesnya dan mencari lebih ramai pelanggan. Salute kerana client itu adalah seorang Bumiputera.

3. Client yang sempoi dan tak nampak macam bos itu amat merendahkan diri apabila bercerita mengenai bisnes kabinet, perabot dan renovasinya. Tetiba dia tercerita pula mengenai bisnes2nya yang lain.. wah.. bukan hanya itu.... ada tiga empat bidang bisnes dilakukan... Lebih terkejut apabila dia dengan selamba tercerita bisnes di bidang oil and gas yang baru dapat diceburi. Dia juga sempat bercerita mengenai risiko bekerja di atas pelantar di tengah laut, yang menyebabkan pekerjanya mendapat gaji sangat tinggi - berpuluh ribu ringgitdalam beberapa minggu bekerja.

Menurut client itu, kini konsep bisnes oil and gas nya masih secara joint venture dengan syarikat dari luar negara. Dan syarikatnya akan mencari pekerja tempatan untuk dilatih bekerja di bidang itu. Menurutnya lagi dalam beberapa tahun ini, banyak projek petronas dan syarikat minyak akan dibuka tender projek. Jadi adalah peluang pekerjaan di bidang itu untuk mereka yang berani. Di atas mejanya terdapat beberapa keping dokumen tender projek.

Daripada nak menemubual, lain teralih ke perbualan lain. Teruja sungguh mendengarnya. Hemm.... saya pun berangan-angankan sesuatu.... saya tanya, apa yang membolehkan seseorang bekerja di bidang itu? Dia jawab, "education". Saya tahu pengajian di bidang itu (oil & gas) sangat susah. Ramai yang gagal. Dan nak melepaskan masuk juga bukan senang. Tidak semua universiti menawarkan pengajian itu. Apabila diterima, nak lulus pun payah. Tapi saya tahu ada seorang pelajar perempuan telah lulus cemerlang dan kini sudah bekerja dengan syarikat antarabangsa. Manakala pelajar lelaki ramai yang gagal. Saya pun tanya, kalau lulusan di bidnag marine engineering atau naval architecture, ada tak peluang untuk sertai kerjaya tu? Dia jawab: "Ya, boleh kerana pengajiannya ada kaitan." Lega mendengarnya. Moga-moga Izzat yang sedang menuntut di tahun akhir di Mimet, dapat peluang menyertai bidang itu sipi-sipi.

Sewaktu pulang kawan saya berkata, "menyesal tak ambil pengajian di bidang yang membawa gaji besar seperti itu....dulu, manalah kita terdedah kepada bidang-bidang seperti itu."
Saya pun jawab: "Kalau saya, tak lepas kut."

5 comments:

  1. Rezeki masing-masing kan. Rezeki kita mcm ni. Rezeki orang mcm tu. Seronok tgk orang yang diangugerahi rezeki yang melimpah ruah.

    ReplyDelete
  2. Ennie & Mariam: Dia ialah ahli perniagaan yang berani dan bolehlah dianggap muda lagi.., tetapi aduhai isteri sentiasa di sisi...jadi pengurus akaun di pejabatnya dan sedang mengandung pula.. bertuahlah si anak yang bakal lahir punyai ibu dan bapa yang bijak serta agresif dalam perniagaan. Yang pasti mereka boleh dibuat kawan...

    ReplyDelete
  3. wah blog kak shidah dah cantiklah!
    kak, serius ni... sejak kebelakangan ni kita selalu terasa kagum dgn langkah dan semangat kak shidah... tumpang semangat kak!

    ReplyDelete
  4. Lily: Lama dah ada lautan bunga kat atas ni...tandanya Lili dah lama tak jenguk blog akak.

    Terima kasih... apa sangat nak dikagumkan .. Lily, Lily... orang kagum kat dia, dia kagum kat orang... sama-samalah kita menghargai bakat dan kesungguhan masing-masing, tak gitu?

    ReplyDelete