Saturday, June 27, 2009

Kunjungan ke Jati Mas & tersesat jalan









27 Julai 2009

Nak cerita juga. Tadi ikut rombongan Anjung Seri ke ruang pameran baru Jatimas berhampiran Tesco Selayang. Pergi dari Gombak, Iliyana pandu, saya duduk di sebelah. Selepas ucapan pembukaan, balik sekejap nak ambil Irfan Kamil di sekolah (SRK Tmn Sri Gombak). Sampai di rumah di Sri Gombak, saya turun, Iliyana terus ke Aswara. Saya ambil kereta lain, pergi ambil Kamil.

Saya dah janji dengan Zurin nak datang semula ke Jati Mas. Dekat saja dari Sri Gombak. Bertekad nak bawa sendiri kereta. First timelah bawa sendiri, konon dah tahu jalan mana nak ikut dan di mana U turn. Selepas Kamil makan, saya start kereta, menghala ke Jalan Ipoh ikut jalan Batu Caves. Nampak Jati Mas di sebelah kanan, tetapi kena terus - cari U turn. Silap himpit ke kanan, tak jumpalah U turn (dekat Sg Mas), kenalah jalan terus, dah bingung...tak tahu jalan mana dah saya ikut. Jalan terus lagi, sejak ke kiri sekejap ke kanan macam orang mabuk - marah orang di belakang. Ternampak ke Bangsar. Terus menghala ke sana. Sampailah ke Bangsar, dekat ofis lama - dari situ agak-agak tahulah nak patah balik. Ikut jalan di sisi Bangsar Utama, terus lagi cari jalan parlimen, jalan kucing, dan cari jalan Ipoh, nasib baiklah jumpa.

Dipendekkan cerita, sampailah ke tempat yang dituju. Malangnya acara dan sesi bergambar bersama peserta rombongan dah pun selesai. Suriani yang menguruskan acara itu dah naik bas rombongan. Zurin pun dah balik, sempat ternampak kelibat kereta dia bergerak pulang. Sempatlah bertemu semula dengan staff Jati Mas dan menerangkan sebab kehilangan saya. Dipaksa makan oleh mereka, makan jugalah walaupun tak lalu kerana semua kawan-kawan dah balik.

Paling penting, dapat juga replika kerusi jati yang diberi kepada setiap peserta rombongan. Dalam acara itu, hampir 30 peserta diajar teknik membarnis kerusi kayu menggunakan kerusi replika. Saya terlepas sesi itu, bagaimana Ida, pegawai pemasaran di situ memberikan saya bahan pewarna dan barnis untuk dibawa pulang bersama replika kerusi untuk dicuba di rumah.
Selepas menunjuk ajar, saya pun pulang dan terperangkap pula dalam kesesakan lalu lintas di bulatan Selayang/Batu Caves. Lepas bulatan, Alhamdullillah - dah dekat dah...jalan terus, eh tersilap lagi. Ddah jadi kena masuk kawasan industri Batu Caves, berpusing-pusing pula cari jalna keluar. Sampai rumah, berpinar jugalah!

6 comments:

  1. akak masih takut lg memandu ekkk

    ReplyDelete
  2. tak pe kak..sesat makan langsat perkara biasa...janji akak berani bawak keter. Bukan calang2 orang boleh buat selepas kereta masuk longkang hehehe

    ReplyDelete
  3. kak shidah, dah jadi followers dah...kekeke...hamboi, kemain lagi pix profile...hahaha

    ReplyDelete
  4. bennie ennieva, he he he, selepas bertahun-tahun... itu pun dah rasa gave up di pertengahan jalan, rasa cam nak berhenti nak call sesiapa suruh datang ambil.

    ReplyDelete
  5. Cik Suri... pix touch up kut. gelap jadi terang. Thanks tu budak graphic. awat pix cik suri tayang yang tu di bahagian belakang...cute!

    ReplyDelete