Sunday, March 8, 2009

Kenangan di Chiang Mai


Gambar atas: Bersama Kee, wartawan bebas berasal dari Kelantan. Mulut lepas, bercakap dengannya memang menyakitkan hati. Suka mengenakan orang tetapi kerana peserta rombongan hanya empat orang, kenalah juga ke hulu ke hilir bersama dia. Yang istimewa Kee ni, suka bergaya mengalahkan artis. Tengoklah baju dia ada style! Pada seluar di bahagian pehanya tertera lukisan wajah dia. Sanggup mengupah artis melukis di seluar untuk nampak lain daripada lain.
Lokasi: Hotel De Naga.
Gambar bawah: Bersantai di sebuah kedai hiasan dalaman di Chiangmai. Tertarik pada kemasan cat dinding tembok di hadapan. Bercat merah jambu pekat - sama dengan warna tajuk majalah Anjung Seri. Perhatikan pintu gerbangnya, berbentuk kubah daripada besi kerawang warna keemasan. Sungguh unik, menjadi tonggak tarikan di pintu masuk kedai. Ada bangku di depan, bolehlah duduk bergambar sementara tunggu yang lain ber shoping di dalam.

Pokok ru dan rimbunan pokok di atas tembok meredupkan suasana. Menarik pada tembok batu dipasangkan dinding kaca, mempamerkan sebahagian unsur hiasan yang dijual di dalam.

Catatan:
Pengembaraan 4 hari 3 malam di Chiang Mai bersama Thailand Authority of Tourism (TAT).
Peserta: hanya empat orang wakil media.
Waktu: akhir 2008






No comments:

Post a Comment