Sunday, November 3, 2013

Beg Lut Sinar Kalis Air




Beg Kalis Hujan RM48


Beg Biru Firus @ Turqoise Berlapis Kuning.




Harga RM48

Pada musim hujan ni, beg jenis menyerap air tidak sesuai diguna. Jika terperangkap dalam hujan, basah habislah, mungkin sampai ke isi dalam. Jadi, kalau bertukar kepada beg kalis air seperti ini bagus juga. Selamat daripada basah.


Sebelah luar beg ada tulisan warna biru - "TUOUH", sebelah lagi kosong tanpa sebarang corak. Berwarna biru firus pada tali dan birai. Lapisan beg di dalam berwarna kuning dan berzip kemas.


Bahagian dalamnya, berlapiskan kain lembut dan berpoket.  Boleh disuai padan dengan pakaian warna biru firus dan kuning. Bayangkan apabila dipadankan, mesti bergaya kan?

HARGA RM48 + PosRM7 jumlah- RM55. Rasa-rasa berkenan tak? Sebenarnya dah ada pun yang teringin.. tetapi siapa cepat, dialah yang dapat!  Sms segera 013-3310221, mana tahu masih ada?


Wednesday, October 30, 2013

Nak cuba set kecantikan jenama mahal, tak pernah dengar.



Selalunya, beli pakai sekali dua je, lepas tu terbiar begitu sahaja akhirnya buang, tidak pun hilang entah ke mana... alasan pertama takut nak pakai ... alasan kedua tak berdisplin.. senang cerita malas guna... kali ni bersemangat ni nak pakai... Semenjak dua menjak, teringin sangat nak beli set kecantikan.. nak cantiklah sangat, ni dah beli, tak tahu, berdisiplin tak pakain nanti. Harap-harap begitulah... mahal tu belinya RM350 selepas diskaun 30 persen. Brand mahal ni dari Korea, pada hal tak pernah dengar pun, tp dah disyorkan oleh kawan baik, cuba jela.. katanya produk daripada Korea, adalah antara yang terbagus.. entahlah, apa maksudnya tu ,bagus dari segi bahan kandungan atau bagus dari segi kesan pemakaiannya. Kita pakai dulu, then tunggu dan lihat keberkesanannya. Sekian, itu sahaja cerita saya hari ini. 




Monday, October 28, 2013

Asal usul budaya Malaysia - Indonesia, luahan daripada penulis blog Indon.


Khas untuk pencinta seni dan budaya, boleh baca kritikan di bawah sekadar untuk renungan.

http://oktoviarezki.blogspot.com/2012/07/klaim-budaya-indonesia-oleh-malaysia.html
http://oktoviarezki.blogspot.com/2012/07/hilangnya-titian-muhibah-itu.html

Sunday, October 27, 2013

Madu Kelulut, nak cubalah...


Assalamualaikum, lama benar tak mencoret... dah bersawang dah laman ni.. sedang cuba nak kembali aktif menulis, ada masa singgahlah lagi di sini ya.

Coretan kali ini...

Jus kurma madu dah habis, tidak sempat nak gi cari ... bila lama tak makan apa-apa... mulalah rasa kurang selesa. Tika badan berasa tidak menentu, terfikir untuk mencuba pelbagai produk pemakanan untuk kesihatan. Buka Facebook, penuh dengan pelbagai produk untuk kurus dan memutihkan kulit, tetapi apa yang saya cari adalah yang benar-benar boleh membuat badan sihat. Bagaimanapun hampir semua produk pemakanan didakwa baik untuk kesihatan dan dapat menghindari 1001 penyakit, sampaikan naik pening untuk mencuba yang mana satu.

Sekarang ni, bukan masalah tidak pernah mencuba pemakanan seumpamanya, tetapi tidak pernah tetap pada yang satu. Kurang disiplin untuk mengambil setiap hari dan mengikut waktu yang ditetapkan adalah kelemahan utama. Dulu makan rumpai laut, ada satu kesan positifnya yang kekal sampai sekarang. Tapi entah tak tahulah, rasa cuak pula nak teruskan bila orang kata macam-macam mengenainya. Walaupun hakikatnya lebih ramai yang kata bagus.

Seminggu dua tertonton televisyen mengenai satu jenama produk kesihatan RD Beauty. Bila telefon, tidak dapat dihubungi… memanjang.  Semestinya terlalu ramai yang menalipon sampai tidak terlayan. Udah disiarkan di televisyen, bila dihubungi tidak pernah dapat. Tetiba teringat pada madu kelulut yang dibeli dua minggu lepas. Benda yang ada di depan mata, dibiarkan begitu sahaja. Bukannya murah pun… tertera pada botol, RM150.  Bukan calang-calang produk, juga dikatakan dapat menghindari pelbagai 1001 penyakit. Paling utama ialah barah dan sakit jantung, ibu segala penyakit. Apa lagi, baiklah cuba.

Anak bujang yang telah mengambilnya secara konsisten, mengakui madu tu memang bagus untuk dirinya. Setiap kali kalau kami nak ke Merbok, Kedah untuk menghantar atau melawat adiknya yang bersekolah di sana, dia mesti pesan supaya beli madu kelulut. Kami beli terus di ladang tempat menghasilkan madu berkenaan, harganya murahlah sikit. Kunjungan yang terakhir dua minggu lepas, entah yang ke berapa kali. Mungkin yang ketiga atau keempat.

Nak ceritanya, semasa sampai, hujan sangat lebat. Mujurlah pekerja di situ faham masalah kami nak keluar daripada kereta. Dia langsung mengangkut payung teduhan yang besar dan berkaki...datang sampai ke tingkap kereta, untuk bertanya. Terlangsung dah sampai, kami beli dua botol. Berazam nak amalkan makan secara konsisten, bila dah rasa kesannya, nanti saya sambung cerita.

Madu Kelulut

Tertera di botol RM150.  Siapa nak cuba, boleh pesan awal-awal. Tak sempat nak tulis pelbagai khasiatnya secara detail, anda google sahajalah dulu ya.
okey ini satu rujukan:  http://www.utusan.com.my/utusan/Agrobiz/20130701/ag_03/Khasiat-madu-lebah-kelulut

http://www.lebahkelulut.com/produk-dan-khasiat-madu-kelulut/





Sarang kelulut dalam pokok.


Abang ni sedang menunjukkan pelbagai cara penggunaan madu. Katanya, boleh disapu pada muka untuk meremajakan kulit.


Tuesday, September 17, 2013

Beli Rumah Pertama di England

http://sozcyili.blogspot.com/2013/09/saya-melayu-saya-dapat-beli-rumah-di-uk.html?m=1

dpd FB Shared photo of NAZALI NOOR 

AKU BUKAN MAT SALLEH CELUP!

Entri XXX: Selamat Hari Malaysia! Secebis England yang kami miliki 

Rumah mahal sangat kat Malaysia sekarang kan?

Ada yang tanya saya tentang macamana kami beli rumah di UK ni? Susah tak ? mampu tak?

Yang lagi cute tu komen pulak

"Wahhhh banyaknya duit beli rumah kat UK"

Sempena hari Malaysia ni saya kongsikan pengalaman saya bagaimana Kerajaan UK bantu rakyat walaupun bukan warganegara seperti saya untuk miliki rumah melalui skim 'Home Buy Direct"

Home buy direct ni insentif kerajaan di UK untuk bantu masyarakat agar mampu miliki beli rumah tanpa keluarkan deposit yang tinggi dan kos berkaitan.

Tapi hanya untuk memiliki RUMAH PERTAMA sebab kerajaan fikir bahawa tanggungjawab kerajaan untuk pastikan rakyat mampu ada rumah sendiri.

Jadi kerajaan perkenalkan konsep belian rumah melalui 'perkongsian ekuiti' bagi 1st time home buyer.

Maknanya kerajaan akan dahulukan peratusan dari harga rumah tu tapi kita miliki rumah itu 100% dan bayar fee bulanan dari peratus yang kerajaan miliki tu.

Peratusan tu kerajaan akan DAHULUKAN wangnya pada pemaju jadi kalau harga rumah tu £100 000 kan dan kerajaan bantu beli ekuiti sebanyak 30% jadi kerajaan akan bayar kat pemaju £30000.

Jadi jumlah yang perlu dibayar pada pemaju hanya £70000 sahaja.

Dari situ kalau kita kena bayar deposit 10% baru £7000 sahaja. Bakinya kita ambil loan dan bayar ikut tempoh macam biasa.

Jadi kan lebih murah kos permulaan memiliki rumah kan?

Jadi yang didahulukan £30 000 tu kita boleh tebus bila kita ada duit dari masa ke semasa. Nak tebus 5% dulu ke berapa ke terpulang.

Kalau kita tak tebus kita kena bayar fee pada kerajaan yang sikit sahaja jumlahnya atas ekuiti tu. Itupun hanya selepas 5 tahun. Kalau jumlah £30 000 tu bayarnya dalam £30 kot sebulan sampai kita habis tebus ekuiti tu.

Soalannya di mana untungnya kerajaan kalau macam tu kan?

Dah namanya kerajaan memanglah kena bantu rakyat kan? 

Jadi keuntungan BUKAN motif utama tapi ini tanggungjawab sosial Kerajaan pada rakyat untuk mampu memiliki rumah sendiri:-)

Cuma sebagai pemegang ekuiti, jika kita jual rumah tu dan peroleh keuntungan dari hasil jualan maka kita kena pulangkan peratusan keuntungan jualan tu ikut jumlah ekuiti yang dimiliki kerajaan atas rumah kita.

Okay macam ni. Katalah kita ambil contoh yang sama macam tadi tu kan;

Harga rumah £100 000
Ekuiti kerajaan 30% - £30000
Komitmen kita - £70000

Lepas 3 tahun kita jual pada harga £150 000

Ada keuntungan £50 000 kan?

Jadi sebab kita belum tebus ekuiti tu dari Kerajaan maka kita kena SHARE untung jual rumah tu ikut ekuiti yang belum ditebus.

Jadi kalau 30% maka kita kena pulangkan 30% dari untung tu pada kerajaan so £50 000 (untung) x 30% = £15 000 yang kena kita pulangkan.

Tapi kalau sepanjang 3 tahun tu kita dah redeem ekuiti kita 10% ke atau 20% ke kita pulangkan sikit ajalah pada bakinya.

Kalau kat Malaysia buat macam ni MESTI ramai rakyat boleh beli rumah kan?

Saya kongsikan link tentang pakej ni ya?

Sedang warga asing macam kamipun kerajaan bantu. Apatah lagi rakyat mereka sendiri


https://www.gov.uk/affordable-home-ownership-schemes/help-to-buy-equity-loans

p.s:

Sekarang ni pemaju perumahan kat UK pun dah mula perkenalkan pakej ni yang mana pemaju yang bantu pembeli untuk beli ekuiti ni tanpa bebankan kerajaan pun.

Gambar kat belakang tu rumah kami kat sini

Secebis England yang kami miliki 

Banyak lagi cerita sebegini yang saya kongsikan dalam buku nukilan saya bertajuk Ulu Yam Di Liverpool.

Kalau berminat boleh jenguk di link ini ya?

http://on.fb.me/16xAbv9

Thursday, August 15, 2013

Doa Mengembalikan barang yang hilang atau di curi.

http://www.islamituindah.my/kaifiat-bacaan-surah-yaasin-untuk-mengembalikan-barang-hilang

Kaedah yang dinyatakan di sini adalah satu ikhtiar yang boleh diamalkan bagi bermohon kepada Allah SWT agar barang yang hilang atau dicuri dijumpai semula.
Kaedah ini juga boleh diamalkan untuk bermohon agar Allah SWT mengembalikan semula ahli keluarga yang hilang atau yang lari dari rumah.
Cara atau kaifiatnya adalah seperti berikut;
1. Lakukan Solat Hajat sekurang-kurangnya 2 rakaat dengan bermohon supaya Allah SWT mengembalikan barang yang hilang atau dicuri

2. Doa berikut juga boleh dibaca ketika dalam sujud yang terakhir.
3. Selesai Solat Hajat, mulakan bacaan Surah Yaasin mengikut kaedah seperti berikut;
  • Membaca Surah Yaasin, apabila sampai pada perkataan Mubin yang pertama (iaitu diakhir ayat 12), berdoalah supaya Allah SWT mengembalikan barang yang hilang, kemudian ulang semula bacaan Yaasin daripada mula.
  • Untuk pusingan kedua, apabila sampai mubin yang pertama, berdoalah kemudian teruskan bacaan sehingga sampai mubin yang kedua (iaitu diakhir ayat 17). Berdoa lagi sekali di mubin yang kedua ini kemudian ulang semula bacaan Yaasin daripada mula.
  • Untuk pusingan ketiga, berdoa di mubin pertama, kedua dan ketiga (iaitu diakhir ayat 24). Kemudian patah balik membaca Yaasin daripada mula.
  • Untuk pusingan keempat, berdoa di mubin pertama, kedua, ketiga dan keempat (iaitu diakhir ayat 47). Kemudian patah balik membaca Yaasin daripada mula.
  • Untuk pusingan kelima, berdoa di mubin pertama, kedua, ketiga, keempat dan kelima (iaitu diakhir ayat 60). Kemudian patah balik membaca Yaasin daripada mula.
  • Untuk pusingan keenam, berdoa di mubin pertama, kedua, ketiga, keempat, kelima dan keenam (iaitu diakhir ayat 69). Kemudian patah balik membaca Yaasin daripada mula.
  • Untuk pusingan ketujuh (pusingan terakhir) , berdoa di mubin pertama, kedua, ketiga, keempat, kelima, keenam dan ketujuh (iaitu diakhir ayat 77). Kemudian teruskan bacaan sehingga ayat terakhir Surah Yaasin.
  • Setelah selesai bermakna anda telah berdoa sebanyak 28 kali.
3. Untuk mendapatkan kesan yang lebih mujarab, lakukan amalan ini selama tiga malam berturut-turut sebaik sahaja mengetahui barang telah hilang.
4. Bagi memudahkan untuk beramal dengan kaedah ini, berikut adalah Surah Yaasin yang telah disediakan kolum bilangan doa yang dibaca mengikut turutan dari 1 hingga 28 yang ditandakan pada ayat yang berakhir dengan Mubin.