Monday, January 14, 2013
Rumpai Laut (PMC) - Panggilan Ucapan Terima Kasih!
Biarpun tiada seorang pun meletakkan komen pada tajuk mengenai kesan pengambilan rumpai laut@ Pure Marin Collagen (PMC) yang saya tulis, saya percaya ramai yang membacanya. Saya telah memberikan maklumat daripada pengalaman sendiri, jadi mereka yang ingi mencuba atau sedang mengambilnya bolehlah membandingkan apa yang mereka rasa dengan apa yang saya rasa.
Siang tadi saya menerima satu panggilan telefon daripada seorang lelaki dari Tawau, Sabah...dengan merujuk kepada tajuk catatan saya mengenai rumpai laut dalam blog ini, dia mengucapkan terima kasih. Pada mulanya hairan juga saya... katanya, "terima kerana menulis mengenai kesan pengambilan rumpai laut." Menurutnya, apa yang saya rasa - sama dengan apa yang dia rasa terutama bab kurang enak dalam perut, seakan terkena gastrik menyebabkan dia juga hampir ingin berhenti daripada mengambilnya.
Setelah terbaca catatan saya itu, katanya barulah dia faham bahawa ia adalah kesan tindak balas daripada pemakanan berkenaan. Sekali gus membuatkan dia mahu meneruskan semula pengambilan, cuma saya menasihatkan kepada pemanggil itu agar mengurangkan kadar pengambilan jika tidak tahan dengan kesan tindak balasnya.
Menurutnya lagi, dia juga cuba mengamalkan petua minum susu atau makan benda berserat seperti oat selepas mengambil rumpai laut seperti yang disarankan oleh kawan saya, katanya: "Memang betul, amalan itu menjadi, bila saya minum susu selepas makan (rumpai laut), kurang sikit rasa sakit atau berangin dalam perut."
Saya memberitahu pemanggil itu, jika ada tindak balas, bermaksud sesuatu yang positif kerana ia sedang berusaha untuk `membaiki' apa-apa yang bermasalah dalam diri kita.
Wallahualam...
Sunday, January 6, 2013
Rumpai Laut (PMC), Panik dengan Kesan Awal
Rumpai Laut Asli@Ibu Kolagen@Pure Marine Collagen (PM). PANIK DENGAN KESAN AWAL
Selepas sebulan mengamalkan makan rumpai laut asli warna
ungu yang disebut sebagai kolagen atau ibu kolagen atau dalam bahasa ringkasnya
disebut PMC (Pure Marine Collagen) banyaklah kesan yang dirasai. Selain
kesan-kesan positif yang saya sebutkan mengenai penegangan kulit dan wajah
serta meringankan tubuh daripada sakit-sakit sendi dan urat tegang, terdapat
juga kesan yang sedikit mengganggu keselesaan. Biasalah kata orang apabila
mengambil makanan yang memberi kesan detox, akan adalah tindak balas ke atas
diri si pemakan. Hakikatnya kesan tindak balas inilah yang digeruni oleh saya
menyebabkan tidak berani untuk makan pemakanan kesihatan atau ubat-ubat
tradisional sejak dulu. Namun apabila umur sudah semakin meningkat kita tidak
dapat lari daripada teringin mencuba sementelah keadaan badan pun sudah kian
beragam.
Berbalik kepada kisah saya makan rumpai laut asli ibu
kolagen ni, mula-mula dalam seminggu okey kecuali cepat lapar dan tekak kering,
apabila masuk minggu kedua terasa berdenyut dan menyucuk di bahagian dada.. itu
saya sudah ceritakan sebelum ini iaitu disebabkan faktor proses penegangan. Ini
saya boleh tahan lagi tetapi bila dalam perut terasa pedih dan menyucuk dan
keluar angin banyak menerusi mulut-kadang berterusan beberapa ketika, mulalah
terasa risau. Adakah saya ni sudah diserang gastrik? Ini kerana apabila selidik
di internet, saya dapati seakan tanda gastrik atau ulser. Disebut bahawa sakit
bila perut kosong itu adalah gastrik tetapi apabila sakit perut selepas makan
itu adalah ulser. Anda tentu tahu kan yang ulser boleh membawa kepada kanser. Wah
bukan main panik lagi saya. Lantas mengambil keputusan untuk berhenti selepas makan
sebulan lebih. Saya mengumumkan ini di laman Fb dengan harapan ada sesiapa yang sudi memberi komen/ulasan.
Maklumat testimoni daripada orang lain yang pernah makan sangat perlu untuk
memberi keyakinan kepada saya mengenai baik buruk benda ini.
Satu lagi sebab saya berhenti juga adalah atas nasihat
seorang kawan, katanya berhentilah dulu sekejap. Kalau terlalu banyak makan
berpanjangan juga jadi tidak elok. Masalah bila sepatutnya berhenti? Saya
teringat satu maklumat yang dibaca bahawa rumpai laut asli ini mengandungi
iodine - jika diambil dalam jumlah banyak boleh menyebabkan keracunan. Suami berkata,
sewaktu dia ditahan lama dahulu, ada seorang pesakit yang dikesan mempunyai
terlebih kandungan iodine di dalam badan. Akibat daripada itu badannya jadi
hitam seperti hangus/kesan terbakar. Oh tidak, takutnya bisik hati. Adakah
iodine sudah banyak dalam badan, adakan sakit perut itu disebabkan kesan iodine
yang telah menghakis dinding perut.
Dalam pada seribu persoalan timbul di benak, mujurlah
seorang kawan saya memberi komen pada posting saya itu, katanya eloklah diteruskan
makan untuk kebaikan tubuh dan jangan berhenti terus. Menurutnya rumpai laut
memberi tindak balas secara biologi ke atas tubuh. Saya kurang faham sebenarnya
ayat ini. Lantas saya pm dia dan kami berchatting panjang. Hasilnya saya mendapat
maklumat yang sangat penting. Katanya, memang ada kesan tindak balas bila kita
makan. Itu adalah perkara biasa. Bila melalui rasa tidak selesa bermakna sudah
ada kesan positif, kesan tindak balas itu menunjukkan rawatan ke atas
bahagian-bahagian tertentu sedang aktif.
“Saya juga mengalami kesan yang sama. Cepat lapar, tekak
kering dan selalu dahaga. Bila saya beritahu anak, dia berkata memanglah kalau
makan kolagen akan terasa begitu. Anak saya di bidang sains, jadi dia tahulah..,” ujar kawan saya itu. Jadi katanya,
kena minum banyak air. Selepas makan kolagen, minum susu skim atau ambil makanan
berserat seperti oat dan buah-buahan untuk mengurangkan rasa cepat lapar atau
sakit perut.
Kata kawan itu: “Baru-baru makan dulu saya pun pelik, mengapalah
cepat, lapar dan haus, mengapalah perut pedih, menyucuk-nyucuk? Hakikatnya yang
sakit pedih-pedih dalam perut itu adalah tidak balas detox, maksud ia sedang
bekerja untuk membersihkan segala yang telah tepu dan melekat pada dinding usus
kita. Membuang pun jadi lawas. Ada ketika akan keluar ketulan-ketulan bulat
kecil warna gelap bersama najis.. itu adalah bahan yang dihakis daripada dinding
usus. Ia keluar menerusi najis dalam bentuk begitu. Lama kelamaan, apabila usus
sudah bersih, tak rasa sakit perit atau menyucuk-menyucuk lagi,” jelas kawan
saya itu.
Bagimanapun dia juga mengingatkan kalau sudah ada kesan positif
ke atas tubuh dan kesihatan badan secara keseluruhan, eloklah dikurangkan
kekerapan pengambilan. Kalau pada peringkat awal diambil setiap hari pagi dan
malam, kurangkan menjadi sekali sehari.. kemudian selang dua atau tiga atau
empat hari sekali.
“Bila sudah betul-betul berkesan ke atas kesihatan, doktor
saya juga menasihat berhenti mengambil sesuatu jenis kolagen dan gantikan
dengan jenis kolagen lain pula. Misalnya saya makan kolagen rumpai laut jenis
pil dari Jepun, selepas habis tiga bekas kolagen rumpai laut, saya gantikan
denga kolagen soya. Ini katanya untuk mengelakkan bahan tidak elok berkumpul
banyak dalam badan yang boleh menyebabkan risiko lain pula,” ujarnya.
Rupa-rupanya kawan saya itu sudah lama mengambil pemakanan
kesihatan yang ajaib ini. Punca yang
menyebabkan dia mengambil kolagen rumpai laut katanya, ialah pada suatu ketika
dulu sewaktu mengajar budak-budak bersenam lututnya kaku, hampir dibedah oleh
doktor. Namun dia mencari alternatif lain dan seorang kakak memberitahunya agar
mengambil pemakanan semula jadi seperti rumpai laut yang dikatakan sangat baik
untuk penyakit sendi. Alhamdulillah katanya, kerana rajin makan, lututnya
kembali normal dan tidak jadi dibedah. Kerana itu juga dia terus dengan
pemakanan rumpai laut jenis pil itu.
“Selain kulit tegang, tak sakit-sakit sendi, lawas membuang dan
rasa sihat , rambut pun semakin lebat, macam orang muda. Cepat panjang!”
Begitulah ulasan panjang lebar daripada kawan saya itu yang akhirnya meyakinkan
saya untuk meneruskan pengambilannya secara yang diajar oleh kawan saya itu.
(Mula-mula makan setiap hari, bila dah nampak kesan positif seperti
dikehendaki, jarangkan kekerapan makan sedikit demi sedikit dan seterusnya
bertukar kepada jenis kolagen lain, beberapa ketika sebelum kembali kepada
jenis berkenaan).
Selain itu juga menurutnya, dia juga mengamalkan makan nasi
atau sup yang dicampurkan dengan rumpai laut. Budak-budak Tadika di sekolah
saya, kebanyakannya Cina.. mereka disediakan makanan nasi dan sup yang
dicampurkan rumpai laut dari Jepun, yang warna hijau halus-halus seperti yang
kita lihat pada makanan shushi tu.. Sebab itu kulit mereka licin, putih dan
halus, tambahnya.
“You simpan untuk saya ya, yang sudah dimasak dan yang belum
dimasak, nanti saya datang ambil,” katanya.
Wah saya berterima kasih kepada rakan saya itu – dia ialah bekas
rakan sekuliah saya sewaktu di UiTM, Shah Alam. No wonder, saya nampak wajahnya
muda dan berseri-seri dalam gambar FBnya. Sekarang terbongkar sudah rahsia yang
selama ini ingin saya ketahui… adakah itu gambar lama atau gambar terkini? Apakah
yang dia makan yang menyebabkan wajahnya bersih bersinar? Rupa-rupanya kerana
rajin makan rumpai laut!
Sunday, December 30, 2012
Wajah Kembali Bersih dan Tegang!
Perihal Rumpai Laut @ ibu kolagen semula jadi yang Miracle!
Pertama kali teringin mencuba rumpai laut, bila
kesihatan semakin merosot. Pabila doktor biasa merujuk kepada doktor pakar
untuk pemeriksaan jantung, paniklah sekejap …nasib baik hasil pemeriksaan doktor pakar okey, cuma disuruh bersenam..
denyutan nadi slow sikit kerana faktor usia, doktor siap melawak, “barangan
lama, biasalah!” - untuk menguatkan semula, "mesti rajin bersenam!" Pesan doktor.
Pada masa sama, terfikir juga macam mana nak
pulihkan keadaan wajah yang selama ini tidak pernah berjaga, sebab takut nak
guna krim.. Dah lanjut usia baru terfikir nak guna itu dan ini, terdetik di
hati.. dah terlewat! Pergi ke mana-mana, pandang kiri kanan, rata-rata putih bersih saja wajah mereka. Timbul rasa menyesal, mengapalah tak rajin nak jaga muka sendiri. Mulalah terfikir-fikir, macam mana nak hilangkan kesan jeragat yang semakin ketara? Macam
mana nak tegangkan wajah yang sudah semakin kendur, bila ketawa, pipi menggelebeh, ketara sangat dalam gambar. Mesti buat sesuatu ni. Ada
kawan mencadangkan untuk suntik vitamin A dan kolagen. “Suntik!!!???” Bisik hati, eishh takut, takut, takut… tak
berani, tak beranilah. Memang tak berani nak buat.
Tiba-tiba teringat posting seorang kawan yang asyik
menulis pasal rumpai laut yang dia makan. Buka fb dia dan baca. Cari juga info di sana sini termasuk tengok rancangan
TV mengenai rumpai laut di You Tube, baca keratan akhbar dan lain-lain, barulah
percaya sikit dan teringin mencuba. Dah sebulan makan, bab mencantikkan kulit
muka, bab menegangkan tu memang betul, lawas buang air, ringan badan tu semua betul
(testimony sendiri).
Yang paling kagum
adalah kesan penegangan payu dara. Umur melebihi 50 tahun, anak dan besar
panjang, semakin lanjut usia - apa keadaannya kita terima sajalah..tak pernah
terfikir boleh buat apa-apa lagi, takkanlah nak operate atau suntik
bagai-bagai macam orang lain yang sangat taksub pada kecantikan tu. Jadi beranikan diri makan rumpai laut. Bila rasa ringan buat kerja tunggang terbalik, tanpa pakai bra.. eh barulah perasan, perubahannya. Miracle!
Berubah jauh lebih baik
daripada sebelumnya, itu pun sudah cukup bersyukur! Setiap pagi bangun tidur, belek muka depan cermin, tengok perbezaan daripada sebelumnya, terutama tengok kesan jeragat yang beransur kurang dan bahagian kendur semakin tegang. Hu hu seronoknya! Alhamdullah.. tidak lupa bersyukur, semua kerana izin-NYA!
Ada lagi ulasan kesan positif dan kesan detox yang nak diulas, tetapi kemudianlah. Nak dahulukan dengan info lanjut mengenai rumpai laut@ibu kolagen.
Ada lagi ulasan kesan positif dan kesan detox yang nak diulas, tetapi kemudianlah. Nak dahulukan dengan info lanjut mengenai rumpai laut@ibu kolagen.
INFO MENGENAI RUMPAI LAUT
Rumpai laut GRED AAA WARNA UNGU adalah ANTARA PILIHAN UTAMA MASYARAKAT CINA, TAIWAN, KOREA SEJAK DULU DALAM PENYEDIAAN JUADAH SEPERTI SUP.
Rumpai laut GRED AAA WARNA UNGU adalah ANTARA PILIHAN UTAMA MASYARAKAT CINA, TAIWAN, KOREA SEJAK DULU DALAM PENYEDIAAN JUADAH SEPERTI SUP.
MEMILIKI KANDUNGAN KHASIAT AMAT
TINGGI BERBANDING RUMPAI LAUT
GRED AA DAN A. TERLEBIH DAHULU DITERNAK DI NEGARA JEPUN SEBAGAI MAKANAN RUJI
KAUM PENDUDUK DI SANA.
KHASIAT RUMPAI UNGU SETARAF ALGA SPIRULINA DAN CENDAWAN GANODERMA serta MENGANDUNGI KHASIAT PERSIS PROTIN DAN
KOLAGEN IKAN MARIN, BURUNG WALIT DAN SOYA. JUSTERU SETIAP KEPERLUAN TUBUH KITA BOLEH
DIPENUHI OLEH TUMBUHAN AJAIB ANUGERAH ALLAH SWT INI.
KEPENTINGAN WARNA PADA TUMBUHAN.
* WARNA CERAH BERMAKSUD KUALITI DAN JUMLAH GIZI BERADA PADA TAHAP
SEDERHANA SERTA TINGGI KANDUNGAN AIR
* WARNA GELAP SEPERTI UNGU MEMILIKI POTENSI TINGGI DALAM DUNIA PERUBATAN
DAN KOSMETIK. MELANIN WARNANYA DISELAPUTI SEJUMLAH BESAR PROTIN, VITAMIN, ZAT
GALIAN DAN KANDUNGAI AIR YANG TINGGI.
* GRED
AAA WARNA UNGU MEMILIKI KUASA ANTI PENUAAAN DAN ANTIOKSIDA TERTINGGI daripada smeua jenis sayuran berwarna ungu lain.
Beza jenis kolagen rumpai laut ini adalah pada
grednya dan cara dia di proses,
* Gred A warna purple coklat kehijauan
* Gred AA berwarna coklat muda
* Gred AAA berwarna puple kerana di keringkan
terus oleh pancaran matahari.. yang gred AA tu dikeringkan secara stim..
Kesemua rumpai laut ini boleh dimakan dan
berkhasiat, dari Semporna, Sabah.
Perbezaan di antara RUMPAI LAUT UNGU DAN RUMPAI
LAUT WARNA LAIN adalah ANTIOKSIDA
Rumpai laut ungu didapati memiliki antoksida,
terhasil daripada warna pigment ungu
APAKAH ANTIOKSIDA?
Bahan antioksida adalah bahan kimia yang diperlukan tubuh untuk
meneutralkan radikal bebas dan mencegah kerosakan yang ditimbulkan oleh radikal
bebas terhadap sel normal, protein, dan lemak.
Antikoksida menstabilkan radikal
bebas dengan melengkapkan kekurangan elektron yang dimiliki oleh radikal bebas
itu, dan menghambat terjadinya reaksi berantai daripada pembentukan radikal
bebas yang dapat menimbulkan tekanan oksidatif. Ada beberapa bentuk bahan antioksida
antaranya vitamin, mineral dan fitokimia. Pelbagai jenis bahan antioksida ini
berkerja sama dalam melindungi sel normal dan meneutralkan radikal bebas.
APA PENTINGNYA ANTIOKSIDA PADA TUBUH?
· Kandungan agen anti virus, antibakteria, antifungus dan antiprotozoa
yang dimiliki membuat TUBUH LEBIH TAHAN DARIPADA SERANGAN PENYAKIT
· MENDAPAT KEMBALI KEANJALAN, KELEMBUTAN KULIT kerana bahan antioksida
mempercepat penggantian sel-sel kulit yang mati dengan sel yang baru, selain
melindungi dari sinaran ultra violet.
· PERTUMBUHAN RAMBUT LEBIH BAIK DAN KELEMUMUR AKAN HILANG kerana sel
rambut mendapat tenaga dan zat yang mencukupi untuk pertumbuhan maksimum .
· MENGATASI MASALAH PENYAKIT DEGENERATIF DAN MASALAH USIA UMUR
LANJUT kerana antioksida semulajadi dalam rumpai laut menjadi agen penghambat pada
pembentukan radikal bebas dan mempertingkat ketahanan sel badan.
PENGAMBILAN RUMPAI LAUT ADALAH KONSEP KEMBALI KE ALAM SEMULA JADI. Amalan
pemakanan ini semakin popular bagi yang
ingin memelihara kecantikan dan kesihatan secara semula jadi, tidak perlu cucuk, tidak perlu perhabis wang ringgit kerana harganya murah dan tidak rasa sakit.
Penggunaan bahan semula jadi dalam bentuk tumbuhan yang mengandungi antioksida
untuk rawatan kecantikan semakin popular, bahkan ia banyak diguna dalam produk
kecantikan hari ini.
Menyedari kepentingan antioksida, kebanyakan pengeluar produk berkaitan
kecantikan sama ada pemakanan mahupun penjagaan kulit mendakwa produk
dihasilkan mengandungi bahan anti oksida khususnya yang menggunakan
tumbuh-tumbuhan semula jadi.
Antioksida sebenarnya bukanlah sejenis ‘bahan’, tetapi fungsi bahan
tertentu yang bertindak secara khusus ke atas kulit.
Namun cara paling berkesan untuk menghalang kerosakan akibat radikal
bebas adalah dengan memakan makanan mengandungi antioksida, salah satu
daripadanya ialah rumpai laut, iaitu tumbuhan semula jadi, yang asli, tidak
diproses, tidak bercampur dengan bahan kimia lain.
Setelah dihebahkan kepada kawan-kawan, ramai pula yang nak beli.. nak cuba sama.. diharap mereka juga mendapat kesan positif, sampaikan abang Jaafar Onn, artis popular zaman 80-90-an tu pun minta nak beli. Sehari beli, esok dia call ... nak beberapa bekas lagi, sebab katanya "ramai pula yang minat dengan product you ni!" Silap tu abang Jaafar bukan produk I, I tak berniaga pun, cuma berkongsi info dengan kawan-kawan, tetapi entahlah, tiba-tiba je terjebak dengan aktiviti menjual benda baik ini...dia orang yang nak, sebab ada lebih kerana beli banyak, jadi juallah.
Sekian dulu..
Setelah dihebahkan kepada kawan-kawan, ramai pula yang nak beli.. nak cuba sama.. diharap mereka juga mendapat kesan positif, sampaikan abang Jaafar Onn, artis popular zaman 80-90-an tu pun minta nak beli. Sehari beli, esok dia call ... nak beberapa bekas lagi, sebab katanya "ramai pula yang minat dengan product you ni!" Silap tu abang Jaafar bukan produk I, I tak berniaga pun, cuma berkongsi info dengan kawan-kawan, tetapi entahlah, tiba-tiba je terjebak dengan aktiviti menjual benda baik ini...dia orang yang nak, sebab ada lebih kerana beli banyak, jadi juallah.
Sekian dulu..
Monday, October 29, 2012
Makan Angin di Pulau Seribu Pura
Tulisan dan Gambar: RASHIDAH IBRAHIM
Sebaik menjejakkan kaki di Lapangan Terbang Ngurah Rai, Denpasar, Bali,
pada petang 28 Julai lalu (2012), terdetik di hati, `Bali… saya datang lagi,` sambil
tidak sabar ingin melihat perubahan suasana pulau peranginan yang menjadi
kesukaan pelancong antarabangsa itu.
Sebelum pergi, seperti tidak percaya
apabila kawan yang merancang percutian itu berkata, Bali sudah tidak seperti
dulu. “Jalan sesak, I tak suka
memandu di situ,” ujar Sam Raja Aziz sewaktu saya memberi cadangan menyewa
kereta dan memandu sendiri, kononnya mahu berjimat.
“Kalau larat, pandulah sendiri, I tak larat, jalan sesak!” Saya macam
tidak percaya menerima ayat sistem
pesanan ringkas (sms) itu sewaktu kami sedang merancang.
Keluar daripada tempat letak kereta di kawasan
lapangan terbang sewaktu kunjungan kedua pada 2006, jalan utama lengang sahaja.
Berbeza dengan kunjungan terbaru, kereta bertali arus.
“Sekarang you tengoklah sendiri. Keadaan sudah tidak sama seperti dulu. Dalam
masa setahun dua sahaja di Bali, boleh nampak banyak perubahan,” katanya.
Mujurlah saya mengikut kata Sam.Walaupun sudah biasa tinggal di Bali, dia juga
tidak berani menyewa kereta dengan orang perseorangan atau syarikat yang dia
tidak biasa berurusan.
Sejak sering berurusan di Bali katanya,
timbul idea untuk memudahkan perjalanan kawan-kawan yang tidak biasa berjalan
di Bali. Daripada situ, dia mula membantu melicinkan perjalanan kawan-kawan di
sana. Dan untuk menjadikan perkhidmatannya lebih rasmi dia mendaftar dengan
agen Tiki Wisata Tour and Travel (Tiki Wisata). Kini
Sam semakin kerap menguruskan perjalanan kawan-kawan menyebabkan dia sentiasa
berulang alik dari Kuala Lumpur ke Bali.
Diberi jolokan Pulau Seribu Pura, Bali amat popular di
kalangan pelancong asing dari seluruh dunia maupun pelancong domestik di
Indonesia. Hanya sebesar 5,636.66 km
persegi, pulau itu menawarkan keindahan alam semula jadi saperti pantai, gunung-ganang,
sawah, desa dengan penduduk kaya dengan budaya unik.Bermain air
“Sememangnya Pulau Bali bukan saperti 20 tahun dulu. Kini ia pesat membangun dengan tempat percutian dan bangunan pelbagai konsep seperti moden, tradisional dan yang terkini retro klasik. Kita hanya perlu memilih percutian yang dirancang mengikut kesesuaian bajet atau cita rasa sendiri,” ujar Sam.
Beribu pejabat di Jakarta, pada mulanya
Tiki Wisata Tour & Travel menawarkan pakej harga VIP, namun saya menolak dengan
alasan hanya orang biasa. Perbincangan semula membawa manfaat dari segi bajet, ditambah bantuan daripada
hotel Wina Holiday Villa dan Mentari Sanur.
Percutian lima hari dari 28 Julai hingga
1 Ogos bermula dengan lawatan ke Tanah Lot pada pagi 29 Julai. Saya pernah ke situ dalam kunjungan pertama
ke Bali lebih 10 tahun lalu, menerusi program Promosi Tahun Melawat Indonesia.
Lupa pula tahunnya. Apa yang saya ingat ketika itu, kuil berkenaan berada di
dalam laut. Keadaan lengang, tiada pelancong lain selain kami bertiga - saya,
jurugambar dan pemandu pelancong. Berbanding sekarang, bilangan pelancong tidak
terkira. Masuk, melalui pintu gerbang besar dan kemasukan bertiket. Jika dulu,
kami hanya melihat pura dari tepi jalan besar. Ketika itu ia berada di dalam
laut. Sewaktu kami sampai baru-baru ini, air surut dan pura berada di darat.
Pemandangan menarik berlatarkan lautan biru adalah faktor Pura Tanah Lot
menjadi tarikan pengunjung.
Disebabkan air ketika itu surut,
pelancong boleh berjalan sampai ke kuil. Seram melihat tanda perkataan `ular
putih` di pintu sebuah gua. Kami tidak berani masuk. Sebuah lagi gua kelihatan
menjadi tumpuan penganut agama Hindu untuk berjumpa sami. Pelancong lain,
sekadar menghabiskan masa menghayati keindahan pantai sambil bergambar di atas
batu berlatarkan ombak besar yang membadai tebing. Kala datang ombak tinggi
sehingga melepasi paras kepala, air laut membuak menenggelami batu dan kaki.
“Jangan bergerak, berdiri tegak saja!”
laung Sam. Saya diingatkan agak berdiri setempat, jika lari di atas batu-batu
yang licin itu, bimbang tergelincir jatuh. Hampir separuh hari kami berada di
situ, semata-mata untuk merakam aksi berdiri membelakangi ombak besar dan
merakam pemandangan indah di situ.
Pura Tirta Empul
Sepintas lalu mengenai Tanah Lot, ia adalah tebing tinggi
menganjur ke laut. Di atasnya terdapat kuil Hindu, bernama Pura Tanah Lot. Terletak
di Tabanan, tebing tinggi itu terbentuk akibat hakisan pasang surut air laut selama
berjuta tahun. Difahamkan Kuil di atas batu karang itu dibina pada abad ke-15
oleh sami bernama Nirartha yang singgah berehat di situ . Ramai nelayan datang
berjumpanya memberi hadiah. Dia meminta mereka membina sebuah makam sebagai
tempat suci. Kuil Tanah Lot adalah salah satu daripada tujuh kuil laut sekitar
pantai Bali. Masyarakat Hindu di situ percaya kewujudannya membantu mengawal
roh jahat dan penceroboh. Menurut cerita masyarakat setempat, ada seekor ular
besar dicipta daripada cindai Nirartha sebagai pelindung pulau itu. Pura Tirta Empul
Panorama ombak membadai tebing di kawasan Pura Tanah Lot
Pada sebelah petang kami meneruskan perjalanan ke Pantai Seminyak untuk melihat pemandangan matahari terbenam. Kelihatan ramai pelancong asing sedang bersantai di bawah payung besar berwarna-warni. Selesai merakam panorama senjakala, kami mencari restoran halal untuk mengisi perut dan menamatkan lawatan hari itu.
Bangun pagi esoknya, kami ke pantai Sanur untuk melihat kegiatan di tepi pantai sebelum meneruskan jadual lawatan ke Pura Tirta Empul, yang terletak bersebelahan Istana Presiden di Desa Manukaya, Tampak Siring, Gianyar. Tirta Empul adalah kuil atau pura yang mempunyai tarikan tersendiri. Di situ terdapat kolam pemandian yang dianggap suci oleh masyarakat Hindu. Terciptanya Tirta Empul beribu tahun dulu, diceritakan ada kaitan dengan nama kampung, Tampak Siring. Menurut lagenda dewata, kejadian it berlaku ketika Batara Indra diutus dari langit untuk menghancurkan raja Mayadenawa kerana menyalahgunakan kesaktiannya.
Sewaktu melarikan diri ke hutan, Mayadenawa berjalan dengan memiringkan telapak kakinya. Di kawasan itulah terhasil nama desa, Tampak Siring bermaksud telapak miring. Sebelum Mayadenawa dapat ditangkap oleh Batara Indra, dengan sisa kesaktiannya, dia mengeluarkan mata air beracun. Banyak kematian memabitkan mereka yang meminum air itu namun Batara Indra berjaya mengeluarkan mata air penawar, diberi nama Tirta Empul yang dapat menghidupkan kembali mereka yang meninggal terminum racun. Kemudian dibina kolam dengan deretan batu pancuran bagi kemudahan mandi penyucian diri.
Selesai mendengar kisah lagenda itu, kami berjalan keluar melalui kawasan gerai kraftangan. Lawatan seterusnya adalah ke daerah Tegallalang. Peminat hiasan dalaman tidak harus melepaskan peluang berkunjung ke situ kerana terdapat banyak kedai hiasan rumah di sepanjang jalan. Persinggahan terakhir kami hari itu adalah Restoran Hu`u, menampilkan gaya hiasan santai dan unik dengan tempat makan dalam bangunan dan khemah bertirai putih. Senja itu kami berbuka puasa di situ dalam remang cahaya dian. Menawarkan makanan barat dan Asia, restoran Hu’u tampil unik dengan penyediaan tempat duduk menyerupai sangkar burung. Selesai makan, kami terus ke Hotel Wina Holiday Villa, Kuta untuk menginap.
Bangun pagi keesokannya, saya terus mencapai kamera untuk merakam gambar hotel sebelum bersedia menunggu pihak pengurusan untuk bersembang. Dalam pertemuan itu, kami diberitahu mengenai kelebihan hotel itu yang popular di kalangan pelancong Islam kerana menyediakan makanan halal. Mengekalkan reka bentuk bangunan batu warna jingga, hotel tampil berseni dan unik dengan imej Bali, membuatkan ia kekal diingati.
Di kolam Tirta Empul
Selesai menghayati keindahan hotel Wina Holiday Villa, kami menuju ke pusat beli-belah, Bali Collection. Di situ terdapat banyak kedai barangan berjenama. Tidak berhasrat membeli-belah, kami sekadar window shopping dari pagi sehingga lewat tengah hari. Selepas itu, meneruskan pula perjalanan ke Kafe Pari-Pari untuk berbuka puasa. Perjalanan lebih sejam, mengharungi kesesakan lalu lintas, amat meletihkan. Sebaik sampai, terkejut mengetahui ia terletak di kawasan sawah padi, namun kami menikmati hidangan dengan penuh berselera kerana baru berjumpa dengan masakan negara sendiri.
Menurut Sam, bagi yang ingin ke Pulau Bali, percutian 4 hari 3 malam adalah paling minimun. Itu pun tidak cukup untuk menjelajah ke semua destinasi pelancongan. Mereka dinasihati menentukan jenis lawatan mengikut minat supaya mudah membuat pemilihan. Tiki Wisata menawarkan pakej percutian yang unik seperti Pakej Kecantikan dan lawatan (Beauty and Tour) yang memberi tumpuan kepada kegiatan penjagaan kecantikan, kesihatan dan pemakanan organik sambil melawat; Pakej Belajar Menari dan Bersiar (Dance and Tour) yang diisi dengan kegiatan belajar menari dan bersiar; di samping Pakej Percutian Biasa atau Santai serta Pakej Keluarga dan Melawat (Family and Tour).
Pelancong melepak di pantai Seminyak
Sunday, June 17, 2012
Ulat oh ulat!
Sebulan tak balik kampung, apa jadi dengan pokok yang kami tanam hari tu? Adakah ia tumbuh segar atau mati? Selepas kerja petang Jumaat lepas, kami terus balik ke kampung. Sesampai di rumah saya terus ke belakang untuk melihat pokok yang ditanam.Pokok-pokok dalam plastik hitam, hidup macam biasa, tetapi alangkah terkejutnya melihat pokok keladi, habis rompong dimakan ulat.
Air terjun yang dipasang sendiri.
Tengok, habis rompong pokok keladi.
Ulat inilah yang makan daun.
Pokok kiambang, semakin banyak membiak.
Banyak sangat ulat ni,ada berpuluh, geramnya.....sedap-sedap ia makan pokok. Sekali tengok tak nampak sama saja dengan warna pokok.
Air terjun yang dipasang sendiri.
Tengok, habis rompong pokok keladi.
Ulat inilah yang makan daun.
Pokok kiambang, semakin banyak membiak.
Banyak sangat ulat ni,ada berpuluh, geramnya.....sedap-sedap ia makan pokok. Sekali tengok tak nampak sama saja dengan warna pokok.
Monday, June 11, 2012
Rumah percutian di Janda Baik.
\Binaan penghubung di antara dua bangunan (depan dan belakang) berlantai kayu dan berpengadang kekisi berukir. Laluan ini diteduhi bumbung yang mendedahkan kayu alang.
Saturday, June 9, 2012
Mengira tapak pasar malam
Apa buat hari ini? Seharian duduk membantu Si IK membuat kerja kursus PMRnya untuk subjek Geografi. Dia pilih tajuk Perniagaan Runcit Pasar Malam di Taman Seri Gombak. Hari ni 2nd last cuti pertengahan tahun, nak kena siapkan sebelum dia balik ke asrama.
Sewaktu orang sibuk memasang gerai, kami pun datang mengambil gambar dan mengira tapak. Rupa-rupanya banyak juga, adalah dalam 600. Tapi yang berniaga mengambil tiga hingga empat tapak sekali gus. Satu petak kena bayar sewa hanya RM3, kalau empat petak, baru RM12. Murahnya kan. Banyaklah untungnya kan. Rasa nak berniaga di pasar malam jugalah, boleh?
Subscribe to:
Posts (Atom)








