Monday, June 4, 2012
Sunday, May 20, 2012
Lara di Hati Bab 9
Alamak dah terlalu lama pula tak upload sambungan novel,... Ini bab yang kesembilan. Bagi mereka yang nak tahu cerita sebelum ini, semak menggunakan tajuk sementara:
Lara Di Hati...(mengikut nombor bab). Tak ada mood pula nak letak sambungan, sebab ada pihak memberitahu bahawa masyarakat pembaca novel sekarang, tidak gemar pada cerita kehidupan serius membabitkan orang yang sudah berumur. Kononnya kalau nak diterima oleh penerbit buatlah cerita cinta cintun, orang muda. Hamm... macam mana ya nak tukar, sebab cerita ini berdasarkan kisah benar yang berlaku pada seorang insan..
Lara Di Hati...(mengikut nombor bab). Tak ada mood pula nak letak sambungan, sebab ada pihak memberitahu bahawa masyarakat pembaca novel sekarang, tidak gemar pada cerita kehidupan serius membabitkan orang yang sudah berumur. Kononnya kalau nak diterima oleh penerbit buatlah cerita cinta cintun, orang muda. Hamm... macam mana ya nak tukar, sebab cerita ini berdasarkan kisah benar yang berlaku pada seorang insan..
Bab 9 Manusia punya asa, Tuhan punya kuasa
Manusia hanya boleh berharap dan berikhtiar tetapi Tuhan jua yang maha berkuasa dan menentukan segala-galanya.
Cuti
hujung minggu Alia, Shariman, Ariana dan Shabudin melonjak kegembiraan
dapat berkumpul bersama-sama. Mereka baru sahaja selesai mengemas bilik
masing- masing. Selepas makan malam, seisi keluarga menonton TV
bersama-sama di ruang tamu. Di luar, kedengaran petir diiringi tiupan
angin kencang, tanda hari akan hujan.
“Budin,
Ana, dah tutup tingkap bilik? Hari nak hujan bila-bila masa saja tu,”
laung Sharifah Ameera daripada biliknya. Tangannya memegang pen, sibuk
mencatat sesuatu untuk mengemas kini jadual perbelanjaan. Belum sempat
menghabiskan pengiraan, hujan turun dengan lebatnya. Bunyi air hujan
menimpa bumbung membingitkan telinga. Sudah sejam lebih, tidak juga
berhenti.
“Mak! Air tiris… kena katil ni.” Budin menjerit.
“Bilik Ana pun sama. Apa ni mak?”
Sharifah Ameera bergegas ke bilik mereka dan dilihatnya air semakin mencurah-curah turun daripada siling.
“Pergi
duduk di bilik mak, cepat ambil benda-benda penting. Beg sekolah tu,
ambil cepat, nanti kena air!” Sharifah Ameera memberi arahan. Sepantas
kilat Budin dan Ana berlari ke bilik ibunya. Terkejut mereka melihat
sebahagian siling roboh kerana tidak dapat menampung air yang berladung
di atasnya.
“Mak.. siling roboh!!! Nasib baik tak kena,” jerit Shabudin.
Sharifah Ameera terpempan. Dia mengucap panjang. Apa dah jadi? Belum
seminggu siling baru dipasang. Ini mesti pasang tak kuat, bisik hati
Sharifah Ameera.
Bagai
mahu tercabut nyawanya apabila dilanda musibah itu. Perkiraan Sharifah
Ameera memilih rumah sewa murah sebagai persediaan berjimat untuk hidup
sendiri, rupa-rupanya mengundang kesusahan. Kerosakan-kerosakan itu
tentunya perlu diperbaiki lagi. Dan pastinya banyak wang perlu
dikeluarkan.
“Bibi, ambil plastik kanvas di belakang, tutup tilam dan gulung karpet tu!” Sharifah Ameera memberi arahan kepada pembantunya sambil mengangkat apa sahaja barangan yang sempat dicapainya.
Dengan
segera Sameah meluru ke bahagian belakang dapur, mencari kanvas. “Di
mana pula letaknya?” Sameah menajamkan matanya. Kelihatan terselit di
celah kertas surat khabar, lalu dicapainya dan dia terus berlari ke
depan.
“Cepat-cepat
bentang di atas katil,” arah Sharifah Ameera. Budin yang masih kecil
itu cuba menolong, sehingga akhirnya kanvas itu terbentang elok
melindungi tilam. Sameah segera berlari ke ruang tamu, cuba menggulung
permaidani yang dipasang dari dinding ke dinding.
“Ibu, karpet ini nggak bisa dicabut?” Jerit Sameah.
“Yalah… tak boleh cabut, sudah digam. Biarkan. Pergi tengok Alia dalam bilik. Gerak kalau dia dah tidur!”
“Baik bu!” Bibi Sameah akur, lalu terus meluru ke bilik Alia yang sedang tidur lena.
“Alia bangun-bangun, atap depan dan bilik tengah bocor. Tolong selamatkan apa
yang patut.” Sameah melihat bilik Alia selamat daripada bocor. “Ibu,
bilik Alia tidak bocor. Bawa barang penting ke sini!” Laungnya sambil
kemudian berlari ke belakang untuk mengambil baldi bagi menadah air
hujan.
“Shariman, tolong Bibik… ambil kain ni, buat macam Bibik.
Shariman meniru perbuatan Sameah, menekap air dengan kain di atas permaidani dan memerahkannya ke dalam baldi.
“Kalau air dibiarkan bertakung, nanti rosak karpet ni,” ujar Sameah.
Sharifah Ameera pula ke hulu ke hilir memainkan peranannya menyelamatkan barangan pentingnya.
Sebentar
kemudian hujan reda, tetapi masih ada air yang menitis daripada siling.
Semua bergotong-royong membuat kerja mengeringkan permaidani.
“Hem bagus, anak-anak mak…. Shariman dan Budin pun tolong keringkan air…,” tegur Sharifah Ameera.
“Itulah mak, nak sangat duduk di rumah ni. Kalau duduk di rumah kita, tak mungkin jadi macam ni,” rungut Shariman.
“Shh!!!”
Sharifah Ameera memberi isyarat supaya anaknya diam. Tangannya memegang
telefon bimbit sambil menekan nombor telefon bimbit Syawal.
“Hello
abang, tolong datang, bumbung rumah bocorlah. Rumah kedai di Taman Desa
Mewah. Depan bengkel kereta Ang Eng. Habis semua basah ni, macam mana
nak buat ni, datanglah cepat!!!”
Tidak
sempat Syawal bertanya lebih lanjut, Sharifah Ameera yang panik sudah
meletakkan telefon. Syawal segera keluar daripada rumah menuju ke
keretanya lalu memandu ke arah kawasan yang diberitahu isterinya
sebentar tadi.
Hampir jam 11.00 malam, Syawal tiba di rumah Sharifah Ameera. Dia terkejut melihat keadaan rumah itu. Apa yang boleh dibuat pada malam-malam buta ni, aku bukannya tukang, fikir Syawal.
“Rumah macam ni Meera sewa? Tak macam rumah.” Terpacul ulasan itu sebaik naik ke unit kediaman berkenaan.
“Eh, Meera panggil abang bukan suruh komen fasal rumah ni. Tolonglah apa yang patut. Apa nak buat ni?” Jawab Sharifah Ameera.
“Hari
dah lewat malam. Nak cari siapa betulkan bumbung malam-malam ni,” balas
Syawal. Dia sekadar dapat membantu mengeringkan air bersama-sama
anak-anaknya sehingga ke jam 4.00 pagi. Berikutan kejadian itu, Syawal
berpeluang tidur bersama anak-anaknya dalam keadaan yang tidak menentu.
Pagi esoknya.
Sharifah
Ameera hampir menitiskan air mata melihat keadaan rumah barunya. Kayu
perabot diresapi air. Syawal menggeleng-gelengkan kepalanya. Itulah
degil sangat, tak ada penyakit, cari penyakit! Namun dia hanya berani
berkata-kata begitu di dalam hatinya. Syawal tidak sampai hati hendak
mengguriskan perasaan Sharifah Ameera lagi. Mahu saja dia membawa isteri
dan anak-anaknya balik, tetapi dia pasti Sharifah Ameera enggan
mengikut.
“Abang
rasa, lebih baik Meera panggil tukang yang sama, suruh dia betulkan
semula apa yang rosak ni,” Syawal mencadangkan kepada isterinya.
“Yalah, saya pun berfikiran begitu juga,” jawab Sharifah Ameera.
“Minta nombor telefon dia, biar abang pergi cari.”
“Ya,
baik juga abang pergi, bawa dia ke sini segera. Kalau tak ambil, nanti
lambat pula atau mungkin dia tak datang terus,” jawab Sharifah Ameera
sambil memberi nombor telefon tukang berkenaan kepada Syawal.
“Siapa nak ikut ayah.” Syawal mempelawa.
Semua diam. Tak berani tinggalkan emak mereka yang dalam kesusahan.
“Baiklah, ayah pergi dulu,” kata Syawal sambil berlalu pergi. Dia datang semula sebelum tengah hari bersama tukang.
Kerja membaiki bumbung dan memasang semula siling mengambil masa tiga
hari. Hasil pemantauan Syawal, banyak yang diperbaiki sehingga kediaman
berkenaan kelihatan lebih sempurna daripada sebelumnya.
Pasang Sendiri Air Terjun
Hmmm,,, baru saja balik daripada kampung. Selesai pembinaan rumah di
atas tanah ayah di kampung, kini tibalah masanya nak buat landskap.
Kalau rumah orang lain ada hiasan air terjun dan batu landskap, teringin
juga nak hias macam tu. Biarpun bajet ciput, kehendak hati tidak dapat
ditahan-tahan untuk memilikinya. Alkisahnya sudah dua bulan kami
menempah batu air terjun di Sungai Buluh, baru sekarang dapat mengambil
untuk dibawa ke kampung. Punyalah berat sampat tercongek van. Bawa
pulang minggu lepas, tak sempat hendak pasang.Memerlukan tenaga beberapa
orang lelaki untuk mengangkat kawah air yang terbesar.
Lampu dalam air menyerlahkan cahaya biru pada waktu malam.
Jadi minggu seterusnya (Jumaat lalu), kami pulang lagi dengan satu tujuan untuk pasang kawah air terjun bertingkat. Bertolak Jumaat jam 11 malam, sampai jam 1 pagi Sabtu. Amboi kata orang gigihnya, semata-mata nak pasang benda alah tu. Awal pagi bangun, Si Dia terus dengan kerjanya. Dimulai dengan memasang. Silap pula publish gambar ikut turutan terbalik, jadi gambar yang teratas itu adalah gambar last, dan gambar yang paling bawah sepatunya di atas. Lantaklah. Jadinya turutan cerita tak sama dengan gambar. Tak apalah.... Gambar: Si Dia sedang menanam pokok keladi. Dia mengambil pokok keladi dalam semak di luar pagar kawasan rumah dan dipindahkan di sudut laman, berhampiran dinding dan tingkap. Bagus juga tak payah beli, terus dapat pokok yang telah besar.
Selepas selesai pasang kolam bertingkat, diteruskan dengan mengemaskan permukaan tanah, di antara muka tangga belakang dengan tepi kolam. Dengan bantuan anak saudara, Si Ikhwan, kerja berjaya disempurnakan. Mula-mula batu pijak (moulded stepping stone) disusun berderet tiga - tiga secara jarang. Enam keping saja termampu dibeli setakat ini, Kemudian ditaburkan butiran batu hiasan warna putih, di celah-celah batu pijak. Sepatutnya guna kayu, tetapi disebabkan mahal dan bimbang reput atau di makan anai-anai, maka kami memilih batu. Disadvantage, permukaannya panas apabila terdedah pada cahaya matahari. Bercadang nak menukarnya dengan keratan kayu usang, selipar keretapi kalau ada peluang.

Pam kolam air terjun, berfungsi dengan kuasa elektrik. Mereka sedang menyambungkan wayar ke soket elektrik di dinding luar rumah. Buat kerja pada waktu tengah hari dan panas terik, siap guna payung untuk mengelakkan mata berpinar. Wayar letrik dimasukkan ke dalam paip kondiut dan kemudian ditanam dalam tanah, membawa ke dinding yang ada soket. Nasib baiklah ada Ikhwan menolong, tetapi sebahagian besar kerja dibuat oleh Si Dia yang boleh dikatakan handy man jugalah...kesian saya tengok dia, buat kerja di tengah panas terik sebab hendak mengejar masa. Esok paginya kami dah kena balik ke KL, kerana sudah berjanji dengan Kamil hendak melawatnya di asrama.
Sedang memasang bebola air terjuk di puncak tetingkat kawah.
Di dalam lubang bebola air terjun tingkat bawah, dimasukkan butiran batu, mengikut cara yang diajar oleh pekerja kedai landskap.
Ini di peringkat percubaan memasang sewaktu mula-mula nak pasang.
Lampu dalam air menyerlahkan cahaya biru pada waktu malam.
Jadi minggu seterusnya (Jumaat lalu), kami pulang lagi dengan satu tujuan untuk pasang kawah air terjun bertingkat. Bertolak Jumaat jam 11 malam, sampai jam 1 pagi Sabtu. Amboi kata orang gigihnya, semata-mata nak pasang benda alah tu. Awal pagi bangun, Si Dia terus dengan kerjanya. Dimulai dengan memasang. Silap pula publish gambar ikut turutan terbalik, jadi gambar yang teratas itu adalah gambar last, dan gambar yang paling bawah sepatunya di atas. Lantaklah. Jadinya turutan cerita tak sama dengan gambar. Tak apalah.... Gambar: Si Dia sedang menanam pokok keladi. Dia mengambil pokok keladi dalam semak di luar pagar kawasan rumah dan dipindahkan di sudut laman, berhampiran dinding dan tingkap. Bagus juga tak payah beli, terus dapat pokok yang telah besar.
Selepas selesai pasang kolam bertingkat, diteruskan dengan mengemaskan permukaan tanah, di antara muka tangga belakang dengan tepi kolam. Dengan bantuan anak saudara, Si Ikhwan, kerja berjaya disempurnakan. Mula-mula batu pijak (moulded stepping stone) disusun berderet tiga - tiga secara jarang. Enam keping saja termampu dibeli setakat ini, Kemudian ditaburkan butiran batu hiasan warna putih, di celah-celah batu pijak. Sepatutnya guna kayu, tetapi disebabkan mahal dan bimbang reput atau di makan anai-anai, maka kami memilih batu. Disadvantage, permukaannya panas apabila terdedah pada cahaya matahari. Bercadang nak menukarnya dengan keratan kayu usang, selipar keretapi kalau ada peluang.

Pam kolam air terjun, berfungsi dengan kuasa elektrik. Mereka sedang menyambungkan wayar ke soket elektrik di dinding luar rumah. Buat kerja pada waktu tengah hari dan panas terik, siap guna payung untuk mengelakkan mata berpinar. Wayar letrik dimasukkan ke dalam paip kondiut dan kemudian ditanam dalam tanah, membawa ke dinding yang ada soket. Nasib baiklah ada Ikhwan menolong, tetapi sebahagian besar kerja dibuat oleh Si Dia yang boleh dikatakan handy man jugalah...kesian saya tengok dia, buat kerja di tengah panas terik sebab hendak mengejar masa. Esok paginya kami dah kena balik ke KL, kerana sudah berjanji dengan Kamil hendak melawatnya di asrama.
Sedang memasang bebola air terjuk di puncak tetingkat kawah.
Di dalam lubang bebola air terjun tingkat bawah, dimasukkan butiran batu, mengikut cara yang diajar oleh pekerja kedai landskap.
Ini di peringkat percubaan memasang sewaktu mula-mula nak pasang.
Saturday, May 12, 2012
Mawar Merah Untuk Ibuku
Apabila ramai kawan-kawan di FB bercakap pasal ibu
masing-masing, aku pun turut terpanggil untuk mencoret. Semua menyanjungi ibu
masing-masing. Aku pun begitu. Ibuku juga adalah yang terbaik. Tidak ada satu
pun ingatan, kemarahannya yang membuatkanku tidak boleh lupa, kerana ibu jarang
sekali marah. Ibu menyanjungiku terlebih-lebih sebagai seorang anak, sehingga kuberasa
sudah terbalik. Rasa sangat bersalah. Selama ibu masih sihat, kalau aku
sekeluarga pulang, ibu akan bersusah payah memasak dan menghalangku daripada
membantunya.
“Mu duduklah…” Rela dia menyuruh anaknya duduk berehat
daripada meminta bantuan untuk memasak kerana baginya aku pulang sekali-sekala.
Terkadang aku juga alpa, leka menonton TV sedang ibu sibuk memasak di dapur.
Kini bila ibu sudah uzur dan tidak boleh memasak lagi, aku berasa sangat
bersalah. Aku memeluk dan memohon maaf daripada ibu setiap kali pulang. Kini,
kalau ada peluang aku akan mengambil kesempatan memasak untuk ibu dan ayah,
tetapi dengan adanya seorang kakak yang menjaga kedua orang tua kami sepenuh masa
di kampung, kerja aku menjadi lebih ringan. Aku tahu memasak berseorangan itu
sebenarnya amat memenatkan (sebab tidak biasa). Aku juga tabik pada kakak yang
seorang itu dan kepada adik-beradik lain yang memasak untuk ibu dan ayah.
Apakan daya kerana aku duduk jauh di ibu kota, aku hanya dapat bersama ibu sekali-sekala. Biarpun ibu sudah tidak mampu membuat sebarang
kerja, kalau aku pulang, ibu akan menarik aku ke dapur untuk melihat apa makanan
yang ada yang dimasak oleh kakakku. Ibu akan menyuruh kami makan. Terkadang ibu
tidak akan berhenti menyuruh kami makan selagi tidak melihat kami makan. Bila
dilihat aku memasak seorang diri di dapur tanpa ada kakak, sebab giliran kakak hendak
berehat, lantas ibu menunjukkan rasa terkilan. “Mu seorang saja masak?” Ibu
akan bertanya, mana kakak .. seolahnya memasak itu kerja kakak sahaja. Dan aku
akan menjawab, “Tak apalah, orang pun boleh memasak… biarlah orang memasak.”
Dan ibu akan berkata, “Ya? Terima kasihlah… maaflah… maafkanlah saya… (cuba menunjukkan rasa terkilannya kerana
membiarkan aku memasak, kerana dia sudah tidak dapat membuat kerja itu lagi.) Karakter ibu yang begini sering membuatkan aku
rasa tersentuh.
Oh ibu, ibu tidak perlu lagi berasa begitu, kini giliran
kami pula memasak untuk ibu. Pada hari ibu tahun ini, aku sangat terkilan dan
memohon sejuta kemaafan, kerana tidak berkesempatan pulang untuk bersama ibu…. Selamat
Hari Ibu… semoga ibu terus sihat
sejahtera, semoga kami dapat membahagiakan ibu… Doakan ku, agar ibu mendapat
keberkatan hidup di dunia dan akhirat.
Wednesday, May 9, 2012
sembang santai Anjung
Ruangan: Sembang Santai…
Tajuk: Cara Betul
Mewujudkan Gaya Inggeris Kedesaan.
Tulisan: RASHIDAH IBRAHIM
Bertitik tolak daripada keinginan untuk bertemu dengan
pembaca dan beramah mesra dengan klien serta pencinta dunia hiasan dalaman,
seni bina dan landskap, maka majalah Anjung Seri menganjurkan satu program
baru, Perbincangan di Meja Bulat iaitu lebih kepada kegiatan sembang
santai yang berkisar mengenai topik berkaitan
tiga bidang berkenaan.
Program pertama berlangsung dengan lancar di Laman Kampung,
Hotel Singgahsana, Petaling Jaya pada 8 Mei lalu. Perbincangan membabitkan 10 peserta, termasuk
Elyza Yong iaitu pengasas syarikat pengeluar fabrik untuk hiasan tingkap dan
upholsteri, Elyza’s Home. Kehadiran beliau memeriahkan majlis perbincangan yang
diadakan selama kira-kira sejam sebelum, makan tengah hari.
Dalam ulasannya Elyza berkata, rahsia untuk mewujudkan gaya
kedesaan Inggeris yang kemas dan menawan adalah dengan memilih kemasan dan
barang sesuai dengan tema berkenaan. Menurutnya, beliau amat berhati-hati dalam
menentukan pilihan fabrik dan perabot untuk digandingan secara suai padan, bagi
mengelakkan suasana berserabut.
Menjawab soalan Penolong Pengarang, Onlia Mohd Dom mengenai
kebanyakan penataan yang dilihat tidak sama dengan ruang contoh rekaan Elyza,
beliau menjawab; itu disebabkan mereka cenderung mencampur-adukkan unsur hiasan
yang tidak selari dengan tema berkenaan.
“Sesetengah mereka hanya menonjolkan langsir bergaya
Inggeris tetapi pemilihan perabot dan perhiasan lain tidak seiring. Perabot
jenis kayu yang sesuai ialah berwarna putih. Warna ini adalah selamat dan
serasi untuk semua jenis corak fabrik. Secara peribadi, saya akan memilih
perabot berwarna putih. Pilihan corak pula adalah pelbagai, namun jika corak
berbunga sarat tidak seharusnya ditonjolkan terlalu banyak, cukup pada langsir
atau pada fabrik upholsteri sahaja. Selebihnya digandingkan dengan corak ringan
seperti jalur, dam atau polos,” ujarnya sambil menunjukkan contoh gambar pada
katalog langsir keluaran Elyza’s Home.
Era penataan gaya Inggeris sekarang kata Elyza adalah tidak
terlalu sarat, kerana kebanyakan pengguna kini sudah beralih selera kepada gaya
yang lebih ringkas, tidak terlalu banyak ropolan dan corak. Maka itu, Elyza’s
Home turut mengeluarkan fabrik bercorak ringan yang sesuai juga dengan gaya
lain seperti urban dan sebagainya.
Peserta daripada rakan Facebook (FB) English Style
Decoration Group (ESDG), Intan Kamariah berkata, beliau mengenali beberapa
peminat fanatik gaya Inggeris yang menghias rumah dengan terlalu banyak
perhiasan.
“Misalnya sewaktu berkunjung ke Singapura, ada tiga rumah
yang menampilkan gaya sedemikian. Mereka menghias begitu daripada luar sehingga
ke dalam bilik tidur dan bilik air. Peliknya, rumah apartmen di sana tidak
berhabuk seperti di sini,” ujar Kamariah yang juga peminat gaya Inggeris.
Menurut Intan Kamariah, sebenarnya dia hanya menyukainya
sejak muda lagi tanpa mengetahui apakah
jenis gaya itu. Setelah menyertai kumpulan FB ESDG, barulah dia terdedah kepada
gaya penataan berkenaan, dan mendapati ramai yang sudah terkedepan dalam
penggayaan itu.
Ikuti lanjutan rencana ini dalam Anjunf Seri keluaran Jun 2012
Salah seorang peserta, Sam Raja Aziz bergambar bersama pengasas Elyza's Home, Elyza Yong.
Sunday, April 22, 2012
Bertukar wajah..
Hari ini reka letak Duniaku Rashidah Ibrahim bertukar wajah.Setelah sekian lama dengan warna pink, kini beralih kepada jingga...
Subscribe to:
Posts (Atom)








